Showing posts with label GULA. Show all posts
Showing posts with label GULA. Show all posts

Tuesday, May 26, 2026

ARTIKEL PILIHAN | KENALI GULA, LINDUNGI KESIHATAN - PPIM - 26/05/2026

Gula bukan hanya terdapat dalam makanan manis, tetapi juga tersembunyi dalam minuman, roti, sos, makanan segera dan snek harian. Pengambilan gula secara sederhana memberi tenaga, namun lebihan gula boleh memudaratkan kesihatan secara senyap.

ISYARAT AWAL YANG SERING DIABAIKAN

Antara tanda awal pengambilan gula berlebihan:

  • Kerap dahaga dan mulut kering
  • Mudah letih walaupun cukup rehat
  • Kerap membuang air kecil
  • Penglihatan kabur
  • Lapar dan keinginan makan berulang
  • Emosi tidak stabil

Ini adalah isyarat badan yang memerlukan keseimbangan.

KESAN JANGKA PANJANG

Lebihan gula boleh menjejaskan:

  • Mata, buah pinggang dan saraf
  • Jantung dan salur darah
  • Hati (hati berlemak)
  • Kulit dan sendi
  • Gigi dan gusi

Kesan ini berlaku secara perlahan tanpa disedari.

KITARAN KETAGIHAN GULA

Pengambilan gula berlebihan menyebabkan:

  1. Lonjakan tenaga sementara
  2. Kejatuhan tenaga mendadak
  3. Rasa letih dan lesu
  4. Keinginan gula berulang

Kitaran ini berterusan jika tidak dikawal.

TABIAT HARIAN BERISIKO

  • Minuman manis setiap hari
  • Air berkarbonat dan jus berbungkus
  • Snek dan makanan segera
  • Makan lewat malam
  • Tekanan emosi (stress eating)
  • Kurang tidur

LANGKAH MUDAH MENGURANGKAN GULA

  • Minum lebih air kosong
  • Kurangkan gula secara berperingkat
  • Pilih makanan segar
  • Gantikan pencuci mulut dengan buah
  • Semak kandungan gula pada label
  • Amalkan masakan di rumah
  • Dapatkan tidur mencukupi
  • Kekal aktif setiap hari

Setiap pengurangan gula memberi manfaat kepada tubuh.

KESIMPULAN

Gula bukan musuh, tetapi pengambilan berlebihan boleh menjejaskan kesihatan secara senyap. Kesihatan dibentuk melalui pilihan harian — apa yang kita makan, minum dan cara kita mengurus kehidupan.

Kenali gula. Kawal diri. Lindungi masa depan.

Wednesday, June 27, 2018

4524) PEMEGANG AP TEKAN PENIAGA – MALAYSIA GAZETTE – 26/6/18

KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendakwa Approved Permit (AP) terhadap gula membebankan rakyat dan menjadi punca barangan keperluan dijual dengan harga yang tinggi.
Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata, peniaga gula mendakwa, pemilik AP menindas mereka untuk menyusun rangka kadar keuntungan selain tanggungan kos membawa gula masuk ke negara. 
Beliau berkata, walaupun kini Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) adalah pada kadar sifar, namun kewujudan pemegang AP kini dilihat akan menggagalkan usaha untuk menurunkan harga barangan.
Pihak yang memegang AP gula, jelas Nadzim, tidak semestinya menjalankan perniagaan barang keperluan itu yang pada akhirnya disifatkan hanya menjadi orang tengah dengan keuntungan yang berlipat ganda. 
“Kalau AP untuk sekilogram gula RM0.50 contohnya, dan peniaga nak membawa masuk daripada Thailand dengan jumlah yang banyak setiap bulan berapa pula yang pemegang AP dapat? 
“Harga barang makin naik sekarang ini. Kita lihat harga barang boleh turun jika kita tengok ada yang tidak kena dengan AP ini. Kalau diselesaikan secara berperingkat lapisan-lapisan harga barang akan dapat diselaraskan tanpa perlu memberikan lebih kepada pihak yang tidak berniaga gula,” tambahnya. 
Beliau bekata kerajaan perlu memperhalusi pemberian AP khususnya kepada pihak yang menjalankan perniagaan barangan tertentu bagi memudahkan pengawalan harga barang dalam masa yang sama peniaga tempatan tidak tertindas. 
“Kalau diberikan AP ni kepada orang yang betul-betul berniaga, harga barang apa juga bukan setakat gula pun boleh turun lagi,” katanya lagi. -MalaysiaGazette

Artikel Oleh : MALAYSIA GAZETTE
PEMEGANG AP TEKAN PENIAGA

Monday, April 21, 2014

1865) 21/04/2014 - DISEBALIK COCA-COLA



Tahukah anda tentang Coca Cola?
Siapakah disebalik Coca Cola dan yang paling penting adakah Coca Cola ini menyubang kepada yahudi?
Mari kita lihat pada fakta sejarah Coca Cola dahulu. Pengasas Coca Cola adalah John Stith Pemberton. Dia dalah seorang Leftenan Kolonel Tentera Gabungan Berkuda Rejimen ke-12, Georgia State Guard. Pada tahun 1850 dia telah mempunyai lesen untuk membuka farmasi sendiri. Akan tetapi, semasa dia berkhidmat sebagai ahli tentera, dia telah dikelar didada dengan pedang dan seperti kebiasaan pada masa itu, morfin menjadi ubat tahan sakit. Dia mula ketagih dengan morfin. Dengan pengetahuan yang ada, dia telah membuat satu ubat tahan sakit untuk menggantikan morfin. Dia telah mengkaji coca dan coca wine. orang awam mula merasa bimbang tentang ketagihan dan kemabukan produk yang dikeluarkan oleh John Stith Pemberton, Dalam tahun 1886, apabila Atlanta dan Fulton County menggubal undang-undang, Pemberton mendapati dirinya dipaksa menghasilkan alternatif yang bukan alkohol untuk Wain Coca Perancis. Maka dia membuat satu resepi menggunakan teknik percubaan dan kesilapan. Dengan bantuan Venable, dia Berjaya mengadunkan sirup dan air berkarbonat secara tidak sengaja. Dengan kejadian itu, Pemberton memutuskan untuk menjual air tersebut dari menjual ubat. Maka air itu deberi nama Coca Cola oleh Frank Mason Robinson

Itu serba sedikit tentang Coca Cola yang dapat diterangkan akan tetapi tahukan anda tentang kematian pengasas Coca Cola ini?
Pemberton mati pada umur 57, ogos 1888 atas kerana ketagihan dan mengidap penyakit kanser perut. Mayatnya dikebumikan  di  Linwood Cemetery, Columbus, Georgia. Tertera di batu nisanya lambang freemason dan ketenteraan. Ini untuk menunjuk bahawa dia adalah salah seorang ahli persatuan tersebut.
Disini terdapat satu tanda tanya, apakah isi kandungan yang terdapat didalam Coca Cola? Apa yang tertulis di botol Coca Cola adalah sebahagian sahaja ramuan. Bagaimanakah cop halal dapat diberi kepada Coca Cola sedangkan kita tidak tahu sepenuh isi kandungan yang terdapat didalam Coca Cola.

Kandungan gula yang tertulis di setiap botol Coca Cola mengatakan sejumlah gula diletakkan kedalam satu botol minuman akan tetapi tahukah anda berapa sudu gula yang diletakan didalam satu botol itu. Kajian mengatakan bahawa satu tin air Coca Cola mengandungi 10 kiub gula. Cuba bayangkan jika kita minum 1 botol besar air itu. Mahu dapat penyakit kencing manis dibuatnya. Salah satu rancangan antarabangsa iaitu BBC news menemuramah seorang pengarah Syarikat Coca Cola mengenai kandungan gula yang terdapat didalam produk Coca Cola. Disitu kita dapat lihat riaksi pengarah itu untuk menjawab soalan itu. Dia tidak menafikan kandungan gula didalam setiap Coca Cola. Dari situ juga kita dapat menilai adakah Coca Cola ini bagus untuk kesihatan tau tidak.

Tahukah anda, Coca Cola adalah penyumbang kepada Eagle Star Awards Gala dan didalam ini Coca Cola diberi penghargaan gold sponsor. Eagle Star Awards Gala  adalah satu acara untuk menghargai penyumbang-penyumbang kepada perkembangan israil-tenggara. Ini telah membuktikan bahawa Syarikat Coca Cola adalah penyumbang kepada yahudi.

Cuba bayangkan, dana yang diberikan oleh Coca Cola dibuat untuk membunuh orang islam. Apakah hukum untuk perbuatan itu bagi seorang orang islam? Fikirkanlah sejenak dengan fakta yang telah diberikan kepada anda


Fakta-fakta yang diambil dari :
http://2013.eaglestargala.com/sponsors.html
http://en.wikipedia.org/wiki/Coca-Cola
http://en.wikipedia.org/wiki/John_Pemberton
http://books.google.com.my/books?id=ErHUuazZkvIC&pg=PA111&lpg=PA111&dq=John+Pemberton%27s+freemason&source=bl&ots=Z7pICbkjAM&sig=WfnlO9brtZR3wJN-bInMq8nZwQI&hl=en&sa=X&ei=medRU_3DO6mriAej1YHoDw&redir_esc=y#v=onepage&q=John%20Pemberton's%20freemason&f=false


Friday, April 18, 2014

1862) 18/4/2014 Gula adalah PEMBUNUH SECARA DIAM



Gula adalah pembunuh

Pendekatan rakyat kepada kesedaran tentang kepentingan amalan budaya sihat ini semakin meningkat. Terlalu banyak kempen kesedaran ini dilakukan oleh pihak kerajaan dan juga badan bukan kerajaan untuk menyedarkan rakyat Malaysia tentang kesihatan.
Akan tetapi, rakyat Malaysia hanya tahu mendengar tapi tidak tahu cara mengatasinya. Sebagai contoh yang mampu kita katakan disini adalah kempen kesedaran makanan. Didalam ceramah itu, diberi tahu tentang bahayanya makanan seperti meggi, makanan ringan dan lain-lain lagi. Akan tetapi mereka (penceramah) tidak menceritakan tentang cara untuk menggantikan pemakanan ini.
Topik pertama kita adalah gula. Gula ini boleh menjadi racun yang mampu membunuh seseorang itu secara diam. Mengapa kita kata gula itu pembunuh? Mari kita lihat senarai penyakit yang boleh dikaitkan dengan pengambila gula yang berlebihan.

1)melemahkan system imunisasi
2) kerosakan kepada buah pinggang
3) menyebabkan kanser
4)meningkatkan paras  gukosa dalam darah dengan cepat

5)  Meningkatkan risiko penyakit jantung koronari.
6) Merosakkan gigi.
7) Punca utama obesiti.
8 tekanan darah tinggi atau diabetes (kencing manis)



Kita dapat lihat terlalu banyak penyakit yang boleh dikaitkan dengan pengambilan gula. Bukan ingin kata pengambilan gula ini memudaratkan namun cara pengambilan gula yang berlebihan didalam badan itu yang akan membawa penyakit pada masa hadapan kelak.
Penyakit-penyakit yang dapat disenaraikan itu adalah sebahagian penyakit yang sering dihidapi oleh rakyat Malaysia. Begitu bahayanya pengambilan gula yang berlebihan ini pada masyarakat kita pada zaman sekarang. Terdapat informasi yang mengatakan bahawa penyakit yang terbanyak disenaraikan didalam Malaysia adalah obesiti.
Apakah itu obesiti.?
Secara amnya, obesiti merupakan pengumpulan lemak berlebihan yang menimbun di dalam badan seseorang. Obesiti kini dianggap sebagai satu penyakit dan terjadi apabila tisu-tisu lemak menjadi keterlaluan. Lebih teruk lagi, obesiti boleh mengganggu dan mencederakan organ-organ badan dan seterusnya akan menyebabkan masalah kesihatan yang serius. Selain daripada mengehadkan kegiatan fizikal dan sosial, jangka hayat penghidapnya juga semakin pendek.Siapakah yang tergolong dalam obesiti? Orang dewasa? Remaja? Kanak-kanak? Obesiti tidak mengira bangsa, jantina, mahupun umur seseorang. Antara-antara karakteristik masalah obesisiti pada seseorang adalah berat badan sekurang-kurangnya dua kali lebih berat berbanding ukuran ideal.

Terdapat banyak cara yang mampu kita lakukan untuk menurunkan berat badan. Kita sebenarnya tidak sedar bahawa dengan perkara kecil pun mampu mengubah kehidupan anda.  
Jika kita memesan air di kedai makan, kita hendaklah memesan air tersebut dikurangkan penggunaan gula ataupun susu. Dengan melakukan perkara tersebut, secara tidak langsungnya kita telah mengurangkan pengambilan gula atau susu. Bagi penggemar minuman manis, maka ini adalah salah satu cara bagi mereka mengurangkan pengambilan gula. Cuba bayangkan jika kita duduk di kedai minum bersama kawan-kawan, berapa lamakah dan berapa banyak minuman yang kita minum mengandungi gula atau susu. Disitu kita dapat melihat bahawa masyarakat Malaysia tidak mengendahkan apa yang diminum oleh mereka.

Satu lagi cara yang sering kita dengar namun agak sukar untuk kita lakukan adalah melebihkan munum air kosong dari minuman air yang mengandungi gula atau susu. Harga untuk segelas air suam adalah lebih murah jika dibandingkan dengan air yang mempunyai perisa seperti coca cola, teh tarik dan lain lagi. Akan tetapi agak sukar untuk kita lihat masyarakat Malaysia ini mengambil air kosong jika mereka bersembang dikedai minum.
Selain dari minuman, cara pemakanan kita juga perlu dijaga. Makanan yang disediakan di kedai makan kadang-kala mempunyai perisa tambahan yang membuat ia sangat sedap. Tetapi, sedarkah anda akan apa yang diletakkan didalam makanan itu sehingga ia begitu sedap untuk dimakan?. Didalam makanan juga mengandungi kandungan gula. Malah bukan sekadar gila, Ajinomoto atau monosodium glutamate (MSG) juga diletakkan kedalam makanan. MSG adalah satu bahan yang digunakan untuk menggantikan ‘broth’ atau ‘stock’ dengan perisa sintetik seperti monosodium glutamate (MSG) ini. Penggunaan MSG ini juga bahaya pada diri kita sendiri. Bedasarkan salah satu sesawang kesihatan dari kerajaan mengatakan “MSG boleh menyebabkan masalah neurologi atau saraf dan penambahan berat badan. Terdapat beberapa kajian telah membuktikan MSG boleh menaikkan berat badan. Kajian telah dibuat ke atas tikus yang diberi makan MSG menjadi obes dan  ada yang menjadi buta. Salah satu cara saintis meningkatkan obesiti dalam makmal kajian haiwan ialah dengan memberi haiwan makan MSG.Ini telah membuktikan bahawa bahayanya MSG ini kepada tubuh badan manusia.
Kelekaan manusia mencari makanan yang sedap, enak dan pelbagai lagi sehingga mereka lupa akan khasiat buah-buahan. Sedarkah anda bahawa manisan didalam buah-buahan mampu mengenyangkan kita? Tetapi kita tetap ingin mencari manisan yang dibuat oleh manusia. ALLAH telah mencipta buah yang manis dan tidak dapat mendatangkan penyakit pada kita. Maka perbanyakanlah makan buah-buahan.

Pengambilan makanan bergula pada waktu malam adalah sangat bahaya. Ini kerana pengambilan makanan yang bergula pada waktu malam akan mengakibatkan tenaga yang berlebihan kerana pada waktu itu kita sudah tidak memerluka tenaga yang banyak.

Tuesday, November 5, 2013

955) RAKYAT NEWS 30/10/13-PPIM Sambut Baik Pemansuhan Subsidi Gula


OLEH: Hafiz Roslan

KUALA LUMPUR 30 Okt - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyambut baik tindakan Kerajaan memansuhan subsidi gula sebanyak 34 sen pada pembentangan Bajet 2014 baru-baru ini.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, PPIM sudah lama mengemukakan cadangan tersebut bagi mendidik masyarakat menitikberatkan amalan kesihatan seharian.

"Kita sebenarnya setuju, kita juga mencadangkan juga subsidi ini dimansuhkan. Pengguna perlu sentiasa peka dengan apa yang nak dimakan, kita rasa apa yang dibuat oleh kerajaan secara tidak langsung membantu pengguna menukar cara hidup," katanya kepada pemberita pada sidang media di sini hari ini.

Pada pembentangan Bajet 2014 Jumaat lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan pemansuhan subsidi gula sebanyak 34 sen.

Najib yang juga Menteri Kewangan ketika membentangkan Bajet 2014 di Dewan Rakyat berkata, langkah itu bertujuan mengurangkan jumlah pesakit diabetes di negara ini yang agak membimbangkan.

Dalam perkembangan yang sama, Nadzim meminta pihak Jabatan Agama Islam Malaysia (JAKIM) dan agensi berkaitan memantau pemprosesan minyak masak yang dikitar semula.

Katanya, minyak masak yang digunapakai semula berulang kali di beberapa buah restoran dan pasar malam telah dibeli oleh pengutip minyak untuk dibawa ke kilang dan dikitar semula lalu dijual.

"Kita tidak tahu yang minyak masak ini telah bercampur dengan minyak masak di kedai cina dan mereka kitar lalu dijual kepada pengguna.

"Kita tidak tahu kebanyakan minyak masak yang digunakan untuk menggoreng pisang adalah minyak seperti ini yang di kitar semula," ujarnya.

Beliau juga menambah, tindakan sebegini akan mengancam kesihatan kepada para pengguna dan berharap kepada sesiapa yang mahu menggunakan minyak agar berhati-hati.


942) UTUSAN MALAYSIA 27/10/13-Setuju subsidi gula dimansuh



KUALA LUMPUR 26 Okt. - Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pengguna menyifatkan tindakan kerajaan memansuhkan subsidi gula sebanyak 34 sen adalah tepat dan bersesuaian memandangkan kesedaran masyarakat tentang bahaya gula berlebihan masih rendah.

Presiden Lembaga Pelindung dan Kebajikan Pengguna Malaysia (LPKPM), Datuk Seri Dr. Saharuddin Awang Yahya berkata, langkah ini bertepatan jika melihat tahap kesihatan rakyat negara yang menunjukkan antara penghidap diabetes tertinggi.

"Walaupun pemansuhan subsidi menyebabkan kenaikan harga gula, namun secara tidak langsung langkah itu akan mendidik pengguna supaya mengawal atau mengurangkan pengambilan gula dalam minuman dan makanan.

"Pendekatan yang dilaksanakan kerajaan sebenarnya bukan untuk membebankan tetapi menyedarkan masyarakat tentang bahaya penggunaan gula berlebihan terhadap kesihatan mereka," katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia hari ini.

Beliau mengulas tentang tindakan kerajaan memansuhkan subsidi gula sebanyak 34 sen berkuat kuasa hari ini bagi menyejahterakan kesihatan rakyat.

Tambah Saharuddin, pengguna tidak perlu bimbang sekiranya pemansuhan subsidi akan membebankan mereka memandangkan kerajaan telah menambah nilai Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M).

"Peningkatan jumlah agihan BR1M ini menunjukkan keprihatinan kerajaan rakyat memandangkan kos sara hidup rakyat yang semakin meningkat. Langkah ini sedikit-sebanyak mengurangkan beban pengguna dalam berbelanja," katanya.

Sementara itu, Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr. Maamor Osman berkata, pemansuhan subsidi gula memberi mesej kepada masyarakat bahawa kesihatan adalah paling utama dalam kehidupan seharian.

"Seperti yang diketahui, gula merupakan punca penyakit diabetes yang melanda rakyat di negara ini. Kita boleh mati kerana gula, namun tanpa gula kita masih boleh hidup.

"Justeru, saya menyokong tindakan kerajaan memansuhkan subsidi demi memastikan rakyat mengutamakan kesihatan dengan mengurangkan pengambilan gula," katanya.

Dalam pada itu, Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (Cassa), Datuk Dr. Jacob George melihat langkah pemansuhan adalah untuk menyedarkan pengguna sekiranya penggunaan gula tidak dikawal.

"Kita tidak mahu generasi akan datang menghidap penyakit berkaitan dengan gula, jadi pengurangan subsidi tersebut dapat mendisiplinkan diri dan mengawal pengambilan gula.

"Abaikan provokasi yang dibuat oleh pihak yang tidak bertanggungjawab dalam mempersoalkan pengurangan subsidi ini kerana banyak lagi perkara mustahak perlu diambil dan bukannya pengurangan subsidi gula dijadikan isu hangat," katanya.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131027/dn_10/Setuju-subsidi-gula-dimansuh#ixzz2jlHLgYif  © Utusan Melayu (M) Bhd

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL