Showing posts with label PERSATUAN KEBAJIKAN E-HAILING. Show all posts
Showing posts with label PERSATUAN KEBAJIKAN E-HAILING. Show all posts

Wednesday, June 17, 2020

6035) KACA TV / BERITA, SILATURRAHIM PEKERJA INDUSTRI E-HAILING MALAYSIA DAN BANTUAN MAKANAN ASAS - KACA TV - 16/06/2020


#KACATV Sukacitanya menjayakan Perjumpaan Silaturrahim Pekerja Industri E-Hailing Malaysia Dan Bantuan Makanan Asas Sempena Perayaan Aidil Fitri di Restoran Ali Cafe, Jalan Pantai Baru, Kuala Lumpur. #BERITA 6 Jun 2020 (Sabtu), Persatuan kebajikan pekerja E-Hailing Malaysia (Persatuan E-Hailing Malaysia) Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bersama pihak PERKESO dengan kerjasama beberapa pihak mengambil inisiatif untuk mengadakan perjumpaan silaturrahim singkat bersama pekerja dan penggerak E-Hailing Malaysia sebagai tanda penghargaan kepada para penggerak dan pekerja industri ini yang banyak membantu dan melancarkan aktiviti-aktiviti ekonomi negara kita secara langsung dan tidak langsung.

Dalam masa yang sama pihak PPIM dan persatuan E-Hailing Malaysia jugak akan mengadakan 'mini talk' ringkas yang akan dihadiri oleh pihak PERKESO dan wakil-wakil yang terlibat dengan industri dan badan korporat bagi membincangkan cabaran, masalah dan masa depan mereka termasuk isu pemandu mabuk.
Dengan keperihatinan ini, PPIM bersama persatuan E-Hailing Malaysia dan juga Restoran Ali Cafe Tomyam Menyediakan sedikit bantuan makanan asas Untuk diberikan kepada mereka pekerja dan pengerak E-Hailing sempena Aidil Fitri dan Bulan Syawal yang mulia ini.


Artikel oleh: Kaca TV

KACA TV / BERITA, SILATURRAHIM PEKERJA INDUSTRI E-HAILING MALAYSIA DAN BANTUAN MAKANAN ASAS


Thursday, April 30, 2020

5909) TOQQI DAN CG IZHAM NAYAN PERSATUAN KEBAJIKAN PEKERJA INDUSTRI E-HAILING - IZHAM NAYAN - 29/04/2020


BORANG AHLI. PERSATUAN KEBAJIKAN PEKERJA INDUSTRI E-HAILING. "Kalau Kita Kuat. Baru Orang Hormat." - toqqi PPIM. BORANG. https://forms.gle/N7FSTVbLJqwUNnAS7 BERITA. Bantu pemandu e-hailing tingkat perkhidmatan PERSATUAN Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dengan kerjasama Persatuan Kebajikan E Hailing (PKEH) menyediakan dua pusat sehenti kepada pemandu aplikasi itu merujuk apa jua urusan berkaitan kerja mereka. Ia juga bagi membolehkan mereka berehat bagi melepaskan penat selepas penat bekerja selain dapat berbincang sesama sendiri bagaimana untuk meningkatkan mutu perkhidmatan kepada orang ramai. Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata, dua lokasi itu ialah Restoran Ali Cafe di Jalan Pantai Baharu, Kuala Lumpur dan Malakat Mall Cyberjaya yang akan mula beroperasi dalam masa terdekat. Katanya, ia sebagai bentuk kemudahan kepada pemandu e-hailing yang selama ini berdepan pelbagai masalah di dalam melaksanakan tugas mereka. "Kita akan naik taraf perkhidmatan e-hailing ini. Sudah sampai masanya mereka ini juga diberi perhatian. "Kita juga sediakan pinjaman sebanyak RM2,000 tanpa cagaran dan yuran untuk tempoh dua tahun. "Dengan adanya bantuan ini, mereka mungkin dapat membeli motosikal baru, membaiki atau menggunakan wang itu untuk tujuan kerja," katanya dalam Facebook PPIM, hari ini. Turut serta jurucakap PKEH Dr Izham Nayan. Nadzim berkata, pihaknya menerima banyak aduan mengenai nasib pemandu e-hailing tidak kira sama ada kereta atau motosikal yang tidak ada tempat mengadu. "Ini termasuk soal penipuan ketika penghantaran, keselamatan dan hak mereka ketika bekerja. Jadi kerjasama ini akan melihat kepada semua perkara ini," katanya. Sementara itu, Dr Izham berkata, PKEH akan mewakili semua jenis perniagaan menggunakan aplikasi e-hailing dan pihaknya akan menyediakan platform pendaftaran yang akan diumumkan nanti. Katanya, ia diharapkan akan menjadi tempat rujukan pemadu e-hailing untuk berkongsi masalah mengenai pekerjaan mereka. "Kita yakin ia akan memberi manfaat kepada semua dan kita berusaha untuk meletakkan pekerjaan ini setanding dengan karier yang lain," katanya..


Artikel oleh: Izham Nayan

PERSATUAN KEBAJIKAN E-HAILING BERSAMA TOQQI


PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL