KUALA LUMPUR 23 Jan. – Penasihat Kehormat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Jeneral (B) Datuk Husainy Hashim, 73, menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan (HATTM) kira-kira pukul 8.20 malam tadi setelah menderita penyakit angin ahmar sejak beberapa bulan lalu.
Jenazah Allahyarham kemudian dibawa ke Masjid Khalid Al-Walid, Jalan Padang Tembak, di sini pada pukul 10 malam dan akan disembahyangkan pagi esok sebelum dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara, Selangor untuk pengkebumian.
Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan menerusi kenyataan berkata, pemergian Husainy merupakan satu kehilangan besar kepada PPIM kerana banyak membantu persatuan itu menegakkan keadilan demi hak pengguna.
Husainy dilahirkan di Perlis pada 6 Ogos 1945 dan dibesarkan di Kedah termasuk menerima pendidikan awal dan menengah di Kolej Sultan Abdul Hamid dan menceburi bidang ketenteraan pada tahun 1966 sebagai Pegawai Kadet di Maktab Tentera Diraja, Sungai Besi.
Sepanjang 33 tahun dalam perkhidmatan ketenteraan, Allahyarham telah bertugas di beberapa agensi Awam seperti di Jabatan Perdana Menteri, Bahagian Penyelidikan di Cawangan Khas Kedah sebagai M10 Kementerian Pertahanan di Bahagian Keselamatan dan Perisikan serta Penasihat Ketenteraan kepada Menteri Pertahanan pada tahun 1986 dan 1987.
Allahyarham memillih untuk bersara awal pada tahun 1998. Husainy mempunyai empat orang anak dan 10 orang cucu. – UTUSAN ONLINE
Artikel oleh : Utusan Malaysia
HUSAINY HASHIM MENINGGAL DUNIA
No comments:
Post a Comment