Friday, April 17, 2020

5874) PENJARAKAN SAJA INDIVIDU INGKAR PKP - ISMAWEB - 16/04/2020


BANGI, 22 Syaaban 1441H, Khamis – Individu yang ingkar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan memberi alasan yang tidak munasabah sewajarnya dihukum penjara supaya dapat memberi pengajaran kepada mereka.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan bagaimanapun berpandangan, hukuman penjara kepada pihak berkenaan tidak akan mengurangkan masalah yang ada.
“Tetapi jika tidak dipenjara dan diajar, mereka tidak akan mendengar kata. Jadi mungkin tempoh (hukuman penjara) itu dipendekkan.
“Mungkin sehari dua sudah cukup untuk memberi pengajaran kepada mereka,” katanya dalam temu bual di Pertiwi Eksklusif, hari ini.
Terdahulu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Huzir Mohamed mendedahkan, sebanyak 14,922 individu ditahan sepanjang PKP fasa satu dan dua sejak 18 Mac lepas sehingga semalam.
Beliau berkata daripada jumlah itu, sebanyak 5,830 orang telah dituduh di mahkamah dan sedang menjalani hukuman.
Huzir menegaskan bahawa untuk fasa tiga, tiada lagi denda kompaun dikenakan terhadap pesalah PKP, sebaliknya individu yang ditahan akan terus dituduh di mahkamah.
Beliau berkata, pihaknya akan terus membuka kertas siasatan dan suspek ingkar PKP akan dirujuk ke timbalan pendakwa raya untuk dituduh di mahkamah.
Dalam perkembangan sama, Nadzim melihat negara ini tidak mempunyai ‘fear factor’ yang menyebabkan rakyat tidak takut dengan undang-undang sedia ada.
Katanya, ia dapat dilihat dalam isu larangan merokok yang mana masih ada segelintir rakyat merokok di merata tempat.

Artikel oleh: Ismaweb
PENJARAKAN SAJA INDIVIDU INGKAR PKP

No comments:

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL