Monday, October 12, 2015

2883) #PPIM GESA KADAR DENDA GANTI MYKAD HILANG DIKAJI

TELAH DIKEMASKINI PADA 12/10/2015 19:00HRS

MINGGUAN MALAYSIA, AHAD, 11 OKTOBER 2015
TELITI SEMULA KADAR DENDA BAHARU HILANG MYKAD

Kerajaan perlu meneliti semula peningkatan kadar bagi menggantikan semula MyKad yang hilang agar seiring dengan kemampuan masyarakat.


Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, masyarakat yang berpendapatan rendah tidak mampu untuk membayar kadar fi yang tinggi khususnya bagi kehilangan untuk kali ketiga.

“Saya bersetuju dengan pelaksanaan tersebut namun kerajaan seharusnya meletakkan bayaran yang bersesuaian dengan kemampuan individu berkenaan.

“Orang ramai mungkin tidak akan melaporkan atau mengambil kembali MyKad baharu kerana tidak mampu membayar denda tersebut seterusnya akan menjurus kepada masalah lain iaitu ketiadaan MyKad,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

CAJ BAYARAN BAGI MYKAD YANG HILANG (WARGANEGARA)
Semalam akhbar melaporkan Kementerian Dalam Negeri akan memperketatkan prosedur permohonan gantian MyKad yang hilang dengan kadar fi baharu berkuat kuasa 15 Oktober ini berikutan kadar kehilangan MyKad disebabkan kecuai­an individu semakin meningkat.

Timbalan Ketua Setiausaha Kanan Dasar Keselamatan kementerian itu, Datuk Sri Adenan Ab. Rahman berkata, dengan penguatkuasaan tersebut, kadar baharu fi untuk kehilangan MyKad termasuk kehilangan pertama kekal RM100, kehilangan kedua dinaikkan daripada RM200 kepada RM300 manakala bagi kehilangan kali ketiga dan seterus­nya daripada RM300 kepada RM1,000.

Sementara itu, Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna Malaysia (FOM­CA), Mohd. Yusof Abdul Rahman berkata, kadar denda harus bersesuaian dengan faktor kehilangan kerana kecuaian merupakan sesuatu yang tidak dapat dijangkakan oleh mana-mana individu.

“Satu mekanisme perlulah diwujudkan bagi menangani masalah kecuaian kerana ia adalah perkara yang subjektif,” katanya. - UTUSAN



No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...