Thursday, October 1, 2015

2864) SEJARAH TERCATAT, BENDERA PALESTIN DIKIBAR DI IBU PEJABAT PBB BUAT PERTAMA KALI!


Palestin bakal melakar sejarah apabila buat pertama kali bendera negara bergolak itu akan dinaikkan dan dikibarkan di Ibu Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York, hari ini.

Ia sekali gus memberikan sinar baru kepada negara itu dalam membawa mesej mereka untuk mencapai kemerdekaan dan negara berdaulat, sekali gus menghentikan sengketa dengan rejim Zionis.

Acara menaikkan bendera selama 15 minit itu dijadual turut dihadiri Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon dan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas pada jam 1 tengah hari (waktu tempatan New York - kira-kira 1 pagi Malaysia), selepas kedua-duanya menyampaikan ucapan sempena Perhimpunan Agung PBB.

Abbas membayangkan ini adalah harapan baru kepada rakyat Palestin untuk menjadi negara merdeka dan sokongan PBB sebagai simbolik bagi menyokong aspirasi penubuhan negara itu.

"Ia satu lagi langkah untuk mengukuhkan negara Palestin di arena antarabangsa," katanya. Pada Perhimpunan Agung PBB 10 September lalu, satu draf resolusi telah dibentangkan mengenai pengiktirafan Palestin sebagai sebuah negara yang mendapat sokongan 119 negara, lapan menentang termasuk Israel dan Amerika Syarikat, manakala 45 lagi berkecuali.

Resolusi itu membolehkan bendera Palestin yang memiliki status pemerhati, dikibarkan bersama-sama bendera negara anggota PBB yang lain - BERITA HARIAN

No comments:

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL