Persatuan Pengguna
Islam Malaysia (PPIM) sentiasa peka dan memantau penternak dan pengedar daging
halal untuk pasaran di negara ini.
Baru-baru
ini Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi menerima maklumat dari
sumber yang sah mendedahkan bagaimana ternakan dizalimi dan proses
penyembelihan yang tidak mengikut prosedur halal berlaku di luar negara.
“Lebih
membimbangkan syarikat tersebut merupakan pemegang sijil halal daripada Jabatan
Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM),” tegasnya.
Nadzim
berkata PPIM akan terus menggesa pihak JAKIM untuk melakukan siasatan secara
menyeluruh supaya tidak ada unsur-unsur penipuan demi menjamin kepentingan
pengguna.
Sementara itu, Presiden Pertubuhan Kemasyarakatan Rakyat (PERKEMAS), Faizal Mohd Nor berkata, PPIM dan PERKEMAS yakin terdapat unsur-unsur jelas perlanggaran protokol penyembelihan sebagaimana telah digariskan oleh SOP halal JAKIM.
Bukti
yang diterima PPIM dan PERKEMAS terdiri daripada video dan gambar serta
dikukuhkan dengan saksi pekena sembelihan.
“Siasatan
menyeluruh perlu dilakukan segera oleh pihak integriti seperti JAKIM, SPRM,
PDRM dan merombak semula struktur organisasi JAKIM,” katanya.
PPIM
dan PERKEMAS amat bimbang dengan perkembangan terbaru kes ini kerana bekalan
daging dari sumber tersebut dipercayai sudah lama dibekalkan kepada umat Islam
di negara ini.
“Antara
kaedah yang didedahkan ialah haiwan sembelihan dilemaskan dalam takungan dara
dan haiwan tersebut juga dipercayai dibiarkan mati akibat gigitan anjing-anjing
liar sehingga menjadi bangkai sebelum diproses untuk dijual di negara ini,”
kata mereka dalam satu kenyataan bersama hari ini.
PPIM
dan PERKEMAS turut berkongsi paparan video, gambar dan kenyataan saksi iaitu
pekena di rumah sembelihan terlibat kepada media.
Nadzim
dan Faizal mahu pihak JAKIM bertanggungjawab dan mengemukakan bukti mengenai
dakwaan ini.
Artikel oleh: Samudera.my
PPIM BONGKAR STATUS DAGING HALAL LUAR NEGARA
https://www.samudera.my/ppim-bongkar-status-daging-halal-luar-negara/
No comments:
Post a Comment