Wednesday, August 23, 2023
Tuesday, August 22, 2023
PASTIKAN PEKERJA SEKTOR GIG EKONOMI CARUM PERKESO - PPIM - SINAR HARIAN - 19/08/2023
SHAH ALAM - Sudah tiba masanya semua pekerja dalam sektor gig ekonomi mencarum dengan program Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, walaupun semua pemandu dan penunggang e-hailing sebelum ini diwajibkan mencarum dengan SKSPS, pihaknya dimaklumkan dua mangsa yang turut terkorban terdiri daripada penghantar makanan dalam talian dan pemandu e-hailing yang terkorban dalam nahas pesawat di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina, di sini tidak membuat caruman.
Justeru menurutnya, Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) perlu lebih tegas dengan majikan atau penyedia perkhidmatan sektor ekonomi gig atau lejang untuk memastikan semua pekerja mereka sentiasa dilindungi.
"Dalam kita bersedih dengan kejadian yang menimpa saudara Islam kita, saya bersimpati dan sedih mengenang nasib keluarga mereka yang ditinggalkan.
"Semua pihak harus lebih proaktif dalam memastikan semua rakyat Malaysia yang bekerja di dalam sektor apa sekalipun mencarum dengan Perkeso untuk perlindungan mereka.
"Jika mereka hanya pekerja separuh masa, pastikan sedikit wang hasil pendapatan dicarumkan walaupun RM2 bagi memastikan nasib mereka terbela jika berlaku apa-apa musibah," katanya dalam satu kenyataan pada Sabtu.
Seramai 10 mangsa maut terdiri daripada enam penumpang, dua kru pesawat, termasuk dua orang awam yang secara kebetulan melalui lokasi nahas berkenaan dalam kejadian pada jam 2.40 petang Khamis.
Dua mangsa awam adalah penghantar makanan dalam talian, Foodpanda Allahyarham Muhamad Hafiz Muhamad Salleh dan pemandu e-hailing Sharipuddin Shaari.
Selain itu, nahas pesawat jenis Beechcraft 390 (Premier 1) itu turutmengorbankan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelangai, Datuk Seri Johari Harun.
Pesawat jenis jet peribadi yang dikendalikan oleh Jetvalet Sdn Bhd itu dilaporkan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi pada jam 2.08 petang.
Ia kemudiannya, mendapat kebenaran untuk mendarat Lapangan Terbang Sultan Abdul AzizShah, di Subang namun terhempas tiga minit sebelum mendarat.
Artikel oleh: Sinar Harian
PASTIKAN PEKERJA SEKTOR GIG EKONOMI CARUM PERKESO - PPIM
NAHAS ELMINA: PPIM GESA SYARIKAT EKONOMI GIG WAJIBKAN CARUMAN PERKESO - KOSMO - 19/08/2023
KUALA LUMPUR- Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa syarikat ekonomi gig mewajibkan pekerja sektor berkenaan untuk mencarum dengan program Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
Kenyatan berkenaan dikeluarkan selepas dua mangsa yang merupakan pekerja sektor terbabit telah terkorban dalam nahas pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas di Lebuh Raya Guthrie berdekatan Bandar Elmina, Shah Alam, Khamis lalu.
Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi berkata, kejadian malang itu amat mengejutkan seluruh Malaysia dan pihaknya mendoakan semoga semua ahli keluarga dan sahabat mangsa tabah menghadapi dugaan ini.
“Sudah tiba masanya semua pekerja dalam sektor gig ekonomi seperti penghantar makanan diwajibkan mencarum dengan Perkeso.
“Dalam kita bersedih dengan kejadian yang menimpa saudara Islam kita, saya bersimpati dan sedih mengenang nasib keluarga mereka yang ditinggalkan,” katanya.
Jelasnya, walaupun semua pemandu dan penunggang e-hailing sebelum ini diwajibkan mencarum dengan SKSPS, pihaknya dimaklumkan mangsa yang terlibat di dalam kejadian semalam tidak membuat caruman.
“Semua pihak harus lebih proaktif dalam memastikan semua rakyat Malaysia yang bekerja di dalam sektor apa sekalipun mencarum dengan Perkeso untuk perlindungan mereka,”ujarnya.
Menurut Nadzim, Perkeso perlu lebih tegas dengan majikan atau penyedia perkhidmatan sektor ekonomi gig atau lejang untuk memastikan semua pekerja mereka sentiasa dilindungi.
“Jika mereka hanya pekerja separuh masa, pastikan sedikit wang hasil pendapatan dicarumkan walaupun RM2 bagi memastikan nasib mereka terbela jika berlaku apa-apa musibah,” tambahnya.
Terdahulu Kosmo! melaporkan penghantar makanan, Muhamad Hafiz Muhamad Salleh dan pemandu e-hailing, Sharipuddin Shaari telah terkorban dalam nahas pesawat berkenaan. -KOSMO! ONLINE.
Artikel oleh: Kosmo
NAHAS ELMINA: PPIM GESA SYARIKAT EKONOMI GIG WAJIBKAN CARUMAN PERKESO
Saturday, August 19, 2023
PPIM UCAP TAKZIAH, MAHU SYARIKAT GIG-EKONOMI WAJIBKAN CARUMAN PERKESO - KENYATAAN MEDIA PPIM - 19/08/2023
KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengucapkan takziah kepada keluarga mangsa nahas pesawat jenis Beechcraft Model 390 (Premier 1) yang terhempas di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina, Shah Alam.
Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi berkata kejadian malang itu amat mengejutkan seluruh Malaysia dan pihaknya mendoakan semoga kesemua ahli keluarga dan sahabat mangsa tabah menghadapi dugaan ini.
Nadzim dalam satu kenyataan berkata sudah tiba masanya semua pekerja dalan sektor gig ekonomi seperti penghantar makanan diwajibkan mencarum dengan program Skim Keselamatan Sosial Pekerjaan Sendiri (SKSPS) di bawah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
"Dalam kita bersedih dengan kejadian yang menimpa saudara Islam kita, saya bersimpati dan sedih mengenang nasib keluarga mereka yang ditinggalkan," katanya.
Walaupun semua pemandu dan penunggang e-hailing sebelum ini diwajibkan mencarum dengan SKSPS, pihaknya dimaklumkan mangsa yang terlibat di dalam kejadian semalam tidak mencarum.
"Semua pihak harus lebih proaktif dalam memastikan semua rakyat Malaysia yang bekerja di dalam sektor apa sekalipun mencarum dengan Perkeso untuk perlindungan mereka," katanya.
Nadzim berkata pihaknya mahu Perkeso lebih tegas dengan majikan atau penyedia perkhidmatan sektor ekonomi gig atau lejang untuk memastikan semua pekerja mereka sentiasa dilindungi.
"Jika mereka hanya pekerja separuh masa, pastikan sedikit wang hasil pendapatan dicarumkan walaupun RM2 bagi memastikan nasib mereka terbela jika berlaku apa-apa musibah," katanya.
Khamis lalu, penghantar makanan dalam talian, Foodpanda Allahyarham Muhamad Hafiz Muhamad Salleh terkorban dalam nahas pesawat ringan di Lebuhraya Guthrie berdekatan Bandar Elmina, Shah Alam, Selangor.
Seorang lagi mangsa, pemandu e-hailing Sharipuddin Shaari turut terkorban dalam tragedi sama.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan sepuluh mangsa maut termasuk dua daripadanya membabitkan orang awam yang secara kebetulan melalui lokasi nahas berkenaan dalam kejadian pada pukul 2.40 petang Khamis.
Selain Muhamad Hafiz, nahas pesawat jenis Beechcraft 390 (Premier 1) itu turut mengorbankan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pelangai, Datuk Seri Johari Harun.
Pesawat jenis jet peribadi yang dikendalikan oleh Jetvalet Sdn Bhd itu dilaporkan berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi pada jam 2.08 petang.
Ia kemudiannya, mendapat kebenaran untuk mendarat Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah, di Subang namun terhempas tiga minit sebelum mendarat.
Tuesday, June 9, 2020
6014) PPIM ADA USAHA GALAK PEMANDU, PENUNGGANG E-HAILING CARUM PERKESO - HARIAN METRO - 06/06/2020
PERJUANGAN KAMI
ARKIB ARTIKEL
-
▼
2026
(357)
-
▼
September
(29)
- GUBAL SEGERA AKTA KHUSUS TAPIS PENSTIMAN DIGITAL -...
- AKTIVITI | MESYUARAT KHAS KE ARAH MENDESAK PENUBUH...
- AKTIVITI | SARAPAN MERDEKA PERCUMA SEMPENA SAMBUTA...
- CHOW KIT BERSELAWAT MALAM AMBANG MERDEKA - HARIAN ...
- MyGiG SOKONG PENGECUALIAN ALGORITMA BERASASKAN AGA...
- ALUNAN SELAWAT BERGEMA DI CHOW KIT - HARIAN METRO ...
- AKTIVITI | SAMBUTAN MAULIDUR RASUL DAN HARI KEMERD...
- AKTIVITI | PERJUMPAAN PPIM BERSAMA TEAM MCMC - PPI...
- AKTIVITI | PERJUMPAAN PPIM BERSAMA YAS TPj. (PA) G...
- PLATFORM P-HAILING PERLU BERI PILIHAN DALAM SISTEM...
- TOLAK PESANAN TIDAK HALAL, JANGAN HUKUM PENGHANTAR...
- JANGAN HUKUM PENGHANTAR MUSLIM KERANA MENOLAK PESA...
- AKTIVITI | PROGRAM MERDEKAPENTER 2026 - PPIM - 22/...
- BERITA PERDANA - DAKWAAN TALIAN DISALAH GUNA UNTUK...
- BULETIN BERNAMA | KEMPEN KESEDARAN ANTIPENIPUAN DA...
- SYARIKAT TELCO PERLU PERJELAS SEGERA DAKWAAN PENDA...
- SATU NAMA MEMILIKI 400 TALIAN TELEFON DIJUAL SEMUL...
- FAHMI: LEBIH 300,000 TERLIBAT JUDI DALAM TALIAN, 4...
- BOOST FRAUD AWARENESS IN RURAL AREAS: MINISTER - T...
- PINDA AKTA PERKHIDMATAN POS, PERKETAT SEKTOR KURIE...
- 'TERKEJUT NAMA DIGUNA ATAS 18 TALIAN' - KOSMO - 21...
- CEO TELCO DIPANGGIL BERI PENJELASAN - BERITA HARIA...
- 47.6 JUTA KANDUNGAN YANG MELANGGAR PERATURAN TELAH...
- TELCO PERLU SEGERA PERJELAS DAKWAAN PENDAFTARAN TA...
- SCAM MAKIN GANAS: FAHMI ARAH TELCO BERI PENJELASAN...
- KERAJAAN CADANG PINDA AKTA PERKHIDMATAN POS, PERKE...
- PENIPUAN DALAM TALIAN, SYARIKAT TELCO DIMINTA BERI...
- FAHMI TO SUMMON TELCO CEO'S OVER SIM CARDS ALLEGED...
- EXPAND SCAM AWARENESS CAMPAIGNS TO RURAL AREAS: FA...
-
▼
September
(29)




