Tuesday, May 10, 2022

'KAEDAH PALING BAIK JANGAN TERIMA APA-APA HADIAH' - SINAR HARIAN - 05/05/2022

SHAH ALAM - Langkah terbaik untuk menghapuskan rasuah daripada terus membarah dalam kalangan masyarakat adalah dengan mengelak semua perkara yang boleh membawa kepada perbuatan rasuah.

Pendakwah bebas, Harryanto Rizal Rokman berkata, ini kerana pemberian hadiah dan rasuah memiliki ciri-ciri yang hampir sama.

“Apabila kita duduk dalam satu jabatan atau jawatan, jalan selamat adalah dengan tidak menerima apa-apa hadiah kerana daripada segi undang-undang rasuah pun memang begitu.

“Ia bagi mengelakkan supaya kita tidak terhutang budi. Rasuah ini boleh jadi di peringkat permulaan tujuannya mungkin hanya untuk melunakkan, membeli jiwa kita.

“Jadi, sebab itu kita kena hati-hati dan kalau betul kita hendak jaga supaya rasuah tidak membarah dalam kehidupan masyarakat kita memang kena elak semua perkara yang boleh membawa kepada rasuah ini.

“Justeru, sebab itulah kalau kita duduk dalam jabatan dan mempunyai jawatan, kaedah yang paling mudah adalah jangan menerima apa-apa hadiah,” katanya pada program Kompas Rasuah Busters Edisi Raya bertajuk Bila Hadiah Jadi Rasuah yang disiar secara langsung di semua platform Sinar Harian pada Rabu.

Program yang berlangsung kira-kira satu jam itu turut menampilkan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan sebagai panelis, manakala Fatin Hamimah Yusof sebagai moderator.

Artikel oleh: Sinar Harian

'KAEDAH PALING BAIK JANGAN TERIMA APA-APA HADIAH'

https://www.sinarharian.com.my/article/200947/KHAS/Sinar-Rasuah-Buster/Kaedah-paling-baik-jangan-terima-apa-apa-hadiah

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...