Thursday, May 7, 2020

5942) TABUNG SUSU UNTUK KELUARGA KURANG KEMAMPUAN - MALAKAT TRIBUNE - 06/05/2020


RAUDHAH CITY - Program Zero Hunger yang dijalankan oleh Yayasan Brainy Bunch melalui kerjasama antara Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Malakat Mall mengambil inisiatif mewujudkan tabung susu kanak-kanak daripada keluarga kurang mampu dan terputus pendapatan sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Ketua Eksekutif Malakat Mall, Mohd. Fadzil Hashim berkata, bantuan susu tersebut penting buat perkembangan dan pembesaran kanak-kanak yang berusia kurang tiga tahun.

"Anak-anak kecil bawah tiga tahun, makanan utama mereka adalah susu. Ini pun kumpulan sasar yang kita harap dapat bantu dari sumbangan orang ramai.

"Sempena bulan Ramadan ini, kita sama-sama gerakkan hati dan tindakan yang penting... bukan sekadar kita jaga kita tetapi bermula dengan tanda pagar dan diakhiri dengan tindakan," katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyerahan dana PPIM dan Gardenia Bakeries Sdn. Bhd. untuk program Zero Hunger, di sini.

Hadir sama, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan yang menyerahkan RM220,000 daripada Tabung Perjuangan NGO itu untuk Zero Hunger fasa ketiga.

Dalam pada itu, Mohd. Fadzil berkata, pasukan Malakat Mall dan Zero Hunger bersama Yayasan Brainy Bunch telah mendapat kelulusan Angkatan Pertahanan Awam (APM) untuk menyerahkan bantuan kepada kumpulan sasar.

Katanya, bantuan yang diberikan oleh pihaknya ke seluruh Semenanjung Malaysia dan membekalkan lebih kurang 9,000 buah keluarga setakat ini.

Menurutnya, pihaknya juga bekerjasama dengan APM dan mempunyai kira-kira 200 pemilik kenderaan pacuan empat roda di seluruh negara yang berupaya mengedarkan dana untuk diserahkan.

"Kita cuma beri dalam bentuk barang dan sekiranya mereka (keluarga B40) sudah terputus bekalan terus hubungi kami, kita akan hantar terus. Jika terlalu jauh, pasukan kami akan hantar duit kepada sukarelewan untuk beli bahan makanan untuk diserahkan kepada penerima.

"Kita mohon sangat orang ramai untuk terus menyalurkan sumbangan jika boleh dapat satu juta derma itu sudah banyak untuk kita sumbangkan kepada mereka yang memerlukan," katanya. - MBNews


Artikel oleh: Malakat Tribune

TABUNG SUSU UNTUK KELUARGA KURANG KEMAMPUAN

http://www.malakattribunenews.com/berita/berita-semasa/12937/

No comments:

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL