Setiausaha Agungnya, Datuk Dr. Maamor Osman berkata, resolusi itu akan mengambil kira pelbagai masalah yang menghimpit rakyat pada waktu sekarang.
Turut dimasukkan dalam resolusi itu, katanya, mengenai sistem cukai barang dan perkhidmatan (GST), multimedia dan isu berkaitan syarikat telekomunikasi yang masih mengenakan GST pada kad prabayar.

Turut hadir pada forum itu ialah Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan.
Forum yang berlangsung selama dua hari bermula semalam dihadiri lebih 1,000 peserta yang turut melibatkan golongan mahasiswa Unirazak.
Bajet 2016 akan dibentangkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen pada 23 Oktober ini.
Tambah Maamor, beliau turut berharap Perdana Menteri mengumumkan Akta Produk Halal yang sudah dibincangkan sejak tiga tahun lalu.
Katanya, penggubalan akta itu mengambil masa yang panjang kerana banyak perkara perlu diselaraskan di peringkat kerajaan negeri dan Persekutuan.
Dalam perkembangan lain, Maamor turut mengumumkan penubuhan Skuad Bantuan Bencana Alam PPIM dan Yayasan Patriot Negara Malaysia.
Beliau memberitahu, sehingga kini, skuad bagi membantu dan menyelaraskan bantuan di negeri-negeri yang ditimpa bencana alam itu dianggotai kira-kira 180 orang. - UTUSAN
No comments:
Post a Comment