Showing posts with label HARGA SILING. Show all posts
Showing posts with label HARGA SILING. Show all posts

Thursday, February 15, 2024

BERAS | HARGA SILING BERAS PUTIH MALAYSIA MADANI DITETAPKAN RM30 - BULETIN TV3 - 14/02/2024

 

#BuletinTV3#BuletinUtama#BU

Kerajaan akan memperkenalkan 'Beras Putih Malaysia Madani' bagi menggantikan beras putih import dan beras putih tempatan, pada harga siling RM30.   Sementara itu, Persatuan Beras Bumiputera Malaysia (BARIM), meminta kerajaan memberi penjelasan terperinci mengenai gred Beras Putih Malaysia Madani.

#BuletinTV3 #BuletinUtama #BU #beras #berasmadani

Sumber: Buletin TV3

BERAS | HARGA SILING BERAS PUTIH MALAYSIA MADANI DITETAPKAN RM30

https://www.youtube.com/watch?v=g2Jc1YCYAPw

Friday, May 22, 2020

5981) TETAPKAN HARGA SILING PERKHIDMATAN PENGHANTAR - HARIAN METRO - 21/05/2020


PERSATUAN Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa kerajaan supaya melaksanakan kadar harga siling bagi perkhidmatan penghantaran barangan dan makanan untuk melindungi pengguna.
Ketua Aktivisnya Datuk Nadzim Johan berkata, ini kerana syarikat yang menawarkan perkhidmatan berkenaan mengenakan kadar tidak menentu terutama sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Beliau berkata, caj penghantaran itu menguntungkan syarikat tetapi sebaliknya membebankan pengguna.
Katanya, Kementerian Pengangkutan perlu menetapkan kadar tertentu mengikut lingkungan atau jarak penghantaran yang boleh dijadikan panduan kepada syarikat pengendali.
"Kementerian juga perlu menyediakan satu garis panduan berkaitan urusan penghantaran, kos dan undang-undang membabitkan syarikat serta penghantar.
"Caj penghantaran itu menguntungkan syarikat tetapi sebaliknya penghantar hanya menerima bayaran tertentu selain perlu menanggung kos minyak, tol dan penyelenggaraan kenderaan.
"Malah ada penghantar yang terpaksa keluar duit sendiri untuk bayar barangan ditempah pelanggan dan kemudiannya pelanggan itu gagal dikesan," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Justeru, Nadzim meminta kerajaan memantau dan memastikan kadar penghantaran kekal munasabah.
Harian Metro hari ini melaporkan permintaan terhadap perkhidmatan penghantaran barangan dan makanan mengalami kenaikan mendadak berikutan pandemik Covid-19 yang melanda negara selain pelaksanaan PKP.
Apa yang mengecewakan ada segelintir pengendali penghantaran dan penghantar persendirian mengambil kesempatan atau 'cekik darah' dengan mengenakan caj penghantaran tinggi.


Artikel oleh: Harian Metro

TETAPKAN HARGA SILING PERKHIDMATAN PENGHANTAR

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL