Showing posts with label CAJ MELAMPAU. Show all posts
Showing posts with label CAJ MELAMPAU. Show all posts

Monday, October 23, 2023

AKTIVITI | EJEN TARIK KERETA KENAKAN BAYARAN RM20,000 - SIDANG MEDIA PPIM - 23/10/2023

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mahu menarik perhatian pihak berkuasa mengenai kejadian ejen tarik kereta yang mengenakan cas sehingga RM20,000 kepada pengguna.

PPIM memahami syarikat peminjam akan mengeluarkan surat tarik kereta apabila pelanggan gagal melunaskan bayaran ansuran tetapi cas tinggi untuk kos menyimpan kenderaan adalah melampau dan tidak boleh dibiarkan.

Dalam kejadian terkini seorang wanita mendakwa keretanya ditarik dari lot parkir kereta di sekitar Jalan Tuanku Abdul Halim, di sini pada September lalu.

Syarikat penarik kereta meminta bayaran sehingga RM20,000 untuk melepaskan kenderaan walaupun pihak pemberi pinjaman kereta meletakkan syarat bayaran minimum tertunggak hanya satu bulan sebanyak RM2,400.

Sehubungan itu, satu sidang media telah diadakan bagi mengupas isu ini.

Friday, January 22, 2021

5311) CAJ MELAMPAU: MMA BOLEH HANTAR SURAT AMARAN - UTUSAN MALAYSIA - 22/01/2021

 


PETALING JAYA: Persatuan Perubatan Malaysia (MMA) menyifatkan hospital swasta yangg mengenakan caj hampir RM1000 untuk ujian Reverse Transcriptase-Polymerase Chain Reaction (RT-PCR) dan Rapid Test Kit (RTK) bagi saringan Covid-19 sebagai melampau.

Presidennya, Prof. Datuk Dr. Subramaniam Muniandy berkata, sepanjang pengetahuannya bayaran untuk saringan itu kurang dariapada RM300 untuk setiap seorang.

Katanya, MMA boleh menghantar surat amaran kepada hospital dan klinik swasta yang mengenakan harga melampau untuk tidak berbuat demikian.

"Jika ada yang mencurigakan dalam resit perubatan, adukan kepada pengarah atau lembaga hospital, dapatkan penjelasan perkara tersebut.

"Pesakit kena pastikan apa yang dibuat sesuai dengan apa yang diperoleh semasa menjalankan pemeriksaan kesihatan," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini semalam.

Akhbar ini melaporkan beberapa hospital swasta di negara ini didakwa cuba mengaut keuntungan terhadap individu yang melakukan saringan Covid-19 dengan mengenakan caj mencecah ahmpir RM1,000 menggunakan kaedah RT-PCR.

Pada 23 Mac lalu, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan tidak bercadang mengawal harga sarinagn kesihatan Covid-19 di hospital swasta selain hospital swasta mempunyai tanggungjawab sosial untuk tidak menambahkan beban rakyat mengenakan caj tinggi.

Sementara itu, Presiden Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan menggesa kerajaan menetapkan garis panduan berkenaan harga pemeriksaan kesihatan Covid-19 di semua hospital dan klinik swasta di negara ini.

Katanya, ini bertujuan bagi mengelakkan sebarang kegiatan kaut untung oleh hospital dan klinik swasta dengan mengenakan caj tidak masuk akal kerana ketika ini harga bagi saringan Covid-19 adalah berbeza-beza.

Jelasnya, PPIM sudah menerima lebih daripada 100 aduan di seluruh negara berkenaan hospital swasta cuba mengambil kesempatan mengenakan caj mahal untik saringan Covid-19 melalui kaedah RT-PCR dan RTK antibodi.

"Banyak sangat aduan yang saya terima tentang amalan tidak beretika oleh pihak hospital. Soal mengambil peluang di negara ini sudah menjadi perkara biasa. Kerajaan harus segera memantau harga ini. 

"Hospital harus mempunyai reputasi yang baik bukan dari aspek perkhidmatan tetapi dalam semua hal,"katanya.


Artikel oleh: Utusan Malaysia

CAJ MELAMPAU: MMA BOLEH HANTAR SURAT AMARAN

Wednesday, October 16, 2019

5401) SEBUT HARGA LAIN, CAJ SEBENAR LAIN - HARIAN METRO - 16/10/2019


Kuala Lumpur: Sebut harga lain, harga tuntutan berbeza empat kali ganda. Itu senario berlaku apabila ada pusat perubatan di negara ini dikesan mengenakan caj melampau untuk membuat untung mudah di atas penderitaan pesakit.

Dengan beberapa kes dikesan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) sejak awal tahun ini, pihak terbabit didakwa tidak mengikut harga diberikan kepada pesakit, malah jumlah keseluruhan selepas sesuatu prosedur meningkat dengan ketara.

Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata, pihaknya menerima aduan daripada seorang mangsa baru-baru ini yang terkejut selepas mendapati bil yang diterima jauh berbeza dengan sebut harga awal untuk menjalani pembedahan lutut.

Katanya, sebelum ini, pihaknya menerima banyak aduan mengenai caj tidak masuk akal oleh beberapa pusat perubatan termasuk yang dibiayai insurans dan mendapati ia semakin meningkat sejak kebelakangan ini.

“Kami pernah dedahkan ada syarikat insurans juga bersekongkol mengenakan bayaran maksimum kepada pelanggan. Sudahnya perlindungan bernilai ratusan ribu habis begitu sahaja.

“Sama juga dengan terbaru ini, mangsa menerima sebut harga tidak sampai RM40,000. Selepas dia setuju, pembedahan dijalankan dan harga yang perlu dibayar RM130,000. Kalau berbeza RM10,000 kita boleh terima, ini begitu jauh,” katanya.

Nadzim berkata, semakan pihaknya mendapati prosedur sama jika dilakukan di hospital kerajaan hanya berharga RM8,000 dan pihaknya mahu pihak berwajib menyiasat isu berkenaan bagi mengelakkan penganiayaan kepada pengguna.

Menurutnya, berdasarkan maklum balas diterima, pihaknya dimaklumkan ia membabitkan beberapa penambahan khidmat pembedahan namun kadar dikenakan terlalu tinggi.
“Kami juga semak ke atas pelbagai bayaran lain termasuk sesi rawatan rutin selepas pembedahan, ia masih di bawah RM100,000. Jadi kenapa perlu caj lebih sehingga pesakit terpaksa meneruskan rawatan di hospital kerajaan kerana tiada lagi insurans,” katanya.


Artikel oleh: Harian Metro

SEBUT HARGA LAIN, CAJ SEBENAR LAIN


PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL