Showing posts with label forum pengguna 2015. Show all posts
Showing posts with label forum pengguna 2015. Show all posts

Tuesday, October 20, 2015

2896) PPIM AKAN SERAH RESOLUSI PENINGKATAN KOS SARA HIDUP KEPADA KERAJAAN


Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) sedang merangka satu resolusi ber­kisar peningkatan kos sara hidup rakyat untuk diserahkan kepada kerajaan sebelum pembentangan Bajet 2016.

Setiausaha Agungnya, Datuk Dr. Maamor Osman berkata, resolusi itu akan mengambil kira pelbagai masalah yang menghimpit rakyat pada waktu sekarang.

Turut dimasukkan dalam resolusi itu, katanya, mengenai sistem cukai barang dan perkhidmatan (GST), multimedia dan isu berkaitan syarikat telekomunikasi yang masih mengenakan GST pada kad prabayar.

“Kita akan perhalusi isu-isu berkenaan untuk dipertimbangkan kerajaan dan dijawab dalam Bajet 2016. Setelah siap dirangka, resolusi itu akan diserahkan kepada Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hamzah Zainudin,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penutup Forum Pengguna PPIM 2015 di Universiti Tun Abdul Razak (Unirazak), di sini hari ini.

Turut hadir pada forum itu ialah Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan.

Forum yang berlangsung selama dua hari bermula semalam diha­diri lebih 1,000 peserta yang turut melibatkan golongan mahasiswa Unirazak.

Bajet 2016 akan dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen pada 23 Oktober ini.

Tambah Maamor, beliau turut berharap Perdana Menteri mengumumkan Akta Produk Halal yang sudah dibincangkan sejak tiga tahun lalu.

Katanya, penggubalan akta itu mengambil masa yang panjang ke­rana banyak perkara perlu disela­raskan di peringkat kerajaan negeri dan Persekutuan.

Dalam perkembangan lain, Maamor turut mengumumkan penubuhan Skuad Bantuan Bencana Alam PPIM dan Yayasan Patriot Negara Malaysia.

Beliau memberitahu, sehingga kini, skuad bagi membantu dan menyelaraskan bantuan di negeri-negeri yang ditimpa bencana alam itu dianggotai kira-kira 180 orang. - UTUSAN

Monday, October 19, 2015

2895) #ForumPengguna2015 : HARGA TOPUP KEMBALI PADA KADAR BIASA

Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) akan mengumumkan harga kad tambah nilai prabayar telefon kembali seperti sebelum pelaksanaan cukai barang dan perkhidmatan (GST), pada 1 November ini.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Johari Abdul Ghani berkata, JKDM telah berbincang mengenai perkara itu dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) supaya pengguna tidak lagi dikenakan bayaran tambahan apabila membeli kemudahan tersebut.

Katanya, kerajaan tidak akan berkompromi dengan syarikat telekomunikasi (telco) yang gagal melaksanakan langkah itu dan bersedia mengambil tindakan selanjutnya jika mereka masih berdegil.

“Macam mana Telco mahu caj, mereka kena fikirkan cara itu. Yang penting rakyat beli RM10 dapat nilai RM10. Kita mahu JKDM buat susulan dengan SKMM dan buat pengumuman pada 1 November ini,’’ katanya dalam sidang akhbar selepas merasmikan Forum Pengguna 2015 anjuran Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di Dewan Razakian, Universiti Tun Abdul Razak (UniRazak), di sini hari ini.

Menurutnya, kerajaan tidak boleh menerima alasan daripada pihak telco seperti sebelum ini bahawa sistem komputer mereka belum bersedia, kerana tempoh yang telah diberikan kepada telco terlalu lama.

“Jika pihak telco masih memberi alasan tidak bersedia sekalipun, mereka perlu juga patuh pada arahan ini iaitu mengekalkan harga kad tambah nilai seperti asal. Sebab, secara logiknya kalau pihak telco tidak bersedia, kenapa pengguna pula yang kena tanggung kos tambahan,” katanya.

Dalam sesi forum ketiga yang bertajuk GST membawa kemakmuran dan kesengsaraan? - satu kajian semula, Johari turut menjadi ahli panel bersama Penasihat Persatuan Pemborong dan Peruncit Muslim Malaysia (Mawar), Bazeer Ahmad.

Awal Mei lalu, telco telah menawarkan dua pilihan yang tidak menyebelahi rakyat iaitu bersetuju menjual kad tambah nilai prabayar pada harga RM10.60 tetapi apabila diaktifkan pengguna menerima nilai RM10 manakala pilihan kedua pembelian pada harga RM10 dan apabila diaktifkan, pengguna hanya menerima RM9.43.

Dalam perkembangan lain, Johari turut memberitahu, kira-kira 70,000 peruncit di seluruh negara diwajibkan menggunakan sistem di tempat jualan atau Point of Sales bagi memantau jualan dan stok barangan dengan lebih efisien, sistematik dan teratur.

Katanya, kerajaan memberi tempoh kepada para peruncit untuk menukar sistem konvensional kepada POS selama sebulan bermula awal bulan ini.

“Sistem ini juga dapat membantu pengguna supaya tidak terus ditipu oleh peniaga yang sengaja mengenakan GST kepada semua produk yang dibeli termasuk barangan yang dikecualikan cukai tersebut.

“Kerajaan juga telah menyediakan ramai pembekal sistem POS ini bagi membantu golongan peniaga kecil dengan menawarkan pelbagai pakej pilihan seperti murah, mudah dan bayaran ansuran serendah RM30 sebulan,” katanya. - UTUSAN

Sunday, October 18, 2015

2894) #ForumPengguna2015: PPIM DESAK @SKMM_MCMC 'LENYAPKAN' JUDI ONLINE!


Forum Pengguna Ke-5 anjuran Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Yayasan Patriot Negara Malaysia (YPNM) dan Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK) berjalan lancar dan mendapat sambutan diluar jangkaan.

Hampir 500 peserta yang hadir sejak awal pagi memenuhi dewan sepanjang forum berlangsung. Untuk pengetahuan, peserta forum terdiri daripada penuntut UNIRAZAK dan IPTA/IPTS tempatan serta orang ramai. 

SESI PERTAMA: MEDIA SOSIAL GUGAT KESEJAHTERAAN PENGGUNA. FAKTA ATAU AUTA?


Sesi pertama forum yang dijadualkan 10.30 pagi ini berjaya menjawab banyak persoalan dan kekeliruan pengguna berkenaan topik yang dibincangkan. Selain media sosial, bidang kuasa SKMM dan isu GST dalam transaksi tambah nilai prabayar juga turut diselitkan dalam sesi pertama ini.

Lebih 15 soalan dikemukakan oleh peserta dan ternyata ramai dari mereka yang sangat tidak senang dengan tindakan telco mengenakan cukai GST dalam transaksi prabayar telefon bimbit. Namun begitu, jawapan dari pihak SKMM mendapat penerimaan positif. 

Antara lain, Ketua Aktivis PPIM menyuarakan desakan terhadap SKMM untuk 'lenyapkan' SMS JUDI ONLINE dari telefon bimbit pengguna.

Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia, SKMM telah berunding dengan lebih 300 pihak berkepentingan bagi...
Posted by Buletin TV3 on Saturday, October 17, 2015

SESI KE-2: "SEPETANG BERSAMA TOKOH - KONGSIKAN PENGALAMAN BERSAMA TOKOH"



Pada sebelah petang pula, forum dimeriahkan lagi dengan kehadiran Angkasawan Pertama Negara YB Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor dan YB Dato Hussamuddin Yaacub (CEO Kumpulan Karangkraf) sebagai panel bagi sesi kedua. 

Di akhir sesi, sesi serahan nombor plat PATRIOT juga turut dibuat. Plat ini disumbangkan oleh pihak YPNM yang bertujuan memberikan penghargaan diatas 'patriotisme' oleh kedua-dua tokoh yang dijemput.





Jangan lepaskan peluang untuk mengikuti perkembangan hari kedua 'Forum Pengguna V 2015' hari ini. Terdapat dua topik lebih hangat lagi akan dibincangkan dalam sesi 2 dan sesi 3 yang dijadualkan hari ini, iaitu "GST MEMBAWA KEMAKMURAN ATAU KESENGSARAAN" & "RASISMA MENGGUGAT PERPADUAN - API DALAM SEKAM, SALAH SIAPA?"

ALBUM GAMBAR HARI PERTAMA #ForumPengguna2015
Posted by Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) on Saturday, October 17, 2015

Saturday, October 17, 2015

2893) : GAMBAR: #ForumPengguna2015 HANGAT! @SKMM_MCMC TERGAMAM DENGAN SOALAN PESERTA?

Zulkifli Bujang, Dato' Nadzim Johan, Pn Eneng dari SKMM
Forum Pengguna Ke-5 yang diadakan di Dewan Razakian, Aras 2 Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK), Jalan Tangsi, Kuala Lumpur sejak awal pagi tadi mendapat sambutan diluar jangkaan.

Sebentar tadi, Sesi pertama bagi forum yang diadakan ini baru sahaja selesai. 

Tajuk: Media Sosial Gugat Kesejahteraan Pengguna. Fakta Atau Auta?
Panel: Zulkifli Bujang, Dato' Nadzim Johan, Pn Eneng dari SKMM.

GAMBAR
Presiden Yayasan Patriot Negara Malaysia (YPNM), Jeneral. (b) Husainay tidak ketinggalan berkongsi pengalamannya difitnah di media sosial ketika peristiwa Lahad Datu dalam sesi 1 ini.





   

SIDANG MEDIA




LAPORAN SELANJUTNYA AKAN MENYUSUL

Friday, October 16, 2015

Wednesday, October 7, 2015

2875) #ForumPengguna2015: KOS SARA HIDUP MENINGKAT 33%? BENARKAH?

DIKEMASKINI 



Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menganggarkan berlaku peningkatan kos sara hidup sekurang-kurangnya 33 peratus dalam kalangan masyarakat berdasarkan aduan yang diterima sejak awal Januari hingga September lalu.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: #ForumPengguna2015: TIMBALAN MENTERI KEWANGAN DISAHKAN HADIR BERSOAL JAWAB ISU #GST - @MOFMalaysia
Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata, aduan yang meningkat sebanyak 50 peratus berbanding tahun lalu itu disebabkan tindakan peniaga yang tidak bertanggungjawab menggunakan pelbagai alasan bagi mengeksploitasi harga barangan di pasaran.

KERATAN AKHBAR - UTUSAN, 7 OKTOBER 2015


“Peniaga-peniaga licik ini tahu mereka ‘mengawal’ pasaran, jadi mereka sentiasa ada alasan untuk menaikkan harga jualan contohnya musim perayaan, musim kemarau, banjir dan sebagainya. Yang terbaharu, alasan kejatuhan mata wang yang mereka gunakan untuk menaikkan harga.

“Oleh sebab itu penting untuk orang ramai mempunyai ilmu dan kesedaran mengenai hak sebagai pengguna supaya kita tidak terus menjadi seperti ‘lembu dicucuk hidung’ oleh peniaga,” katanya di sini hari ini.

Beliau bercakap demikian dalam sidang akhbar Forum Pengguna 2015 anjuran PPIM, Universiti Tun Abdul Razak (Unirazak) dan Yayasan Patriot Negara yang akan berlangsung pada 17 dan 18 Oktober ini.

Tambah Nadzim, tahap kesedaran atau ilmu berkenaan hak kepenggunaan dalam kalangan masyarakat Malaysia yang masih rendah dan disifatkan sebagai ‘jahil’ menyumbang kepada keadaan tersebut.

“Di luar negara seperti Jepun, jika harga barang naik sedikit sekalipun, mereka akan boikot menyebabkan peniaga tidak berani berbuat demikian. Tetapi di sini, naiklah RM10 sekalipun pengguna masih membeli.

Nadzim Johan (dua dari kiri) bersama Dekan Pusat Hal Ehwal Pelajar dan Penglibatan Pelajar (CSASI) Universiti Tun Abdul Razak (UniRazak), Datin Nor Hafizah Ismail (tiga dari kiri) menunjukkan poster Forum Pengguna Ke-5 pada sidang akhbar Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bersama pihak universiti itu di Kuala Lumpur, semalam. 
“Saya bukan sahaja bercakap dari segi pembelian barang tetapi dalam semua industri seperti perbankan, syarikat telekomunikasi, makanan, perubatan dan segala bentuk kepenggunaan yang sebenarnya banyak caj tersembunyi yang kita bayar,” katanya.


Mengulas mengenai Forum Pengguna 2015, beliau berkata, forum tersebut merupakan platform terbaik untuk pengguna menyuarakan pandangan sekali gus menjadi ejen pendesak kepada agensi berkaitan serta mendapat ilmu mengenai isu kepenggunaan.

“Dalam forum ini, kita panggil Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Johari Abdul Ghani dan Menteri Perdagangan, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Hamzah Zainuddin sendiri untuk menjawab pertanyaan orang ramai terhadap segala isu termasuk cukai barang dan perkhidmatan (GST),” katanya. - UTUSAN




Tuesday, October 6, 2015

2873) #ForumPengguna2015: TIMBALAN MENTERI KEWANGAN DISAHKAN HADIR BERSOAL JAWAB ISU #GST - @MOFMalaysia


Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mula menganjurkan Forum Pengguna sejak empat tahun lalu, dan ia juga turut dijadikan sebagai program tahunan dengan harapan dapat dijadikan titik pertemuan masalah-masalah yang dihadapi pengguna di seluruh Malaysia.

Sebarang keterangan lanjut, boleh hubungi Seketeriat Forum di talian; 03 - 404700414 atau 019 - 9130000.Untuk...
Posted by Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) on Tuesday, October 6, 2015

Antara isu yang dilihat berjaya membuka mata agensi berkaitan serta menimbulkan kesedaran di kalangan pengguna melalui Forum Pengguna yang dianjurkan sebelum ini antaranya adalah Ceti Haram (Ah Long), premis perjudian haram, sindiket Awang Hitam Black Money, dan penipuan Gores & Menang.


Selain itu, forum ini dijadikan platform yang digerakkan PPIM untuk pengguna bagi menyuarakan pandangan mereka sekaligus menjadi agen pendesak kepada pihak berwajib, di mana PPIM merupakan badan yang bertindak sebagai NGO pelaksana.

Hasil kejayaan tersebut, program ini diteruskan untuk edisi yang ke-5 pula, di mana buat julung kalinya PPIM bekerjasama dengan Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK) serta Yayasan Patriot Negara Malaysia (YPNM) untuk penganjuran ‘Forum Pengguna V 2015'.

Forum yang akan diadakan pada:


TARIKH: 17 & 18 Oktober 2015
TEMPAT: Dewan Razakian, Aras 2, Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK), Jalan Tangsi, Kuala Lumpur.

 

Sebanyak TIGA TOPIK UTAMA berkaitan pengguna (isu-isu semasa & terkini) akan diketengahkan sekaligus dibincankan pada forum kali ini, iaitu:
  • Impak penyalahgunaan media sosial
  • Cukai GST (Perlu penambahbaikan atau tidak?)
  • Isu sentimen perkauman dikalangan rakyat Malaysia.

Antara panel yang telah mengesahkan kehadiran adalah:
  • Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Johari Abdul Ghani
  • Ketua Kumpulan Karangkraf, Datuk Husamudin Yaacub

Yang menariknya adalah, hasil perbincangan melalui forum kali ini akan disiarkan secara langsung di kaca televisyen melalui Bernama TV (saluran 502). 

Kemeriahan luar biasa dirasai kerana setakat ini sudah hampir 200 pengguna telah mendaftarkan diri sebagai peserta untuk mengikuti forum selama dua hari berturut-turut ini,

Bagi majlis penutupan f"Forum Pengguna V 2015', ianya  akan disempurnakan oleh Menteri Perdagangan, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Hamzah Zainuddin.


Sebarang keterangan lanjut, boleh hubungi Seketeriat Forum di talian;
03 - 404700414/019 - 9130000.

Untuk maklumat terkini di media sosial mengenai 'Forum Pengguna V 2015' pula, layari:

FACEBOOK: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM)
TWITTER: @PPIM4U
BLOG: http://ppim4u.blogspot.com
WEBSITE: www.ppim.org.my


Thursday, September 17, 2015

2844) #PPIM BEKERJASAMA DENGAN UNIRAZAK ANJUR #ForumPengguna2015

Dikemaskini pada 18/9/2015 jam 2:45 PM



Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dengan kerjasama Universiti Tun Abdul Razak (UNIRAZAK) akan menganjurkan Forum Pengguna 2015 buat kali yang ke-5 bertempat di Innovation hall, Tingkat 2, Universiti tun abdul razak, Jalan tangsi, Kuala Lumpur.

Forum yang akan diadakan pada 17 dan 18 Oktober 2015 ini dijangka akan mendapat sambutan hangat berbanding forum-forum yang pernah dianjurkan sebelum ini, iaitu Forum Pengguna yang diadakan sejak 2011 hingga 2014.

Antara tiga tajuk utama yang akan dikupas adalah berkenaan kesan media sosial, perlaksanaan GST dan sentimen perkauman yang semakin meruncing di kalangan rakyat Malaysia sekarang.


Satu sidang media berkenaan forum ini telah diadakan di Auditorium Tingkat 20, Universiti Tun Abdul Razak, pagi tadi.


Menurut Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, forum ini mensasarkan seramai 300 peserta dan akan disiarkan secara langsung di TV Bernama.

Matlamat forum ini adalah bagi mendesak pihak berwajib mengkaji semula permasalahan yang terlepas pandang terhadap pengguna.

Selain itu, Menteri Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK), Dato' Hamzah Zainudin akan merasmikan forum ini, turut beliau lagi dalam sidang media tersebut.

Untuk maklumat lanjut, sila tonton video dibawah :


Sempena forum ini juga, beberapa anugerah khas akan diberikan kepada organisasi-organisasi yang dilihat prihatin terhadap pengguna.

Untuk sebarang pertanyaan sila hubungi sekretariat PPIM di talian:

Pejabat: 03-404700414
Hotline: 019-9130000

Media Sosial

Laman rasmi PPIM

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL