Showing posts with label KENAIKAN TAMBANG. Show all posts
Showing posts with label KENAIKAN TAMBANG. Show all posts

Saturday, June 4, 2022

PERSATUAN BAS SEKOLAH JAMIN TAMBANG TIDAK BEBAN IBU BAPA - BERITA HARIAN - 29/05/2022

 

KUALA LUMPUR: Persatuan bas sekolah memberi jaminan tidak akan membebankan ibu bapa berikutan tambang yang dijangka naik tidak lama lagi, kata Presiden Persekutuan Persatuan-persatuan Bas Sekolah Malaysia, Amali Munif Rahmat.

Beliau berkata jumlah peningkatan tambang bas sekolah adalah tidak sama kerana nilainya berpandukan mengikut kawasan dan status masyarakat setempat setelah pada 1 Januari 2015 kerajaan sudah tidak mengawal tambang bas sekolah menyebabkan jumlahnya terpulang kepada pasaran.

"Untuk kenaikan tambang ini, pihak persatuan hanya boleh memberi nasihat dan garis panduan kepada pengusaha yang biasanya semua itu bergantung terhadap kajian semula penyata untung rugi, juga kata sepakat operator bas sekolah bersama ibu bapa.

"Berdasarkan rekod yang kami ada, tambang bas sekolah pada masa ini adalah antara RM50 contohnya di Keramat, manakala bagi kawasan elit seperti Damansara dan Petaling Jaya boleh mencecah RM300 sebulan," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Terdahulu, media melaporkan berhubung ibu bapa perlu bersiap sedia dengan kenaikan tambang bas sekolah di sekitar Lembah Klang yang dijangka bermula minggu depan atau Julai berikutan kos penyelenggaraan serta alat ganti kenderaan meningkat secara mendadak.

Mengulas lanjut, Amali Munif berkata kos kenaikan tambang itu melibatkan kiraan 44 kali pelajar naik bas dalam sebulan iaitu 22 hari maksimum dengan dua kali naik sehari dan mengikut kadar itu, ia dikira masih di tahap tambang yang masih rendah.

Pengusaha bas sekolah sekitar Damansara, Mohd Zaid Zainuddin, 50, berkata kenaikan tambang secara purata RM15 hingga RM25 sebulan boleh dipertimbangkan memandangkan sudah ramai pengusaha bas sekolah yang gulung tikar dan beralih ke industri pekerjaan lain.

"Setakat ini kami sudah memberikan gambaran awal kepada ibu bapa. Perbincangan mengenai kenaikan tambang juga dilakukan supaya mereka tidak terkejut dengan perubahan ini. Ada dalam kalangan mereka memahami serta bersetuju dengan usaha ini, cuma meminta supaya kadar kenaikan tidak terlalu ketara (cadangan RM10 hingga RM15 sahaja kenaikan)," katanya.

Sementara itu bagi pengusaha van sekolah, Shahrul Aidit Ahmad, 48, yang menjalankan operasi mengambil anak-anak sekolah menggunakan van di sekitar Kelana Jaya, Selangor selama 20 tahun berkata tindakan itu wajar dilakukan berikutan kos penyelenggaraan dan servis kenderaan terlibat sudah meningkat berganda selepas pandemik baru-baru ini.

"Mahu atau tidak, pada masa ini kita berhadapan dengan semua barang naik harga termasuk juga kos penyelengaraan bas dan alat ganti kenderaan import terutama selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurutnya pada masa sekarang, purata tambang adalah mengikut jarak dari rumah ke sekolah lebih kurang 2 kilometer (km) hingga 3km dengan nilai RM50 untuk sehala bagi setiap bulan, dengan kata lain kira-kira RM100 sebulan bagi seorang pelajar untuk pergi dan balik.

Prihatin terhadap permasalahan tersebut, Pengerusi Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata kerajaan perlu mempunyai formulasi dengan langkah memberikan subsidi kepada pengusaha bas sekolah untuk mengurangkan impak ke atas kenaikan tambang dalam pelbagai aspek.

"Kaedah memberikan subsidi tersebut boleh dilakukan dengan pelbagai cara antaranya tuntutan boleh dibuat daripada kerajaan atau memberikan faedah lain seperti simpanan premium atau kredit dapat ditukar kepada perkara lain yang sesuai untuk kegunaan pengusaha bas sekolah," katanya.

Kemelut kenaikan tambang bas sekolah juga mendapat perhatian Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hasan yang mencadangkan kerajaan menetapkan harga siling supaya dapat memastikan jumlah kenaikan tambang tidak dibuat sesuka hati sehingga memberi bebanan kepada ibu bapa.

"Kerajaan juga perlulah memikirkan mengenai subsidi terhadap kenderaan yang digunakan terutama dalam kalangan pengguna tetap bas sekolah yang kebanyakannya terdiri daripada kumpulan isi rumah B40 dan M40," katanya.


Artikel oleh: Berita Harian

PERSATUAN BAS SEKOLAH JAMIN TAMBANG TIDAK BEBAN IBU BAPA

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/05/960705/persatuan-bas-sekolah-jamin-tambang-tidak-beban-ibu-bapa

Friday, June 3, 2022

PERSATUAN BAS SEKOLAH JAMIN TAMBANG TIDAK BEBAN IBU BAPA - BERNAMA - 29/05/2022

 

KUALA LUMPUR, 29 Mei (Bernama) — Persatuan bas sekolah memberi jaminan tidak akan membebankan ibu bapa berikutan tambang yang dijangka naik tidak lama lagi, kata Presiden Persekutuan Persatuan-persatuan Bas Sekolah Malaysia, Amali Munif Rahmat.

Beliau berkata jumlah peningkatan tambang bas sekolah adalah tidak sama kerana nilainya berpandukan mengikut kawasan dan status masyarakat setempat setelah pada 1 Jan 2015 kerajaan sudah tidak mengawal tambang bas sekolah menyebabkan jumlahnya terpulang kepada pasaran.

"Untuk kenaikan tambang ini, pihak persatuan hanya boleh memberi nasihat dan garis panduan kepada pengusaha yang biasanya semua itu bergantung terhadap kajian semula penyata untung rugi, juga kata sepakat operator bas sekolah bersama ibu bapa.

"Berdasarkan rekod yang kami ada, tambang bas sekolah pada masa ini adalah antara RM50 contohnya di Keramat, manakala bagi kawasan elit seperti Damansara dan Petaling Jaya boleh mencecah RM300 sebulan: katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Terdahulu, media melaporkan berhubung ibu bapa perlu bersiap sedia dengan kenaikan tambang bas sekolah di sekitar Lembah Klang yang dijangka bermula minggu depan atau Julai berikutan kos penyelenggaraan serta alat ganti kenderaan meningkat secara mendadak.

Mengulas lanjut, Amali Munif berkata kos kenaikan tambang itu melibatkan kiraan 44 kali pelajar naik bas dalam sebulan iaitu 22 hari maksimum dengan dua kali naik sehari dan mengikut kadar itu, ia dikira masih di tahap tambang yang masih rendah.

Pengusaha bas sekolah sekitar Damansara, Mohd Zaid Zainuddin, 50, berkata kenaikan tambang secara purata RM15 hingga RM25 sebulan boleh dipertimbangkan memandangkan sudah ramai pengusaha bas sekolah yang gulung tikar dan beralih ke industri pekerjaan lain.

"Setakat ini kami sudah memberikan gambaran awal kepada ibu bapa. Perbincangan mengenai kenaikan tambang juga dilakukan supaya mereka tidak terkejut dengan perubahan ini. Ada dalam kalangan mereka memahami serta bersetuju dengan usaha ini, cuma meminta supaya kadar kenaikan tidak terlalu ketara (cadangan RM10 hingga RM15 sahaja kenalkan)," katanya.

Sementara itu bagi pengusaha van sekolah, Shahrul Aidit Ahmad, 48, yang menjalankan operasi mengambil anak-anak sekolah menggunakan van di sekitar Kelana Jaya, Selangor selama 20 tahun berkata tindakan itu wajar dilakukan berikutan kos penyelenggaraan dan servis kenderaan terlibat sudah meningkat berganda selepas pandemik baru-baru ini.

"Mahu atau tidak, pada masa ini kita berhadapan dengan semua barang naik harga termasuk juga kos penyelengaraan bas dan alat ganti kenderaan import terutama selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menurutnya pada masa sekarang, purata tambang adalah mengikut jarak dari rumah ke sekolah lebih kurang 2 kilometer (km) hingga 3km dengan nilai RM50 untuk sehala bagi setiap bulan, dengan kata lain kira-kira RM100 sebulan bagi seorang pelajar untuk pergi dan balik.

Prihatin terhadap permasalahan tersebut, Pengerusi Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata kerajaan perlu mempunyai formulasi dengan langkah memberikan subsidi kepada pengusaha bas sekolah untuk mengurangkan impak ke atas kenaikan tambang dalam pelbagai aspek.

"Kaedah memberikan subsidi tersebut boleh dilakukan dengan pelbagai cara antaranya tuntutan boleh dibuat daripada kerajaan atau memberikan faedah lain seperti simpanan premium atau kredit dapat ditukar kepada perkara lain yang sesuai untuk kegunaan pengusaha bas sekolah," katanya.

Kemelut kenaikan tambang bas sekolah juga mendapat perhatian Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hasan yang mencadangkan kerajaan menetapkan harga siling supaya dapat memastikan jumlah kenaikan tambang tidak dibuat sesuka hati sehingga memberi bebanan kepada ibu bapa.

"Kerajaan juga perlulah memikirkan mengenai subsidi terhadap kenderaan yang digunakan terutama dalam kalangan pengguna tetap bas sekolah yang kebanyakannya terdiri daripada kumpulan isi rumah B40 dan M40," katanya.


Artikel oleh: Bernama

PERSATUAN BAS SEKOLAH JAMIN TAMBANG TIDAK BEBAN IBU BAPA

https://bernama.com/bm/am/news.php?id=2085949

PERSATUAN BAS SEKOLAH JAMIN TAMBANG TIDAK BEBAN IBU BAPA - HARIAN METRO - 29/05/2022

 

Kuala Lumpur: Persatuan bas sekolah memberi jaminan tidak akan membebankan ibu bapa berikutan tambang yang dijangka naik tidak lama lagi, kata Presiden Persekutuan Persatuan-persatuan Bas Sekolah Malaysia, Amali Munif Rahmat.

Beliau berkata, jumlah peningkatan tambang bas sekolah adalah tidak sama kerana nilainya berpandukan mengikut kawasan dan status masyarakat setempat selepas 1 Januari 2015 kerajaan sudah tidak mengawal tambang bas sekolah menyebabkan jumlahnya terpulang kepada pasaran.

"Untuk kenaikan tambang ini, pihak persatuan hanya boleh memberi nasihat dan garis panduan kepada pengusaha yang biasanya semua itu bergantung terhadap kajian semula penyata untung rugi, juga kata sepakat operator bas sekolah bersama ibu bapa.

"Berdasarkan rekod yang kami ada, tambang bas sekolah pada masa ini adalah antara RM50 contohnya di Keramat, manakala bagi kawasan elit seperti Damansara dan Petaling Jaya boleh mencecah RM300 sebulan," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Terdahulu, media melaporkan berhubung ibu bapa perlu bersiap sedia dengan kenaikan tambang bas sekolah di sekitar Lembah Klang yang dijangka bermula minggu depan atau Julai berikutan kos penyelenggaraan serta alat ganti kenderaan meningkat secara mendadak.

Mengulas lanjut, Amali Munif berkata, kos kenaikan tambang itu membabitkan kiraan 44 kali pelajar naik bas dalam sebulan iaitu 22 hari maksimum dengan dua kali naik sehari dan mengikut kadar itu, ia dikira masih di tahap tambang yang masih rendah.

Pengusaha bas sekolah sekitar Damansara, Mohd Zaid Zainuddin, 50, berkata kenaikan tambang secara purata RM15 hingga RM25 sebulan boleh dipertimbangkan memandangkan sudah ramai pengusaha bas sekolah yang gulung tikar dan beralih ke industri pekerjaan lain.

"Setakat ini kami sudah memberikan gambaran awal kepada ibu bapa. Perbincangan mengenai kenaikan tambang juga dilakukan supaya mereka tidak terkejut dengan perubahan ini. Ada dalam kalangan mereka memahami serta bersetuju dengan usaha ini, cuma meminta supaya kadar kenaikan tidak terlalu ketara (cadangan RM10 hingga RM15 sahaja kenaikan)," katanya.

Sementara itu bagi pengusaha van sekolah, Shahrul Aidit Ahmad, 48, yang menjalankan operasi mengambil anak-anak sekolah menggunakan van di sekitar Kelana Jaya, Selangor selama 20 tahun berkata tindakan itu wajar dilakukan berikutan kos penyelenggaraan dan servis kenderaan terbabit sudah meningkat berganda selepas pandemik Covid-19 baru-baru ini.

"Mahu atau tidak, pada masa ini kita berhadapan dengan semua barang naik harga termasuk juga kos penyelenggaraan bas dan alat ganti kenderaan import terutama selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)," katanya.

Menurutnya, pada masa sekarang, purata tambang adalah mengikut jarak dari rumah ke sekolah lebih kurang dua kilometer (km) hingga tiga km dengan nilai RM50 untuk sehala bagi setiap bulan, dengan kata lain kira-kira RM100 sebulan bagi seorang pelajar untuk pergi dan balik.

Prihatin terhadap permasalahan tersebut, Pengerusi Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata kerajaan perlu mempunyai formulasi dengan langkah memberikan subsidi kepada pengusaha bas sekolah untuk mengurangkan impak ke atas kenaikan tambang dalam pelbagai aspek.

"Kaedah memberikan subsidi tersebut boleh dilakukan dengan pelbagai cara antaranya tuntutan boleh dibuat daripada kerajaan atau memberikan faedah lain seperti simpanan premium atau kredit dapat ditukar kepada perkara lain yang sesuai untuk kegunaan pengusaha bas sekolah," katanya.

Kemelut kenaikan tambang bas sekolah juga mendapat perhatian Presiden Majlis Permuafakatan Persatuan Ibu Bapa dan Guru Nasional (PIBGN) Prof Madya Datuk Dr Mohamad Ali Hasan yang mencadangkan kerajaan menetapkan harga siling supaya dapat memastikan jumlah kenaikan tambang tidak dibuat sesuka hati sehingga memberi bebanan kepada ibu bapa.

"Kerajaan juga perlulah memikirkan mengenai subsidi terhadap kenderaan yang digunakan terutama dalam kalangan pengguna tetap bas sekolah yang kebanyakannya terdiri daripada kumpulan isi rumah B40 dan M40," katanya.


Artikel oleh: Harian Metro

PERSATUAN BAS SEKOLAH JAMIN TAMBANG TIDAK BEBAN IBU BAPA

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/05/846910/persatuan-bas-sekolah-jamin-tambang-tidak-beban-ibu-bapa

Thursday, June 2, 2022

JANGAN DESAK KERAJAAN - BERITA HARIAN - 25/05/2022

 

PUTRAJAYA: Kementerian Pengangkutan akan mengambil tindakan mengawal selia perkhidmatan e-hailling, jika pengendali terus mendesak dengan memohon pelbagai kelonggaran.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong, berkata desakan itu termasuk meminta pemansuhan keperluan Lesen Kenderaan Pengangkutan Awam (PSV) bagi pemandu e-hailling.

Beliau berkata, syarikat e-hailling mendakwa kementeriannya tidak membantu operator.

"Apa yang mereka minta ialah keistimewaan yang tidak pernah kita diberikan.

"Mereka katanya PSV tidak perlu. Ini bawa penumpang, bawa orang awam. Mengapa kita kenakan syarat PSV kepada pemandu teksi.

"Pada mereka yang mahu berkecimpung menjadi pemandu e-hailling, mereka perlu mendapatkan PSV," katanya di sini, hari ini.

Ka Siong berkata, pengendali perkhidmatan e-hailling juga tidak boleh menyalahkan Kementerian Pengangkutan jika mereka gagal mencari pemandu kerana kementerian itu sudah memberi kelonggaran untuk kursus PSV dikendalikan di syarikat masing-masing.

Mengulas kenyataan Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna (FOMCA) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang mendakwa Kementerian Pengangkutan memihak kepada operator e-hailling susulan kenyataan kementerian semalam, Ka Siong berkata, selepas mendengar alasan pengendali kepada media, beliau sudah meminta Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) memulakan siasatan berhubung dakwaan tambang mahal yang dikenakan.

Beliau berkata, pihaknya tidak memihak kepada pengendali dan merasakan alasan tambang meningkat berikutan pengeluaran simpanan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) RM10,000 sebagai tidak masuk akal.

Katanya, jika didapati pengendali mengambil kesempatan, tindakan boleh diambil terhadap operator perkhidmatan itu.

"Bila sampai satu tahap tiada pilihan lain jangan paksa saya buat sesuatu.

"Siasatan sedang berjalan dan kami mahukan siasatan mendalam," katanya.

Ka Siong berkata, antara tindakan yang boleh diambil termasuk menggantung lesen atau menarik balik lesen.

Beliau berkata, pengguna perlu tampil membuat aduan rasmi bersama bukti untuk tindakan diambil.

Sementara ituu, Ka Siong jua menasihatkan pengguna untuk membuat pilihan yang bersesuaian dengan keperluan masing-masing, apabila mengunakan perkhidmatan pengangkutan awam.

Beliau berkata, ketika ini ada 28 syarikat e-hailling yang beroperasi di Lembah Klang termasuk yang berkapasiti kecil, selain perkhidmatan teksi.

Katanya, pengguna boleh membuat pilihan menggunakan perkhidmatan yang lebih murah, jika perkhidmatan yang ditawarkan tidak menepati bajet.


Artikel oleh: Berita Harian

JANGAN DESAK KERAJAAN

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/05/959299/jangan-desak-kerajaan

TARIK, GANTUNG LESEN OPERASI E-HAILING JIKA LANGGAR PERATURAN - HARIAN METRO - 25/05/2022

 

Putrajaya: Lesen operasi syarikat pengendali e-hailing (EHO) boleh ditarik balik atau digantung jika mereka melanggar surcaj melebihi 200 peratus daripada tambang asas iaitu antara 70 hingga 90 sen satu kilometer, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Beliau berkata Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) telah diarahkan menyiasat perkara itu kerana surcaj tersebut telah diputuskan pada 2019 yang menjadi undang-undang yang telah dipersetujui.

"Dari segi tambang asas untuk EHO mengenakan 70 sen hingga 90 sen satu kilometer. Mereka juga diberi kelonggaran mengenakan surcaj yang ada peraturan, melihat kepada permintaan dan penentuan harga dinamik," katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian selepas mengumumkan penambahbaikan oleh Prasarana Malaysia Bhd untuk meningkatkan prestasi perkhidmatan, di sini hari ini.

Wee juga mengingatkan supaya EHO tidak terus mendesak kerajaan dengan pelbagai permintaan dan alasan atau Kementerian Pengangkutan (MOT) terpaksa mengambil tindakan mengawal selia industri itu.

"Jangan paksa saya, satu hari nanti saya terpaksa mengawal selia (industri e-hailing). Saya tidak mahu sehingga kami terpaksa ganggu ekonomi gig, sebab itu saya kata kita kena buat secara harmoni," katanya.

Mengenai alasan tambang mahal kerana permintaan mendadak susulan pengeluaran RM10,000 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan tidak cukup pemandu, Wee berkata alasan itu tidak masuk akal.

Selain itu, beliau menyifatkan dakwaan EHO bahawa MOT tidak membantu industri e-hailing sebagai amat mengecewakan kerana kerajaan telah memberi kemudahan kepada mereka untuk mencari pekerja.

Namun, katanya, mereka meminta keistimewaan supaya Lesen Kenderaan Pengangkutan Awam (PSV) untuk pemandu e-hailling dimansuhkan.

"Kepada mereka yang mahu berkecimpung menjadi pemandu e-hailling mereka perlu mendapatkan PSV...ia adalah dasar yang jelas," katanya.

Wee juga berkata EHO tidak boleh menyalahkan MOT sekiranya mereka tidak boleh mencari pemandu kerana mereka telah diberi kelonggaran untuk kursus PSV yang dikendalikan di syarikat masing-masing.

Beliau turut menyeru orang ramai yang mengalami tambang e-hailing empat kali ganda tinggi supaya tampil membuat laporan rasmi dan MOT tidak akan teragak-agak mengambil tindakan jika laporan itu didapati betul.

Beliau berkata ketika ini sebanyak 28 syarikat e-hailling yang beroperasi di Lembah Klang termasuk yang berkapasiti kecil selain perkhidmatan teksi.

Katanya ini membolehkan pengguna membuat pilihan menggunakan perkhidmatan yang lebih murah sekiranya tambang yang ditawarkan tidak munasabah.

Selain itu Wee turut menegaskan bahawa MOT tidak memihak kepada EHO, ketika diminta mengulas kenyataan Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna (FOMCA) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengenai perkara itu.


Artikel oleh: Harian Metro

TARIK, GANTUNG LESEN OPERASI E-HAILING JIKA LANGGAR PERATURAN

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2022/05/845664/tarik-gantung-lesen-operasi-e-hailing-jika-langgar-peraturan

TAMBANG MAHAL E-HAILING: TINDAKAN DIAMBIL JIKA LANGGAR PERATURAN - BERNAMA - 25/05/2022

 

PUTRAJAYA, 25 Mei (Bernama) — Lesen operasi syarikat pengendali e-hailing (EHO) boleh ditarik balik atau digantung jika mereka melanggar surcaj melebihi 200 peratus daripada tambang asas iaitu antara 70 hingga 90 sen satu kilometer, kata Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

Beliau berkata Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) telah diarahkan menyiasat perkara itu kerana surcaj tersebut telah diputuskan pada 2019 yang menjadi undang-undang yang telah dipersetujui.

"Dari segi tambang asas untuk EHO mengenakan 70 sen hingga 90 sen satu kilometer. Mereka juga diberi kelonggaran mengenakan surcaj yang ada peraturan, melihat kepada permintaan dan penentuan harga dinamik,» katanya kepada pemberita.

Beliau berkata demikian selepas mengumumkan penambahbaikan oleh Prasarana Malaysia Bhd untuk meningkatkan prestasi perkhidmatan, di sini hari ini.

Wee juga mengingatkan supaya EHO tidak terus mendesak kerajaan dengan pelbagai permintaan dan alasan atau Kementerian Pengangkutan (MOT) terpaksa mengambil tindakan mengawal selia industri itu.

'Jangan paksa saya, satu hari nanti saya terpaksa mengawal selia (industri e-hailing). Saya tidak mahu sehingga kami terpaksa ganggu ekonomi gig, sebab itu saya kata kita kena buat secara harmoni," katanya.

Mengenai alasan tambang mahal kerana permintaan mendadak susulan pengeluaran RM10,000 Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan tidak cukup pemandu, Wee berkata alasan itu tidak masuk akal.

Selain itu, beliau menyifatkan dakwaan EHO bahawa MOT tidak membantu industri e-hailing sebagai amat mengecewakan kerana kerajaan telah memberi kemudahan kepada mereka untuk mencari pekerja.

Namun, katanya, mereka meminta keistimewaan supaya Lesen Kenderaan Pengangkutan Awam (PSV) untuk pemandu e-hailling dimansuhkan.

'Kepada mereka yang mahu berkecimpung menjadi pemandu e-hailling mereka perlu mendapatkan PSV...ia adalah dasar yang jelas: katanya.

Wee juga berkata EHO tidak boleh menyalahkan MOT sekiranya mereka tidak boleh mencari pemandu kerana mereka telah diberi kelonggaran untuk kursus PSV yang dikendalikan di syarikat masing-masing.

Beliau turut menyeru orang ramai yang mengalami tambang e-hailing empat kali ganda tinggi supaya tampil membuat laporan rasmi dan MOT tidak akan teragak-agak mengambil tindakan jika laporan itu didapati betul.

Beliau berkata ketika ini sebanyak 28 syarikat e-hailling yang beroperasi di Lembah Klang termasuk yang berkapasiti kecil selain perkhidmatan teksi.

Katanya ini membolehkan pengguna membuat pilihan menggunakan perkhidmatan yang lebih murah sekiranya tambang yang ditawarkan tidak munasabah.

Selain itu Wee turut menegaskan bahawa MOT tidak memihak kepada EHO, ketika diminta mengulas kenyataan Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna (FOMCA) dan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengenai perkara itu.


Article by: Bernama

TAMBANG MAHAL E-HAILING: TINDAKAN DIAMBIL JIKA LANGGAR PERATURAN

https://bernama.com/bm/am/news.php?id=2084729

MOT CAN SUSPEND, REVOKE LICENSES OF E-HAILING OPERATORS FOR OVERCHARGING PASSENGERS - BERNAMA - 25/05/2022

 

PUTRAJAYA, May 25 (Bernama) — The licenses of e-hailing operators can be revoked or suspended if they violate the allowed surcharge amount which is set at 200 per cent of the base fare, said Transport Minister Datuk Seri Dr Wee Ka Siong.

He said the Land Public Transport Agency (APAD) has been ordered to investigate the matter as the surcharge rate had been agreed on in 2019.

"Regarding the base fare, the e-hailing operators are charging between 70 sen and 90 sen per kilometre. They are also given the flexibility to impose surcharges according to the rule, based on demands and dynamic pricing," he said, adding that however, the fare should not be more than 200 per cent of the base fare.

He told this to reporters after announcing the improvements to be carried out by Prasarana Malaysia Bhd to enhance their service performance here today.

Wee also said the e-hailing companies should not continue pressing the government with various demands and requests or the Ministry of Transport (MOT) would be forced to take action by regulating the e-hailing industry.

"Don't force me, one day I might have to regulate (the e-hailing industry). I don't want to go to the extent of disturbing the gig economy, that is why we need to do this harmoniously: he said.

Wee criticised the e-hailing operators who claimed that the recent spike in e-hailing fares was due to the RM10,000 special withdrawal scheme of the Employees Provident Fund (EPF) and lack of drivers, saying that the excuses given did not make sense.

Besides that, he said the e-hailing operators' allegations that the ministry did not help the e-hailing industry were very disappointing as the government has made it easier for them to recruit employees, however, the operators wanted the government to abolish the passenger service vehicle (PSV) licencing for e-hailing drivers.

"Those wanting to work as an e-hailing driver are required to get the PSV...it is a clear policy; he said, adding that e-hailing operators should not blame the ministry if they could not find drivers to work for them as it had allowed them to conduct the PSV training at their respective companies.

He also urged the public who were charged four times higher than the normal fare to lodge an official report as the ministry would not hesitate to take action if the reports were proved to be true.

He said to date, a total of 28 e-hailing companies are operating in the Kiang Valley, which would allow passengers to choose.

Wee also stressed that the Transport Ministry was not taking the e-hailing operators' side in this matter as alleged by the Federation of Malaysian Consumers Associations (FOMCA) and the Malaysian Muslim Consumers Association (PPIM).


Article by: Bernama

MOT CAN SUSPEND, REVOKE LICENSES OF E-HAILING OPERATORS FOR OVERCHARGING PASSENGERS

https://bernama.com/en/general/news.php?id=2084750

BETTER NOT TO HAVE GOVT, ACTIVIST SLAMS PUTRAJAYA'S REFUSAL TO REGULATE E-HAILING FARES - THE VIBES - 24/05/2022

 

KUALA LUMPUR – Malaysia is better off without a government if those in power are unable to protect the interests of the rakyat, said a consumer rights activist, as public backlash continues to mount against e-hailing service Grab over its soaring fares.

Malaysian Muslim Consumers’ Association chief activist Datuk Nadzim Johan said that while he agrees with the general concept of a free market, this would be rendered pointless if the prices of goods and services continued to surge.

He said it is during times like this that government intervention is extremely needed, particularly as inflation continues to take its toll on the public amid the country’s transition into endemicity.

“A free market is supposed to ensure prices remain competitive among all players. But this is not happening. Grab fares are soaring,” he told The Vibes today.

“When the situation is out of control like it is today, then it is only right for the government to act. The whole point of having a minister and a government is to intervene when necessary. Otherwise, it is better not to have one.

“If they keep on harping on the free market, then what’s the point of a government? This is why I am baffled. It seems they are taking the easy way out. If this is the case, we don’t need a minister.”

Nadzim was commenting on a statement from Transport Minister Datuk Seri Wee Ka Siong this morning that said e-hailing fares will remain unregulated, despite overwhelming public dissatisfaction over the issue of late.

Wee said operators are permitted to set their own fare structures and terms of services with their consumers in a free market.

He also attributed the fare surge to a supply-and-demand imbalance and high traffic volume, as well as a decline in registered drivers compared to the pre-pandemic period.

In recent weeks, there have been numerous complaints from the public claiming that Grab fares have almost doubled even during regular hours, with checks conducted by The Vibes also showing that charges were significantly higher even compared to other less popular options like MyCar and AirAsia ride.

An industry insider had suggested that the newer services could be subsidising the fares to drive up their number of users, hence the lower fares.

Federation of Malaysian Consumers Associations deputy president Mohd Yusof Abdul Rahman said that the approach taken by the government (not to regulate fares) is the right one, as this would encourage competition and ultimately ensure better prices for the public.

Asked why fares charged by Grab are then much higher than its competitors, Yusof said this could be due to its current dominance of the market.

“Regardless, I believe an open market will lead to healthy competition. Although Grab is perceived to be monopolising the industry, more players can enter and compete on the fares,” he said.

He also suggested users try out alternative services if they felt Grab prices are unreasonable, noting the abundance of options available in the market today.

According to Wee, there are presently 21 licensed e-hailing services operating nationwide.

“The consumers have a choice. If you feel taxi fares are cheaper, then go for it. There are also so many different e-hailing services. So make your own comparison,” he said. – The Vibes, May 24, 2022


Article by: The Vibes

BETTER NOT TO HAVE GOVT, ACTIVIST SLAMS PUTRAJAYA'S REFUSAL TO REGULATE E-HAILING FARES

https://www.thevibes.com/articles/news/61539/better-not-to-have-govt-activist-slams-putrajayas-refusal-to-regulate-e-hailing-fares

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL