Showing posts with label PBB. Show all posts
Showing posts with label PBB. Show all posts

Thursday, October 1, 2015

2864) SEJARAH TERCATAT, BENDERA PALESTIN DIKIBAR DI IBU PEJABAT PBB BUAT PERTAMA KALI!


Palestin bakal melakar sejarah apabila buat pertama kali bendera negara bergolak itu akan dinaikkan dan dikibarkan di Ibu Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di New York, hari ini.

Ia sekali gus memberikan sinar baru kepada negara itu dalam membawa mesej mereka untuk mencapai kemerdekaan dan negara berdaulat, sekali gus menghentikan sengketa dengan rejim Zionis.

Acara menaikkan bendera selama 15 minit itu dijadual turut dihadiri Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-moon dan Presiden Palestin, Mahmoud Abbas pada jam 1 tengah hari (waktu tempatan New York - kira-kira 1 pagi Malaysia), selepas kedua-duanya menyampaikan ucapan sempena Perhimpunan Agung PBB.

Abbas membayangkan ini adalah harapan baru kepada rakyat Palestin untuk menjadi negara merdeka dan sokongan PBB sebagai simbolik bagi menyokong aspirasi penubuhan negara itu.

"Ia satu lagi langkah untuk mengukuhkan negara Palestin di arena antarabangsa," katanya. Pada Perhimpunan Agung PBB 10 September lalu, satu draf resolusi telah dibentangkan mengenai pengiktirafan Palestin sebagai sebuah negara yang mendapat sokongan 119 negara, lapan menentang termasuk Israel dan Amerika Syarikat, manakala 45 lagi berkecuali.

Resolusi itu membolehkan bendera Palestin yang memiliki status pemerhati, dikibarkan bersama-sama bendera negara anggota PBB yang lain - BERITA HARIAN

Monday, August 4, 2014

2070) UTUSAN 28/7/2014- OIC perlu ambil tindakan tegas - PPIM



OIC perlu ambil tindakan tegas

KUALA LUMPUR 27 Julai - Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) didesak agar mengambil tindakan tegas terhadap kekejaman yang dilakukan oleh rejim Zionis ke atas penduduk Palestin di Gaza.

Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Abdullah Zaik Abd. Rahman berkata, OIC juga perlu duduk semeja dengan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi menyelesaikan konflik tersebut bersama-sama.
"Berilah peluang kepada penduduk Gaza untuk menghirup udara segar dan hidup aman seperti penduduk lain di muka bumi ini.

"OIC perlu membantu Palestin seperti Amerika Syarikat membekalkan senjata kepada Israel. Memang negara OIC tidak sekuat Amerika Syarikat, tetapi dengan perpaduan dan rancangan yang kemas serta sistematik dalam bidang diplomatik mahupun ketenteraan, nasib Palestin akan dapat dibela," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Beliau diminta me­ngulas isu kekejaman Israel di Gaza ketika umat Islam bakal meraikan Hari Raya Aidilfitri esok.
Setakat ini, lebih 1,000 penduduk Palestin telah terbunuh dan angka tersebut dijangka terus bertambah.
Apa yang menyedihkan, penderitaan mereka sejak puluhan tahun lalu tidak mendapat pembelaan sewajarnya daripada dunia.

Mengulas lanjut kata Abdullah, OIC harus ada pendirian untuk mengambil tindakan terhadap rejim Zionis berdasarkan saluran undang-undang antarabangsa sedia ada bagi melindungi hak dan keselamatan rakyat Palestin.
"OIC seharusnya menubuhkan satu kesatuan yang terdiri daripada barisan hakim, peguam, badan-badan berkuasa yang mahir dalam undang-undang antarabangsa agar dapat mengheret Israel ke muka pengadilan.
"Saya berharap dengan wujudnya kesatuan ini mampu memberi kekuatan kepada OIC membantu rakyat Palestin," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr. Maamor Osman turut menggesa OIC campur tangan bagi mencari jalan penyelesaian dengan segera.
"OIC dan PBB perlu membuat ketetapan supaya sebuah pasukan pengaman dapat ditempatkan di seluruh wilayah Palestin untuk me­nyalurkan bantuan kepada mereka.

"Mereka perlu melaksanakan tindakan bersepadu seperti memboikot Israel daripada terus melakukan kekejaman. Saya berharap rakyat Malaysia juga akan terus menyumbang dana bagi tujuan pembangunan semula Gaza dan membantu rakyat Palestin," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140728/dn_18/OIC-perlu-ambil-tindakan-tegas#ixzz39ORJpf3u
© Utusan Melayu (M) Bhd 

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL