RAUDHAH CITY – Tidak ada apa yang mampu dilakukan oleh umat Islam selain bersangka baik kepada Allah.
Itulah yang disimpulkan oleh tiga tokoh ummah berhubung krisis Covid-19 yang berlaku ketika ini.
Rumusan itu dicapai oleh Pengasas Malakat Mall, Mohd. Fadzil Hashim dalam pertemuannya dengan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan dan pendakwah bebas, Firdaus Wong Wai Hong.
Menerusi hantaran terbaharu dalam laman Facebook Mohd. Fadzil, beliau yang lebih dikenali sebagai Coach Fadzil berkata, apa sahaja ujian yang diberikan Allah ketika ini, umat Islam perlu bersyukur dan perlu terus berusaha mengambil langkah memperbaiki tindakan dan keadaan.
“Itulah kata-kata yang diucapkan oleh kami bertiga, dan kami bertukar pandangan dengan apa yang berlaku sekarang.
“Kita kena yakin dengan janji Allah yang kita tak akan dibebani dengan sesuatu ujian yang di luar kemampuan kita,” katanya.
Coach Fadzil berkata, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang memasuki hari ke-19 telah memberi kesan kepada segenap lapisan masyarakat namun sebagai seorang Muslim, perlu tingkatkan keyakinan kepada Allah dengan melihat ujian itu menerusi mata hati.
“Apa saja ujian yang diberikan kepada kita pastinya boleh saja kita hadapi. Ia mungkin nampak pahit dan perit untuk kita lalui, tetapi yakinlah yang disebalik setiap kesusahan itu pasti ada kesenangan,” katanya.
Selain itu katanya, umat Islam tidak boleh terlalu lama bersedih dan merenung nasib kerana pihak ‘musuh’ sentiasa akan berbisik supaya kita meratapi apa yang berlaku dan terus menyalahkan orang sekeliling.
Sebaiknya kata beliau, umat Islam perlu bertenang seketika dan mengambil satu langkah untuk melihat apa yang telah terjadi dan merangka tindakan untuk terus memecut maju ke depan.
“Apa yang paling penting sekarang ialah ambil TINDAKAN (ACTION) untuk kita terus mengorak langkah yang lebih laju tanpa perlu menunggu PKP ditamatkan.
“Anak panah hanya akan menuju kesasaran bila ianya di tarik kebelakang dan bila mana ianya dilepaskan ia akan terus memecut mencari sasarannya,” katanya.
Artikel oleh: Malakat Tribune
BERSANGKA BAIKLAH DENGAN ALLAH
No comments:
Post a Comment