KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa kerajaan supaya campur tangan dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh usahawan industri francais stesen minyak yang mendakwa mereka didiskriminasi dan dizalimi syarikat induk atau francaisor.
Ketua aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata, mereka menerima banyak aduan berkaitan perkara yang sudah berlarutan sejak sekian lama itu. Terbaharu, ia membabitkan pengusaha francais stesen minyak Petron.
“Setakat ini, kami menerima lebih 20 aduan daripada pengusaha francais stesen minyak tersebut yang mendakwa ditamatkan kontrak tanpa alasan yang munasabah.
“Sehubungan itu, kami minta Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohammad dan menteri yang berkaitan untuk melihat kembali isu yang dihadapi golongan tersebut serta mencari jalan penyelesaian terbaik yang adil buat kedua-dua belah pihak,” katanya pada sidang akhbar di sini.
Artikel oleh : Kosmo
TAMAT KONTRAK STESEN MINYAK
No comments:
Post a Comment