KUALA LUMPUR 10 Jun – Program Jualan Harapan Rakyat yang diadakan di Pasar Besar Bandar Baru Ampang hari ini mendapat sambutan memberangsangkan apabila tapak jualan mula dipenuhi orang ramai sejak pukul 8 pagi lagi.
Pengunjung tidak melepaskan peluang mendapatkan pelbagai barangan basah seperti ikan, ayam dan daging dengan harga yang lebih rendah berbanding harga pasaran.
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Lembah Jaya, Haniza Talha berkata, jualan yang dijalankan dapat membantu penduduk, terutamanya golongan berpendapatan rendah untuk mendapatkan makanan yang berkualiti dengan harga yang berpatutan.
“Program ini membuka peluang untuk golongan berpendapatan rendah mendapatkan makanan berzat yang sangat penting, terutamanya buat anak-anak mereka.
“Saya syorkan kepada penganjur supaya program ini diluaskan lagi ke lebih banyak tempat supaya lebih ramai yang akan memperoleh manfaatnya,” katanya ketika ditemui selepas membuat lawatan di tapak jualan di sini hari ini.
Program ini dianjurkan oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) dan Pasar Ayam Dato’. –
Artikel Oleh : UTUSAN ONLINE
JUALAN HARAPAN RAKYAT DAPAT SAMBUTAN
No comments:
Post a Comment