Showing posts with label IZHAM NAYAN. Show all posts
Showing posts with label IZHAM NAYAN. Show all posts

Wednesday, May 27, 2020

5988) TERPENJARA KERANA MISKIN, KES PPIM DI BULAN RAMADHAN - IZHAM NAYAN - 21/05/2020


Suaminya dipenjara kerana fitnah ibu. Anak-anak pula rindukan ayah. Setiap hari bertanya ayah di mana. Ini adalah permohonan bantuan untuk dapatkan bantuan bagi menyediakan wang jaminan kpd Asraf Abdullah seorang mualaf yang merasakan dirinya dianiaya dan mohon dibicara tapi tiada wang jaminan menyebabkan dia ditahan di penjara Sg Buloh. Kalau ada sesiapa nak sedekah kami di PPIM sedang cuba membantu beliau. No akaun PPIM. CIMB, 8001230731. Sila maklumkan jika ada buat sebarang pindahan wang. 019-6655544 Terima kasih Daripada PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA


Artikel oleh: Izham Nayan

TERPENJARA KERANA MISKIN, KES PPIM DI BULAN RAMADHAN


Thursday, April 30, 2020

5909) TOQQI DAN CG IZHAM NAYAN PERSATUAN KEBAJIKAN PEKERJA INDUSTRI E-HAILING - IZHAM NAYAN - 29/04/2020


BORANG AHLI. PERSATUAN KEBAJIKAN PEKERJA INDUSTRI E-HAILING. "Kalau Kita Kuat. Baru Orang Hormat." - toqqi PPIM. BORANG. https://forms.gle/N7FSTVbLJqwUNnAS7 BERITA. Bantu pemandu e-hailing tingkat perkhidmatan PERSATUAN Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dengan kerjasama Persatuan Kebajikan E Hailing (PKEH) menyediakan dua pusat sehenti kepada pemandu aplikasi itu merujuk apa jua urusan berkaitan kerja mereka. Ia juga bagi membolehkan mereka berehat bagi melepaskan penat selepas penat bekerja selain dapat berbincang sesama sendiri bagaimana untuk meningkatkan mutu perkhidmatan kepada orang ramai. Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata, dua lokasi itu ialah Restoran Ali Cafe di Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur dan Malakat Mall Cyberjaya yang akan mula beroperasi dalam masa terdekat. Katanya, ia sebagai bentuk kemudahan kepada pemandu e-hailing yang selama ini berdepan pelbagai masalah di dalam melaksanakan tugas mereka. "Kita akan naik taraf perkhidmatan e-hailing ini. Sudah sampai masanya mereka ini juga diberi perhatian. "Kita juga sediakan pinjaman sebanyak RM2,000 tanpa cagaran dan yuran untuk tempoh dua tahun. "Dengan adanya bantuan ini, mereka mungkin dapat membeli motosikal baru, membaiki atau menggunakan wang itu untuk tujuan kerja," katanya dalam Facebook PPIM, hari ini. Turut serta jurucakap PKEH Dr Izham Nayan. Nadzim berkata, pihaknya menerima banyak aduan mengenai nasib pemandu e-hailing tidak kira sama ada kereta atau motosikal yang tidak ada tempat mengadu. "Ini termasuk soal penipuan ketika penghantaran, keselamatan dan hak mereka ketika bekerja. Jadi kerjasama ini akan melihat kepada semua perkara ini," katanya. Sementara itu, Dr Izham berkata, PKEH akan mewakili semua jenis perniagaan menggunakan aplikasi e-hailing dan pihaknya akan menyediakan platform pendaftaran yang akan diumumkan nanti. Katanya, ia diharapkan akan menjadi tempat rujukan pemadu e-hailing untuk berkongsi masalah mengenai pekerjaan mereka. "Kita yakin ia akan memberi manfaat kepada semua dan kita berusaha untuk meletakkan pekerjaan ini setanding dengan karier yang lain," katanya..


Artikel oleh: Izham Nayan

PERSATUAN KEBAJIKAN E-HAILING BERSAMA TOQQI


Thursday, April 26, 2018

4460) TAKLIMAT BAHAYA AHLONG – TERENGGANU – 26/4/18

Marang 26 APR - Telah berlangsungnya Taklimat Bahaya Ahlong yang disampaikan oleh Pengarah Latihan dan Penyelidikan PPIM, Cikgu Izham Nayan dan Biro Keahlian dan Khidmat Aduan PPIM, Raden Fatma serta disertai oleh beberapa Aktivis bermula jam 9 malam semalam.

Taklimat ini turut dihadiri oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Ipd Marang, Asp. Ismail Abdul Ghani dan disertai oleh 100 peserta dari badan-badan bukan kerajaan, NGO seperti PEKIDA Terengganu, Warisan Anak Melayu Bersatu (AMB), Selendang Hitam, Perkasa Bintang 7, Ukhwah Ranting Marang dan beberapa bekas polis.


Antara tujuan taklimat ini diadakan bagi memberi pengenalan PPIM kepada masyarakat disamping membina semangat ukhwah bagi bersama-sama membanteras kegiatan perjudian dan Ahlong di Malaysia.


Taklimat ini juga secara tidak langsung membincangkan hala tuju dan memantapkan PPIM di Terengganu bersama kerjasama beberapa NGO di sekitar Terengganu dan Malaysia umumnya. @ Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)


Thursday, September 5, 2013

889) BERITA PPIM 5/9/13-Sidang Media Forum Pengguna 3 2013

888) RAKYAT NEWS 4/9/13: PPIM Anjur Forum Pengguna 5 dan 6 Oktober Ini


KUALA LUMPUR 4 Sep- Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) akan mengadakan Forum Pengguna 2013 bersempena dengan Festival Halal 2013 (Halalfest 2013) pada 5 dan 6 Oktober ini di Dewan Bestari Universiti Kuala Lumpur (UniKL) Kampus Kota.

Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata, forum yang kali ketiga diadakan sejak 20122 ini akan mendapat usahasama daripada pihak Universiti Kuala Lumpur (UNIKL) bagi mendapat pandangan professional dari para tenaga kerja universiti itu.

"Sudah tiba masanya kita bergerak secara professional dengan melakukan kerjasama dengan pihak UNIKL dan kita menjangka forum kali ini lebih panas dari forum sebelum ini," katanya kepada pemberita pada sidang media pelancaran Forum Pengguna 2013 di UNIKL Kampus Kota di sini, hari ini.

Nadzim menjelaskan, pensijilan halal kepada para peniaga bukan islam di seluruh Malaysia akan menjadi isu utama pada forum kali ini.

Katanya, pelbagai isu-isu panas yang membelenggu pengguna-pengguna di Malaysia akan turut dibincangkan dan wakil daripada organisasi-organisasi yang terlibat akan dipanggil untuk menyertai forum tersebut.

"Terdapat beberapa aduan tentang polisi pemberian sijil halal kepada peniaga bukan Islam yang perlu dikaji bagi memastikan langkah ini memberi manfaat kepada semua pihak.

"Beberapa isu kepenggunaan akan turut dibincangkan berkaitan keberkesanan pengurusan pegawai kerajaan, syarikat milik kerajaan (GLC), perbankan Islam dan yang melibatkan pelbagai agensi seperti Air Asia," katanya.

Sempena forum itu juga beberapa anugerah khas akan diberikan kepada organisasi-organisasi yang dilihat prihatin dalam membantu pengguna-pengguna yang ditindas.


Festival Halal 2013 (Halalfest 2013) akan berlangsung 2 hingga 6 Oktober ini.

Sumber:

887) HARIAN METRO 5/9/13: SYOR PERKENAL REBAT MOTOSIKAL


PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL