Dari Laman Web Rasmi PPIM http://www.ppim.org.my/
Showing posts with label FORUM PENGGUNA. Show all posts
Showing posts with label FORUM PENGGUNA. Show all posts
Thursday, November 3, 2016
3165) FORUM BINCANG ISU PENGGUNA – HARIAN METRO – 3/11/2016
Dari Laman Web Rasmi PPIM http://www.ppim.org.my/
Tuesday, October 20, 2015
2896) PPIM AKAN SERAH RESOLUSI PENINGKATAN KOS SARA HIDUP KEPADA KERAJAAN
Setiausaha Agungnya, Datuk Dr. Maamor Osman berkata, resolusi itu akan mengambil kira pelbagai masalah yang menghimpit rakyat pada waktu sekarang.
Turut dimasukkan dalam resolusi itu, katanya, mengenai sistem cukai barang dan perkhidmatan (GST), multimedia dan isu berkaitan syarikat telekomunikasi yang masih mengenakan GST pada kad prabayar.
“Kita akan perhalusi isu-isu berkenaan untuk dipertimbangkan kerajaan dan dijawab dalam Bajet 2016. Setelah siap dirangka, resolusi itu akan diserahkan kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hamzah Zainudin,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penutup Forum Pengguna PPIM 2015 di Universiti Tun Abdul Razak (Unirazak), di sini hari ini.
Turut hadir pada forum itu ialah Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan.
Forum yang berlangsung selama dua hari bermula semalam dihadiri lebih 1,000 peserta yang turut melibatkan golongan mahasiswa Unirazak.
Bajet 2016 akan dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen pada 23 Oktober ini.
Tambah Maamor, beliau turut berharap Perdana Menteri mengumumkan Akta Produk Halal yang sudah dibincangkan sejak tiga tahun lalu.
Katanya, penggubalan akta itu mengambil masa yang panjang kerana banyak perkara perlu diselaraskan di peringkat kerajaan negeri dan Persekutuan.
Dalam perkembangan lain, Maamor turut mengumumkan penubuhan Skuad Bantuan Bencana Alam PPIM dan Yayasan Patriot Negara Malaysia.
Beliau memberitahu, sehingga kini, skuad bagi membantu dan menyelaraskan bantuan di negeri-negeri yang ditimpa bencana alam itu dianggotai kira-kira 180 orang. - UTUSAN
Monday, October 19, 2015
2895) #ForumPengguna2015 : HARGA TOPUP KEMBALI PADA KADAR BIASA
Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) akan mengumumkan harga kad tambah nilai prabayar telefon kembali seperti sebelum pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST), pada 1 November ini.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Johari Abdul Ghani berkata, JKDM telah berbincang mengenai perkara itu dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) supaya pengguna tidak lagi dikenakan bayaran tambahan apabila membeli kemudahan tersebut.
Katanya, kerajaan tidak akan berkompromi dengan syarikat telekomunikasi (telco) yang gagal melaksanakan langkah itu dan bersedia mengambil tindakan selanjutnya jika mereka masih berdegil.
“Macam mana Telco mahu caj, mereka kena fikirkan cara itu. Yang penting rakyat beli RM10 dapat nilai RM10. Kita mahu JKDM buat susulan dengan SKMM dan buat pengumuman pada 1 November ini,’’ katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Forum Pengguna 2015 anjuran Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di Dewan Razakian, Universiti Tun Abdul Razak (UniRazak), di sini hari ini.
Menurutnya, kerajaan tidak boleh menerima alasan daripada pihak telco seperti sebelum ini bahawa sistem komputer mereka belum bersedia, kerana tempoh yang telah diberikan kepada telco terlalu lama.
“Jika pihak telco masih memberi alasan tidak bersedia sekalipun, mereka perlu juga patuh pada arahan ini iaitu mengekalkan harga kad tambah nilai seperti asal. Sebab, secara logiknya kalau pihak telco tidak bersedia, kenapa pengguna pula yang kena tanggung kos tambahan,” katanya.
Dalam sesi forum ketiga yang bertajuk GST membawa kemakmuran dan kesengsaraan? - satu kajian semula, Johari turut menjadi ahli panel bersama Penasihat Persatuan Pemborong dan Peruncit Muslim Malaysia (Mawar), Bazeer Ahmad.
Awal Mei lalu, telco telah menawarkan dua pilihan yang tidak menyebelahi rakyat iaitu bersetuju menjual kad tambah nilai prabayar pada harga RM10.60 tetapi apabila diaktifkan pengguna menerima nilai RM10 manakala pilihan kedua pembelian pada harga RM10 dan apabila diaktifkan, pengguna hanya menerima RM9.43.
Dalam perkembangan lain, Johari turut memberitahu, kira-kira 70,000 peruncit di seluruh negara diwajibkan menggunakan sistem di tempat jualan atau Point of Sales bagi memantau jualan dan stok barangan dengan lebih efisien, sistematik dan teratur.
Katanya, kerajaan memberi tempoh kepada para peruncit untuk menukar sistem konvensional kepada POS selama sebulan bermula awal bulan ini.
“Sistem ini juga dapat membantu pengguna supaya tidak terus ditipu oleh peniaga yang sengaja mengenakan GST kepada semua produk yang dibeli termasuk barangan yang dikecualikan cukai tersebut.
“Kerajaan juga telah menyediakan ramai pembekal sistem POS ini bagi membantu golongan peniaga kecil dengan menawarkan pelbagai pakej pilihan seperti murah, mudah dan bayaran ansuran serendah RM30 sebulan,” katanya. - UTUSAN
Sunday, October 18, 2015
2894) #ForumPengguna2015: PPIM DESAK @SKMM_MCMC 'LENYAPKAN' JUDI ONLINE!
Forum Pengguna Ke-5 anjuran Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Yayasan Patriot Negara Malaysia (YPNM) dan Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK) berjalan lancar dan mendapat sambutan diluar jangkaan.
Hampir 500 peserta yang hadir sejak awal pagi memenuhi dewan sepanjang forum berlangsung. Untuk pengetahuan, peserta forum terdiri daripada penuntut UNIRAZAK dan IPTA/IPTS tempatan serta orang ramai.
SESI PERTAMA: MEDIA SOSIAL GUGAT KESEJAHTERAAN PENGGUNA. FAKTA ATAU AUTA?
Sesi pertama forum yang dijadualkan 10.30 pagi ini berjaya menjawab banyak persoalan dan kekeliruan pengguna berkenaan topik yang dibincangkan. Selain media sosial, bidang kuasa SKMM dan isu GST dalam transaksi tambah nilai prabayar juga turut diselitkan dalam sesi pertama ini.
Lebih 15 soalan dikemukakan oleh peserta dan ternyata ramai dari mereka yang sangat tidak senang dengan tindakan telco mengenakan cukai GST dalam transaksi prabayar telefon bimbit. Namun begitu, jawapan dari pihak SKMM mendapat penerimaan positif.
Antara lain, Ketua Aktivis PPIM menyuarakan desakan terhadap SKMM untuk 'lenyapkan' SMS JUDI ONLINE dari telefon bimbit pengguna.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, SKMM telah berunding dengan lebih 300 pihak berkepentingan bagi...
Posted by Buletin TV3 on Saturday, October 17, 2015
SESI KE-2: "SEPETANG BERSAMA TOKOH - KONGSIKAN PENGALAMAN BERSAMA TOKOH"
Pada sebelah petang pula, forum dimeriahkan lagi dengan kehadiran Angkasawan Pertama Negara YB Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan YB Dato Hussamuddin Yaacub (CEO Kumpulan Karangkraf) sebagai panel bagi sesi kedua.
Di akhir sesi, sesi serahan nombor plat PATRIOT juga turut dibuat. Plat ini disumbangkan oleh pihak YPNM yang bertujuan memberikan penghargaan diatas 'patriotisme' oleh kedua-dua tokoh yang dijemput.
Jangan lepaskan peluang untuk mengikuti perkembangan hari kedua 'Forum Pengguna V 2015' hari ini. Terdapat dua topik lebih hangat lagi akan dibincangkan dalam sesi 2 dan sesi 3 yang dijadualkan hari ini, iaitu "GST MEMBAWA KEMAKMURAN ATAU KESENGSARAAN" & "RASISMA MENGGUGAT PERPADUAN - API DALAM SEKAM, SALAH SIAPA?"
ALBUM GAMBAR HARI PERTAMA #ForumPengguna2015
Posted by Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) on Saturday, October 17, 2015
Saturday, October 17, 2015
2893) : GAMBAR: #ForumPengguna2015 HANGAT! @SKMM_MCMC TERGAMAM DENGAN SOALAN PESERTA?
![]() |
| Zulkifli Bujang, Dato' Nadzim Johan, Pn Eneng dari SKMM |
Forum Pengguna Ke-5 yang diadakan di Dewan Razakian, Aras 2 Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK), Jalan Tangsi, Kuala Lumpur sejak awal pagi tadi mendapat sambutan diluar jangkaan.
Sebentar tadi, Sesi pertama bagi forum yang diadakan ini baru sahaja selesai.
Tajuk: Media Sosial Gugat Kesejahteraan Pengguna. Fakta Atau Auta?
Panel: Zulkifli Bujang, Dato' Nadzim Johan, Pn Eneng dari SKMM.
GAMBAR
![]() |
| Presiden Yayasan Patriot Negara Malaysia (YPNM), Jeneral. (b) Husainay tidak ketinggalan berkongsi pengalamannya difitnah di media sosial ketika peristiwa Lahad Datu dalam sesi 1 ini. |
SIDANG MEDIA
LAPORAN SELANJUTNYA AKAN MENYUSUL
Friday, October 16, 2015
2892) UTUSAN - 15/10/2015 - PPIM ANJUR FORUM PENGGUNA 2015
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi Seketeriat Forum Pengguna V 2015 di talian;
03 - 404700414/019 - 9130000 , atau layari - #ForumPengguna2015
Thursday, September 17, 2015
2844) #PPIM BEKERJASAMA DENGAN UNIRAZAK ANJUR #ForumPengguna2015
Dikemaskini pada 18/9/2015 jam 2:45 PM
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dengan kerjasama Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK) akan menganjurkan Forum Pengguna 2015 buat kali yang ke-5 bertempat di Innovation hall, Tingkat 2, Universiti tun abdul razak, Jalan tangsi, Kuala Lumpur.
Forum yang akan diadakan pada 17 dan 18 Oktober 2015 ini dijangka akan mendapat sambutan hangat berbanding forum-forum yang pernah dianjurkan sebelum ini, iaitu Forum Pengguna yang diadakan sejak 2011 hingga 2014.
Antara tiga tajuk utama yang akan dikupas adalah berkenaan kesan media sosial, perlaksanaan GST dan sentimen perkauman yang semakin meruncing di kalangan rakyat Malaysia sekarang.
Matlamat forum ini adalah bagi mendesak pihak berwajib mengkaji semula permasalahan yang terlepas pandang terhadap pengguna.
Selain itu, Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK), Dato' Hamzah Zainudin akan merasmikan forum ini, turut beliau lagi dalam sidang media tersebut.
Untuk maklumat lanjut, sila tonton video dibawah :
Sempena forum ini juga, beberapa anugerah khas akan diberikan kepada organisasi-organisasi yang dilihat prihatin terhadap pengguna.
Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi sekretariat PPIM di talian:
Pejabat: 03-404700414
Hotline: 019-9130000
Media Sosial
Laman rasmi PPIM
Tuesday, October 21, 2014
2153) ARKIB BERITA PPIM - 12/10/2014 RAKYAT MARHAEN & SINAR HARIAN - Rasuah Berstruktur Mula Wujud - SPRM
KUALA LUMPUR - Rasuah yang wujud hari ini bukan sahaja dalam bentuk kumpulan atau sindiket tetapi sudah membentuk strukturnya dalam organisasi tertentu di negara ini, sekali gus mampu merosakkan dasar yang dibuat kerajaan.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Mustafar Ali berkata, perkembangan terbaharu itu amat dibimbangi kerana masalah rasuah akan menjadi barah dalam masyarakat.
“Bila sudah sampai ke peringkat ini kita takut, sistem yang ada bermasalah dan orang yang ada dalam (organisasi) itu adalah orang yang bekerjasama dengan rasuah,” katanya kepada Sinar Harian selepas hadir menjadi panel di Forum Pengguna IV 2014 anjuran Persatuan Pengguna Islam Malaysia di Universiti Kuala Lumpur, semalam.
Menurutnya, masalah rasuah berstruktur lebih besar daripada rasuah individu.
"Tidak dinafikan rasuah individu masih banyak, SPRM memandang serius hal ini dan menggunakan semua langkah bagi menanganinya.
“Tetapi bila ada rasuah seumpama ini (berstruktur), semua sistem dan prosedur perlu diperbaiki bagi meminimumkan ruang dan peluang orang yang berada dalam organisasi itu terlibat dengan rasuah,” katanya.
Sementara itu, beliau berharap semua ketua jabatan kerajaan terus memainkan peranan dalam memantau pegawai bawahan mereka bagi mengurangkan masalah rasuah kecil (petty corruption).
Tambah Mustafar, rasuah kecil ini juga menyebabkan penindasan berlaku di peringkat bawahan.
“Rasuah kecil ini tidak sebesar jumlah grand corruption (rasuah besar) namun, rasuah kecil itu mampu menggugat ketenteraman awam sehingga menggangu perkembangan sosial masyarakat.
“Rasuah kecil ini selalu melibatkan orang bawahan dan masyarakat umum seperti anggota penguatkuasa dengan penjaja. Walaupun rasuah yang dibuat itu kecil tetapi impaknya cukup besar memandangkan kumpulan peniaga ini ramai,” katanya.
Mustafar mengakui, jumlah tangkapan dan siasatan SPRM terhadap penjawat awam masih kecil iaitu dianggarkan sekitar 200 hingga 300 orang daripada 1.5 juta kakitangan awam ditahan SPRM setiap tahun.
“Tetapi yang dikatakan segelintir inilah perlu dihapuskan. Seluruh organisasi terkesan akibat perbuatan mereka, imej jabatan juga tercalar malah melemahkan kepercayaan orang ramai terhadap jabatan itu,” katanya.
Sumber : http://www.wargamarhaen.blogspot.in/2014/10/rasuah-berstruktur-mula-wujud-sprm.html
Sumber (Sinar Harian) : http://www.sinarharian.com.my/semasa/rasuah-berstruktur-mula-wujud-1.323826
Tuesday, March 18, 2014
1891) SIDANG PERBINCANGAN 18 Mac 2014 - Forum Pengguna 2014
FORUM PENGGUNA 2014
Pengguna Perkuasa
(18/3/2014 ) Kuala Lumpur : Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah mengadakan perbincangan bersama Universiti Kuala Lumpur (UNIKL) berkaitan dengan Forum Pengguna 2014. Forum ini bertemakan "Pengguna Perkuasa, Sudahkah Kita Bersedia".
Didalam forum ini akan diceritakan serba sedikit tentang bankrapsi dan jalan penyelesaiannya dan tentang pembelian rumah, saman dan peguam bank dalam urus niaga perumahan.
Terdapat beberapa siri program yang menarik akan diadakan dan forum ini dicadangkan akan berlangsung pada 20 dan 21 SEPT 2014.
Thursday, September 5, 2013
888) RAKYAT NEWS 4/9/13: PPIM Anjur Forum Pengguna 5 dan 6 Oktober Ini
KUALA LUMPUR 4 Sep- Persatuan Pengguna Islam
Malaysia (PPIM) akan mengadakan Forum Pengguna 2013 bersempena dengan Festival
Halal 2013 (Halalfest 2013) pada 5 dan 6 Oktober ini di Dewan Bestari
Universiti Kuala Lumpur (UniKL) Kampus Kota.
Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata, forum
yang kali ketiga diadakan sejak 20122 ini akan mendapat usahasama daripada
pihak Universiti Kuala Lumpur (UNIKL) bagi mendapat pandangan professional dari
para tenaga kerja universiti itu.
"Sudah tiba masanya kita bergerak secara
professional dengan melakukan kerjasama dengan pihak UNIKL dan kita menjangka
forum kali ini lebih panas dari forum sebelum ini," katanya kepada
pemberita pada sidang media pelancaran Forum Pengguna 2013 di UNIKL Kampus Kota
di sini, hari ini.
Nadzim menjelaskan, pensijilan halal kepada para
peniaga bukan islam di seluruh Malaysia akan menjadi isu utama pada forum kali
ini.
Katanya, pelbagai isu-isu panas yang membelenggu
pengguna-pengguna di Malaysia akan turut dibincangkan dan wakil daripada
organisasi-organisasi yang terlibat akan dipanggil untuk menyertai forum
tersebut.
"Terdapat beberapa aduan tentang polisi
pemberian sijil halal kepada peniaga bukan Islam yang perlu dikaji bagi
memastikan langkah ini memberi manfaat kepada semua pihak.
"Beberapa isu kepenggunaan akan turut
dibincangkan berkaitan keberkesanan pengurusan pegawai kerajaan, syarikat milik
kerajaan (GLC), perbankan Islam dan yang melibatkan pelbagai agensi seperti Air
Asia," katanya.
Sempena forum itu juga beberapa anugerah khas akan
diberikan kepada organisasi-organisasi yang dilihat prihatin dalam membantu
pengguna-pengguna yang ditindas.
Festival Halal 2013 (Halalfest 2013) akan
berlangsung 2 hingga 6 Oktober ini.
Sumber:
Friday, February 22, 2013
Monday, February 18, 2013
Wednesday, February 13, 2013
696) FORUM MUFLIS@BANKRAP...'ANDA MASIH ADA PELUANG KEDUA''
Tarikh : 18 Februari 2013 (Isnin)
Masa : 8.30pg - 4.30ptg (Pendaftaran 8.30-9.00pg)
Tempat : Dewan Tun Hussein Onn, PWTC KL
Ahli Panel :
- Ketua Pengarah Jabatan Insolvensi Malaysia,
- Presiden Sukaguam,
- Pengerusi Biro Ekonomi Pemuda UMNO
- Ketua Aktivis PPIM.
Sunday, October 16, 2011
Saturday, October 15, 2011
Subscribe to:
Comments (Atom)
PERJUANGAN KAMI
ARKIB ARTIKEL
-
▼
2026
(117)
-
▼
March
(41)
- PPIM DESAK KERAJAAN TUTUP KELOMPONGAN INDUSTRI E-H...
- EKOSISTEM E-HAILING, P-HAILING 'KRITIKAL', ANCAM K...
- E-HAILING: PPIM TUNTUT WUJUD PANGKALAN DATA SENARA...
- PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA DEDAH TAKTIK TID...
- PAKEJ 'PERCUMA' TELCO PERANGKAP PENGGUNA, PPIM DES...
- PPIM SELAR TAKTIK 'SEMBELIH' PELANGGAN GUNA TALIAN...
- AKTIVITI | TARAWIH PPIM 1447H MELABUHKAN TIRAI: SY...
- PENGGUNA TERPERANGKAP, PPIM DAKWA TELCO KENAKAN CA...
- PPIM BONGKAR TAKTIK KOTOR SYARIKAT TELCO: CAJ TERS...
- SPM - JANGAN BAZIR, BELANJA RAYA - BERITA RTM - 17...
- AKTIVITI | SELAMAT PAGI MALAYSIA: JANGAN BAZIR BEL...
- AKTIVITI | PERJUMPAAN KETUA AKTIVIS PPIM BERSAMA P...
- PERARAKAN HARI WANITA TAMPIL INDIVIDU LGBT MENGHIN...
- PERARAKAN HARI WANITA MUNCUL INDIVIDU LGBT MENGHIN...
- PPIM BUAT LAPORAN POLIS DAKWA HIMPUNAN HARI WANITA...
- NGO DIDAKWA PROMOSI LGBT DALAM HIMPUNAN HARI WANIT...
- NGO DIDAKWA PROMOSI LGBT AKAN DILAPOR POLIS - KOSM...
- PPIM BUAT LAPORAN POLIS DAKWA HIMPUNAN HARI WANITA...
- “SIAPA DALANG PERHIMPUNAN LGBT DI MALAYSIA? NILAI ...
- AKTIVITI | PERJUMPAAN KETUA AKTIVIS PPIM BERSAMA H...
- AKTIVITI | MAJLIS IFTAR RAMADHAN DAN PENYAMPAIAN S...
- MALAYSIA'S RAMADAN BAZAARS: FROM FOOD STOPS TO FUL...
- LONGER, BIGGER, LOUDER: MALAYSIA'S RAMADAN BAZAARS...
- AKTIVITI | PERJUMPAAN PPIM BERSAMA MALAYSIA BAR CO...
- PODCAST PPIM | ISU BLR & KONTRAK PINJAMAN BANK: PE...
- JUADAH BASI, BERULAT 'IGAU' BAZAR RAMADAN - KOSMO ...
- BINA KEKUATAN MENTAL DAN ROHANI - METRO AHAD - 01/...
- AKTIVITI | SIDANG TERGEMPAR DAN SIDANG MEDIA ISU S...
- HARAM JUAL MAKANAN SUDAH ROSAK, TIDAK BERKUALITI -...
- BINA KEKUATAN MENTAL DAN ROHANI - HARIAN METRO - 0...
- PPIM KELUAR KENYATAAN PENJELASAN: TIADA KAITAN DEN...
- PPIM NAFI ADA HUBUNGAN DENGAN GABUNGAN E-HAILING M...
- PPIM TEGASKAN TIADA KAITAN DENGAN GABUNGAN EHAILIN...
- PPIM NASIHAT AGAR TIDAK TERPEDAYA, GEM BUKAN DIBAW...
- PPIM ULANGI PENDIRIAN, TIADA SEBARANG KAITAN DENGA...
- PPIM TEGASKAN TIADA HUBUNGAN DENGAN GEM - UTUSAN M...
- AKTIVITI | SIRI MINGGU KE-40: BERKEBUN DI KEBUN BA...
- SNEK KOREA TIDAK SENARAIKAN RAMUAN TIDAK HALAL, PP...
- SNEK KOREA TIDAK MENYENARAIKAN BAHAN TIDAK HALAL D...
- SNEK IMPORT KOREA DISYAKI MENGANDUNGI ‘BABI’ SECAR...
- DAKWA SNEK IMPORT KOREA TIDAK NYATAKAN KANDUNGAN B...
-
▼
March
(41)
























.jpg)






