Showing posts with label PEMANDU TEKSI LIMOSIN. Show all posts
Showing posts with label PEMANDU TEKSI LIMOSIN. Show all posts

Saturday, August 28, 2021

5885) 300 PEMANDU TEKSI LIMOSIN LTAPP HILANG PENDAPATAN - MALAYSIA GAZETTE - 27/08/2021

 

BAYAN LEPAS – Kira-kira 300 pemandu teksi limosin Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) di sini terpaksa menukar kerjaya demi kelangsungan hidup masing-masing berikutan tiada pendapatan sejak hampir dua tahun lalu.

Rata-rata mereka terpaksa bekerja sebagai penghantar makanan, pengawal keselamatan serta pemandu lori selepas operasi LTAPP terjejas sepenuhnya akibat Covid-19 sekali gus menyebabkan mereka tidak mempunyai pelanggan.

Pengerusi Persatuan pemandu Limo dan Teksi LTAPP, Hafizi Ahmad berkata, selain tukar kerjaya ada beberapa ahli persatuannya berdepan dengan situasi kenderaan mereka ditarik balik kerana gagal melunaskan bayaran ansuran bulan.

Hafizi Ahmad.

Jelas Hafizi, sebelum pandemik setiap ahli mampu meraih pendapatan anggaran RM200 sehari namun kini sebulan pun belum tentu ada sesen pun daripada hasil teksi limosin.

“Adakalanya dapat seorang dua penumpang sebulan tetapi dengan keahlian kami 300 orang mesti ada pemandu yang langsung tidak dapat pelanggan pada bulan tertentu.

“Orang tak nampak keperitan yang dialami kami sebagai pemandu teksi limosin. Mujurlah kerajaan umumkan moratorium boleh ringankan beban tetapi ia menyebabkan hutang saya yang sepatutnya selesai tahun ini dipanjangkan tempoh tiga tahun lagi selepas bayaran bualan dikurangkan dari RM1, 200 kepada RM500 sebulan.

“Saya sebagai pengerusi pun kini terpaksa melakukan kerja sampingan sebagai pengawal keselamatan pada sebelah malam bagi mencari pendapatan tambahan,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Mohd Razmi (kanan) menyampaikan bakul makanan kepada pemandu teksi limosin Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, Hafizi berkata, pihaknya mengalu-alukan sumbangan agensi kerajaan serta orang ramai kepada ahli persatuan namun meminta kerajaan memberi perhatian kepada mereka yang kini terjejas teruk.

“Orang bagi bantuan kami terima dan agihkan kepada ahli yang betul-betul memerlukan tetapi dalam masa sama sampai bila bantuan akan disumbangkan, jadi kami mahu ada satu jalan penyelesai agar isu pendapatan terjejas sepenuhnya ini dapat diselesaikan.

“Kami harap wakil daripada Kementerian Pengangkutan turun padang untuk bersemuka dan berbincang bagi mengatasi masalah yang membelenggu kami kerana ada penyelesaian sekiranya mereka mahu bertemu,” kata Hafizi.

Terdahulu, Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dengan kerjasama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) serta Angkatan Pertahanan Awam menyampaikan sumbangan bakul makanan kepada pemandu limosin dan teksi LTAPP.

Sementara itu, Ketua Cawangan Sumber Manusia Ibu Pejabat Perkeso, Mohd Razmi Khalid, sumbangan barangan makanan bernilai RM100 itu merupakan inisiatif agensi berkenaan dalam meringankan beban kumpulan penggiat dalam sektor pelancongan sempena Jelajah Prihatin Jubli Emas Perkeso.

Mohd Razmi.

“Pulau Pinang merupakan negeri kedua yang disinggah konvoi Perkeso itu selepas menghulurkan 200 bakul makanan kepada pemandu limosin dan teksi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 24 Julai lalu.

“Secara keseluruhan sebanyak 900 bakul makanan akan diagihkan khususnya kepada pemandu limosin, teksi yang mencarum dengan Perseko selain terkesan akibat pandemik Covid-19 ini,” kata Mohd Razmi. – MalaysiaGazette


Artikel oleh: Malaysia Gazette

300 PEMANDU TEKSI LIMOSIN LTAPP HILANG PENDAPATAN

https://malaysiagazette.com/2021/08/27/300-pemandu-teksi-limosin-ltapp-hilang-pendapatan/

5884) LEBIH 300 PEMANDU TEKSI LIMOSIN LTAPP HILANG PENDAPATAN SEJAK TAHUN LEPAS - BERNAMA - 27/08/2021

 

GEORGE TOWN, 27 Ogos — Lebih 300 pemandu teksi limosin di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) Bayan Lepas, dekat sini hilang punca pendapatan sejak dua tahun lepas ekoran wabak COVID-19, sehingga ada antara mereka terpaksa bertukar kerjaya.

Pengerusi Persatuan pemandu Limo dan Teksi LTAPP, Hafizi Ahmad berkata ada dalam kalangan mereka yang berhenti buat sementara waktu, dan bekerja sebagai pengawal keselamatan, penghantar makanan dan barang serta menjadi pemandu lori bagi menampung kehidupan, termasuk membayar hutang kenderaan limosin mereka.

Beliau berkata pendapatan beliau serta pemandu teksi limosin lain di sini merosot teruk, dan beliau menganggarkan kini rata-rata mereka hanya mampu mendapat satu hingga dua penumpang sahaja dalam sebulan, berbanding empat hingga lima penumpang sehari sebelum ini.

'Berbanding sebelum pandemik COVID-19, biasanya saya boleh mendapat antara empat hingga lima penumpang sehari dengan anggaran pendapatan sehingga RM200, tapi sekarang ini nak dapat seorang penumpang sebulan pun susahr katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Hafizi, 51, berkata demikian ditemui pemberita pada majlis penyerahan sumbangan bakul makanan kepada pemandu limosin dan teksi LTAPP oleh Perkeso dengan kerjasama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) kepada 100 pemandu.

Sumbangan barangan makanan bernilai RM100 yang diserahkan Ketua Cawangan Sumber Manusia lbu Pejabat Perkeso, Mohd Razmi Khalid itu merupakan inisiatif agensi berkenaan dalam meringankan beban kumpulan penggiat dalam sektor pelancongan sempena Jelajah Prihatin Jubli Emas Perkeso.

Hafizi yang sudah menjadi pemandu limosin di LTAPP sejak 22 tahun lepas berkata beliau sendiri ketika ini terpaksa melakukan kerja sampingan sebagai pengawal keselamatan pada sebelah malam bagi mencari pendapatan tambahan untuk meneruskan kehidupan.

"Ramai yang terpaksa menukar kerja untuk meneruskan kehidupan, dan lebih menyedihkan adalah ada ahli persatuan kami terpaksa merelakan kenderaan mereka ditarik balik kerana tidak mampu melunaskan bayaran bulanan selepas hilang pendapatan," katanya.

Katanya selain sumbangan daripada pelbagai pihak yang dapat membantu meringankan tekanan ekonomi yang dihadapi pemandu teksi limosin ketika ini, pihaknya juga berharap masalah mereka mendapat perhatian lebih serius daripada kerajaan pusat, khususya pihak berkuasa yang berkaitan bagi menanggani pelbagai isu, antaranya isu saingan dari perkhidmatan e-hailing.

Sementara itu Mohd Razmi berkata Pulau Pinang merupakan negeri kedua yang disinggah konvoi Perkeso itu selepas menghulurkan bantuan kepada pemandu limosin di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bulan lalu.

Katanya konvoi itu kemudiannya akan bergerak ke seluruh negara bagi menyerahkan keseluruhan sebanyak 900 kotak makanan menerusi program itu termasuk kepada mangsa tragedi kepala air di Yan, Kedah.


Artikel oleh: Bernama

LEBIH 300 PEMANDU TEKSI LIMOSIN LTAPP HILANG PENDAPATAN SEJAK TAHUN LEPAS

https://bernama.com/bm/am/news.php?id=1997261

5883) HANYA DUA PENUMPANG LIMOSIN SEBULAN - KOSMO - 27/08/2021

 


BALIK PULAU – Kira-kira 300 pemandu aktif teksi dan limosin di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) di Bayan Lepas di sini mengadu pendapatan mereka terjejas teruk selepas pandemik Covid-19 melanda negara sejak Mac tahun lalu.

Ada di antara mereka terpaksa bertukar kerjaya sebagai penghantar makanan, pengawal keselamatan dan pemandu lori demi meneruskan hidup selepas berlaku pengurangan penumpang kerana banyak penerbangan tidak beroperasi.

Pengerusi Persatuan pemandu Limo dan Teksi LTAPP, Hafizi Ahmad berkata, terdapat pemandu yang terpaksa merelakan kenderaan mereka ditarik kerana tidak mampu membuat pembayaran bulanan.

“Pendapatan kini merosot teruk apabila hanya mampu mendapat antara satu ke dua penumpang dalam sebulan.

“Jika sebelum pandemik Covid-19, saya kebiasaannya boleh mendapat antara empat hingga lima penumpang sehari dengan anggaran pendapatan sehingga RM200,” katanya kepada pemberita hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Serahan Infak Rezeki Santuni Pemandu Limosin dan Teksi LTAPP oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dengan kerjasama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di sini.

Sumbangan berupa bungkusan barangan makanan yang diserahkan Ketua Cawangan Sumber Manusia Perkeso, Mohd. Razmi Khalid itu merupakan inisiatif agensi berkenaan dalam meringankan beban kumpulan penggiat dalam sektor pelancongan sempena Jelajah Prihatin Jubli Emas Perkeso

Pulau Pinang merupakan negeri kedua yang disinggahi konvoi Perkeso itu selepas menghulurkan bantuan kepada pemandu limosin dan teksi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur bulan lalu.

Konvoi itu kemudiannya akan bergerak ke seluruh negara bagi menyerahkan sebanyak 900 kotak makanan termasuk kepada mangsa tragedi kepala air di Yan, Kedah. – K! ONLINE

 

Artikel oleh: Kosmo

HANYA DUA PENUMPANG LIMOSIN SEBULAN

https://www.kosmo.com.my/2021/08/27/hanya-dua-penumpang-limosin-sebulan/

5882) LEBIH 300 PEMANDU TEKSI LIMOSIN LTAPP HILANG PENDAPATAN - SINAR HARIAN - 27/08/2021

 

GEORGETOWN - Lebih 300 pemandu teksi limosin di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) Bayan Lepas, dekat sini hilang punca pendapatan sejak dua tahun lepas ekoran wabak Covid-19, sehingga ada antara mereka terpaksa bertukar kerjaya.

Pengerusi Persatuan pemandu Limo dan Teksi LTAPP, Hafizi Ahmad berkata, ada dalam kalangan mereka yang berhenti buat sementara waktu, dan bekerja sebagai pengawal keselamatan, penghantar makanan dan barang serta menjadi pemandu lori bagi menampung kehidupan, termasuk membayar hutang kenderaan limosin mereka.

Beliau berkata, pendapatan beliau serta pemandu teksi limosin lain di sini merosot teruk, dan beliau menganggarkan kini rata-rata mereka hanya mampu mendapat satu hingga dua penumpang sahaja dalam sebulan, berbanding empat hingga lima penumpang sehari sebelum ini.

"Berbanding sebelum pandemik Covid-19, biasanya saya boleh mendapat antara empat hingga lima penumpang sehari dengan anggaran pendapatan sehingga RM200, tapi sekarang ini nak dapat seorang penumpang sebulan pun susah,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Hafizi, 51, berkata demikian ditemui pemberita pada majlis penyerahan sumbangan bakul makanan kepada pemandu limosin dan teksi LTAPP oleh Perkeso dengan kerjasama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) kepada 100 pemandu.

Sumbangan barangan makanan bernilai RM100 yang diserahkan Ketua Cawangan Sumber Manusia Ibu Pejabat Perkeso, Mohd Razmi Khalid itu merupakan inisiatif agensi berkenaan dalam meringankan beban kumpulan penggiat dalam sektor pelancongan sempena Jelajah Prihatin Jubli Emas Perkeso.

Hafizi yang sudah menjadi pemandu limosin di LTAPP sejak 22 tahun lepas berkata, beliau sendiri ketika ini terpaksa melakukan kerja sampingan sebagai pengawal keselamatan pada sebelah malam bagi mencari pendapatan tambahan untuk meneruskan kehidupan.

"Ramai yang terpaksa menukar kerja untuk meneruskan kehidupan, dan lebih menyedihkan adalah ada ahli persatuan kami terpaksa merelakan kenderaan mereka ditarik balik kerana tidak mampu melunaskan bayaran bulanan selepas hilang pendapatan," katanya.

Katanya, selain sumbangan daripada pelbagai pihak yang dapat membantu meringankan tekanan ekonomi yang dihadapi pemandu teksi limosin ketika ini, pihaknya juga berharap masalah mereka mendapat perhatian lebih serius daripada kerajaan pusat, khususya pihak berkuasa yang berkaitan bagi menanggani pelbagai isu, antaranya isu saingan dari perkhidmatan e-hailing.

Sementara itu, Mohd Razmi berkata, Pulau Pinang merupakan negeri kedua yang disinggah konvoi Perkeso itu selepas menghulurkan bantuan kepada pemandu limosin di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bulan lalu.

Katanya, konvoi itu kemudiannya akan bergerak ke seluruh negara bagi menyerahkan keseluruhan sebanyak 900 kotak makanan menerusi program itu termasuk kepada mangsa tragedi kepala air di Yan, Kedah. - Bernama


Artikel oleh: Sinar Harian

LEBIH 300 PEMANDU TEKSI LIMOSIN LTAPP HILANG PENDAPATAN

https://www.sinarharian.com.my/article/158086/EDISI/Lebih-300-pemandu-teksi-limosin-LTAPP-hilang-pendapatan

5881) DEMI HIDUP, PEMANDU TEKSI LIMOSIN LAKUKAN KERJA LAIN - UTUSAN MALAYSIA - 27/08/2021

 

BAYAN LEPAS: Langsung tiada pendapatan sejak hampir dua tahun hingga ada yang terpaksa bertukar kerjaya sebagai pengawal keselamatan; penghantar makanan dan barang, malah, menjadi pemandu lori. 

Itu nasib yang dialami lebih 300 pemandu aktif teksi limosin di Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) di sini yang terjejas akibat pandemik Covid-19 khususnya sejak Mac tahun lalu. 

Lebih menyedihkan, menurut Pengerusi Persatuan pemandu Limo dan Teksi LTAPP, Hafizi Ahmad, ada ahli persatuan itu terpaksa merelakan kenderaan mereka ditarik balik kerana tidak mampu melunaskan bayaran bulanan selepas hilang pendapatan. 

Menurut Hafizi, 51, dia sendiri ketika ini terpaksa melakukan kerja sampingan sebagai pengawal keselamatan pada sebelah malam bagi mencari pendapatan tambahan untuk meneruskan kehidupan. 

Ujarnya yang sudah menjadi pemandu limosin di LTAPP sejak 22 tahun lalu, pendapatannya kini merosot teruk yang mana hanya mampu mendapat antara satu ke dua penumpang dalam sebulan. 

“Berbanding sebelum pandemik Covid-19, saya kebiasaannya boleh mendapat antara empat hingga lima penumpang sehari dengan anggaran pendapatan sehingga RM200,” katanya. 

Beliau ditemui pemberita pada majlis penyerahan sumbangan bakul makanan kepada pemandu limosin dan teksi LTAPP oleh Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) dengan kerjasama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), di sini hari ini. 

Sumbangan barangan makanan bernilai RM100 yang diserahkan Ketua Cawangan Sumber Manusia Perkeso, Mohd. Razmi Khalid itu merupakan inisiatif agensi berkenaan dalam meringankan beban kumpulan penggiat dalam sektor pelancongan sempena Jelajah Prihatin Jubli Emas Perkeso 

Pulau Pinang merupakan negeri kedua yang disinggah konvoi Perkeso itu selepas menghulurkan bantuan kepada pemandu limosin dan teksi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bulan lalu. 

Konvoi itu kemudiannya akan bergerak ke seluruh negara bagi menyerahkan keseluruhan sebanyak 900 kotak makanan menerusi program itu termasuk kepada mangsa tragedi kepala air di Yan, Kedah. 

Dalam pada itu, Hafizi berkata, selain sumbangan daripada pelbagai pihak yang dapat membantu meringankan tekanan ekonomi yang dihadapi pemandu teksi dan limosin ketika ini, pihaknya juga berharap masalah mereka mendapat perhatian lebih serius daripada kerajaan Pusat khususnya pihak berkuasa berkaitan. 

Antaranya kata beliau, berkenaan masalah persaingan mendapatkan penumpang dengan pemandu e-hailing di LTAPP yang sehingga kini masih belum diselesaikan. 

“Sebab itu kami berharap kerajaan Pusat dapat menghantar wakil khususnya daripada Kementerian Pengangkutan untuk bersemuka dan berbincang dengan kami bagi mengatasi masalah ini serta isu-isu lain supaya nasib kami lebih terbela,” katanya.


Artikel oleh: Utusan Malaysia

DEMI HIDUP, PEMANDU TEKSI LIMOSIN LAKUKAN KERJA LAIN

https://www.utusan.com.my/terkini/2021/08/demi-hidup-pemandu-teksi-limosin-lakukan-kerja-lain/

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL