Saturday, October 10, 2015

2880) REMAJA MENYAMAR SEBAGAI JEMAAH WANITA DITANGKAP MENCURI DI SURAU

AHAD, 10 OKTOBER 2015


Satu tangkapan telah dilakukan terhadap 'lelaki berjubah' kerana didapati menyamar sebagai seorang 'muslimah' untuk mencuri di surau wanita pusat membeli-belah Pavillion, Jalan Bukit Bintang, semalam.

Berdasarkan salinan repot polis yang Admin terima,  suspek ditahan oleh anggota polis bantuan yang sedang membuat rondaan di aras berkenaan. 

Berpandukan kamera litar tertutup, suspek dilihat sangat mencurigakan kerana dilihat mundar-mandir  di hadapan surau wanita pusat membeli-belah tersebut. Tambahan pula apabila berjubah hitam.

Hasil pemeriksaan mendapati jumlah kerugian keseluruhan adalah hampir RM5,000, termasuk wang tunai yang dirampas. Butiran lanjut adalah seperti dibawah:

Salinan repot polis:
Pada jam lebih kurang 2030hrs pada 8/10/2015, saya bersama L/kpl 186200, anggota PB Pavilion terdiri daripada PB65781 dan PB78491 membuat pemantauan di sekitar kawasan Pavilion, jalan Bukit Bintang, KL telah ternampak satu perempuan berpakaian jubah hitam dalam keadaan mencurigakan di hadapan surau wanita, tingkat 5. 
Seterusnya saya bersama saksi polis memperkenalkan diri sebagai anggota polis dengan menunjukan kad kuasa polis dan minta suspek tersebut mengemukakan dokumen pengenalan diri tetapi suspek tersebut tidak mahu menunjukan sebarang dokumen dan terus melarikan diri. 
Saya bersama saksi polis mengejar dan berjaya menahan suspek tersebut. Semasa menahan suspek itu cuba melawan dan berlaku pergelutan yang mengakibatkan suspek mengalami kecederaan di bahagian kening kanan. 
Butir-butir suspek diberi secara lisan: 

1) nama: Mohd Firdaus bin Abdullah
k/p: 960312-01-XXXX
umur: 19 thn
jantina: lelaki
w/negara: Malaysia
keturunan: melayu
alamat: DIRAHSIAKAN 
butir-butir rampasan: 

1) jenis barang: wang tunai RM846.00
tempat dijumpai: di dalam dompet bewarna coklat yang disimpan dalam beg tangan OYDS bewarna coklat jenama coach 

2) jenis barang: kad pengenalan Malaysia
kuantiti: 1 keping
tempat dijumpai: di dalam dompet bewarna coklat yang disimpan dalam beg tangan OYDS bewarna coklat jenama coach 

3) jenis barang: kad ATM Maybank
kuantiti: 1 keping
tempat dijumpai: di dalam dompet bewarna coklat yang disimpan dalam beg tangan OYDS bewarna coklat jenama coach 

4) jenis barang: kad debit Maybank
kuantiti: 1 keping
tempat dijumpai: di dalam dompet bewarna coklat yang disimpan dalam beg tangan OYDS bewarna coklat jenama coach 

5) jenis barang: telefon
bimbit(samsung galaxy S6) bewarna biru
kuantiti: 1 unit
no siri: RF8G517P1MA
tempat dijumpai: didalam dompet bewarna coklat yang disimpan dalam beg tangan OYDS bewarna coklat jenama coach 

6) jenis barang: telefon
bimbit(samsung A8) bewarna emas
kuantiti: 1 unit
no siri: R58G729FHST
tempat dijumpai: di dalam dompet bewarna coklat yang disimpan dalam beg tangan OYDS bewarna coklat jenama coach 

7) jenis barang: kaca mata berbingkai hitam
kuantiti: 1 unit
tempat dijumpai: di dalam dompet bewarna coklat yang disimpan dalam beg tangan OYDS bewarna coklat jenama coach 

8) jenis barang: anak kunci
kuantiti: 1 unit
tempat dijumpai: di dalam dompet bewarna coklat yang disimpan dalam beg tangan OYDS bewarna coklat jenama coach 

9) jenis barang: sebuah beg bewarna hitam (Divided by H&M)
kuantiti: 1 buah
tempat dijumpai: di dalam dompet bewarna coklat yang disimpan dalam beg tangan OYDS bewarna coklat jenama coach 

10) jenis barang: sebuah beg bewarna coklat(Coach)
kuantiti: 1 buah
tempat dijumpai: dipegang oleh OYDS di tangan kanan 

11)jenis barang: sebuah beg bewarna merah jambu berbelang hitam
kuantiti: 1 buah
tempat dijumpai: di pegang oleh OYDS di tangan kanan 

12)jenis barang: sepasang telekung bewarna putih
kuantiti: sepasang
tempat dijumpai: di dalam beg OYDS bewarna merah jambu berbelang hitam 
Seterusnya saya telah tangkap penama di atas bersabit rpt no: THSL/33509/15 pegawai penyiasat SM Zulkifli di bawah sek 380kk. Sesalinan borang bongkar disertakan dan terangkan sebab-sebab ditangkap di bawah peruntukan 28A KPJ. 
Sekian laporan saya.

No comments:

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL