Showing posts with label IKLAN JUDI. Show all posts
Showing posts with label IKLAN JUDI. Show all posts

Friday, March 31, 2023

PENYEDIA PLATFORM MEDIA SOSIAL PERLU HENTIKAN IKLAN JUDI - HARIAN METRO - 30/03/2023

 

Artikel oleh: Harian Metro

PENYEDIA PLATFORM MEDIA SOSIAL PERLU HENTIKAN IKLAN JUDI

SEKAT SEGERA IKLAN JUDI DI MEDIA SOSIAL - PPIM - HARIAN METRO - 29/03/2023

 

Kuala Lumpur: Kegiatan mempromosikan judi dalam talian secara terbuka di platform media sosial yang semakin 'agresif' perlu dibendung bagi mengelak wujud lebih ramai kaki judi hingga mengundang kerosakan kepada masyarakat.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan sehubungan itu menggesa pihak berkuasa segera menyekat jenayah sosial itu daripada terus berleluasa.

Katanya, apa yang menyedihkan iklan judi di media sosial sebenarnya bukanlah perkara baharu sebaliknya sudah lama berlaku.

"Saya pun tak tahu macam mana iklan judi di media sosial ini masih berterusan sebab penyedia platform media sosial pun ada kawalan sebenarnya.

"Contohnya ada penyedia plafform media sosial boleh menyekat kandungan yang menyiarkan mengenai syarikat perubatan atau farmaseutikal tertentu. Tetapi pelik, kandungan iklan judi boleh siar pula.

"Penyedia plafform media sosial kena buat sesuatu, tak boleh lepas tangan. Malah ada iklan menggalakkan judi dengan tawaran wang pendahuluan supaya berjudi," katanya kepada Harian Metro.

Beliau berkata, jika berlanjutan maka kegiatan judi akan menjadi bertambah teruk dan membarah dalam masyarakat.

Katanya, pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) kena main peranan untuk aktif mengesan dan menyekat sebarang iklan judi.

"Saya tahu apabila sekat nanti ada lagi kewujudan iklan baru, tetapi memang kena sekat. Tiada pilihan kena teruskan sekatan secara maksimum.

"Mungkin ada kaedah guna kata kunci tertentu maka ia disekat secara automatik," katanya.

Pemantauan Harian Metro mendapati pengusaha judi dalam talian bukan sahaja bagai tidak gentar dengan operasi bertalu-talu pihak berkuasa, malah turut mempromosikan kegiatan mereka secara terbuka di media sosial.

Penelitian dilakukan Metro mendapati terdapat sekurang-kurangnya dua laman sosial menggunakan nama Malaysia diikuti kira-kira 16,000 pengguna.

Pemeriksaan bagi pentadbiran kedua-dua laman sosial berkenaan turut memaparkan pentadbir berada di Malaysia.

Sistem platform media sosial terbabit akan mengenal pasti kedudukan pentadbir berdasarkan penggunaan lokasi ketika memuatnaik bahan ke laman sosial itu.

Salah satu laman sosial judi dalam talian itu turut memaparkan hadiah wang tunai dimenangi pelanggan sebagai salah satu promosi kepada kaki judi.

Antara paparan di laman sosial itu, terdapat satu promosi kononnya pelanggan mereka berjaya memenangi hadiah wang tunai RM45,000 dengan turut menunjukkan wang yang diikat rapi.

Artikel oleh: Harian Metro

SEKAT SEGERA IKLAN JUDI DI MEDIA SOSIAL - PPIM

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/03/950947/sekat-segera-iklan-judi-di-media-sosial-ppim

Friday, April 23, 2021

5597) 20 NGO SERAH MEMORANDUM BANTAH IKLAN JUDI RAYA KEPADA ZAHIDI - ONE NEWS - 22/04/2021


20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO), menyerahkan memorandum bantahan iklan judi raya dalam talian, kepada Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Zahidi Zainul Abidin.

Memorandum itu meminta kerajaan untuk mengambil tindakan terhadap operator judi haram terbabit.

Ia diserahkan oleh Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Datuk Nadzim Johan kepada Datuk Zahidi di Angkasapuri.

Bagi mengelak isu sama berulang, Datuk Zahidi meminta semua penggiat seni, supaya meneliti dahulu, kandungan dan tujuan sesuatu program, agar tidak menyinggung sensitiviti mana-mana pihak di kemudian hari.


Artikel oleh: One News

20 NGO SERAH MEMORANDUM BANTAH IKLAN JUDI RAYA KEPADA ZAHIDI

https://www.youtube.com/watch?v=YBtuyfMj6Ts

5595) 20 NGO SERAH MEMORANDUM BANTAH IKLAN JUDI RAYA KEPADA ZAHIDI - BERNAMA - 22/04/2021

 

KUALA LUMPUR, 22 April — Sekumpulan 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) hari ini, menyerahkan memorandum bantahan iklan judi raya dalam talian kepada Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Zahidi Zainul Abidin. 

Memorandum berkenaan yang meminta kerajaan untuk mengambil tindakan terhadap operator Judi haram itu, diserahkan oleh Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan kepada Zahidi di pejabatnya di Angkasapuri. 

Sementara itu Zahidi berkata, judi dalam talian tidak mudah untuk dipadamkan begitu sahaja kerana melibatkan aplikasi antarabangsa. 

"Judi dalam talian tidak boleh dipadam begitu sahaja, sebab di negara kita ni aplikasi judi dan porno kalau dipadam, akan naik semula, ini adalah aplikasi antarabangsa. 

"Kita sukar nak kawal kerana 'server' nya di luar negara, pemainnya juga di luar negara, di India, Filipina, China dan pelbagai negara, tetapi bermain judi di Malaysia," katanya dan menambah negara memerlukan sistem untuk mengawal aktiviti itu. 

Sementara itu, di lokasi sama, Yayasan Pembangunan Buku Negara (WON) dan Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (IKIAM), menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dalam usaha memartabatkan industri penulisan dan penerbitan tanah air, serantau dan global, khususnya komuniti pengarang dan penerbit beragama Islam. 

MoU itu ditandatangani Zahidi selaku Pengerusi Eksekutif IKIAM dan Ketua Pengawai Eksekutif IKIAM Musa Mahmod bersama Pengarah Eksekutif YPBN Dr Hasan Hamzah dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Maimunah Abu Bakar.
 
Menerusi kenyataan bersama, YPBN dan IKIAM memaklumkan kerjasama itu bagi menyokong usaha kerajaan dan masyarakat, dalam memupuk minat membaca serta menulis menerusi teknologi Internet dan penyiaran digital.

"Kerjasama YPBN-IKIAM akan menyalurkan buku, karya adaptasi drama, filem dan dokumentari sarjana Islam, memasuki pasaran dunia berbanding sebelum ini hanya berkembang di peringkat setempat masing-masing," menurut kenyataan itu. 


Artikel oleh: Bernama

20 NGO SERAH MEMORANDUM BANTAH IKLAN JUDI RAYA KEPADA ZAHIDI


5594) 20 NGOS SUBMIT MEMO PROTESTING RAYA GAMBLING AD TO ZAHIDI - BERNAMA - 22/04/2021

 


KUALA LUMPUR, April 22 — A group of 20 non-governmental organisations (NGOs) today submitted a memorandum protesting against Had Raya-themed online gambling advertisements to Deputy Communications and Multimedia Minister Datuk Zahidi Zainul Abidin.
 
The memorandum, which asks the government to take action against operators of illegal gambling, was handed over by Malaysian Muslim Consumers' Association (PPIM) chief activist Datuk Nadzim Johan to Zahidi in his office at Angkasapuri here.
 
Zahidi said it was not easy to eradicate online gambling because the activity involved the use of international applications. 

"Online gambling cannot be wiped out just like that because in our country whenever gambling and pornographic apps were erased, they would surface again," he told reporters.
 
its difficult for us to control because the server is overseas, players are also overseas in India, the Philippines, China and other countries but still gamble in Malaysia," he said, adding that there should be a system to control such activities. 

Meanwhile, at the same location, Yayasan Pembangunan Buku Negara (YPBN) and Institut Kerjasama Islam Antarabangsa Malaysia (IKIAM) signed a Memorandum of Understanding (MoU) as part of efforts to strengthen the writing and publication industry including at the global level, especially that involving Muslim authors and publishers. 

The MoU was signed by IKIAM executive chairman Zahidi, IKIAM chief executive officer Musa Mahmod YPBN executive director Dr Hasan Hamzah and YPBN chief executive officer Maimunah Abu Bakar. 

In a joint statement YPBN and IKIAM said the cooperation was to support efforts of the government and society to inculcate the reading and writing habit through internet technology and digital broadcasting. 

The YPBN-IKIAM cooperation will channel books, drama adaptation works, films and documentaries of Muslim intellectuals into the world market, compared to previously when they were growing only in their respective localities," the statement said. 

Article by: Bernama

20 NGOS SUBMIT MEMO PROTESTING RAYA GAMBLING AD TO ZAHIDI

Monday, April 19, 2021

5577) IKLAN JUDI RAYA | 8 INDIVIDU TERBABIT PEMBIKINAN VIDEO DIREMAN - BULETIN TV3 - 17/04/2021

 


IKLAN JUDI RAYA | 8 Individu Terbabit Pembikinan Video Direman Polis Diraja Malaysia (PDRM) menahan lapan orang termasuk tiga wanita yang dipercayai terlibat dalam pembikinan video yang mempromosi aktiviti perjudian dalam talian.   Suspek berusia antara 24 hingga 47 tahun itu ditahan semalam dan direman empat hari bermula hari ini.


Artikel oleh: Buletin TV3

IKLAN JUDI RAYA | 8 INDIVIDU TERBABIT PEMBIKINAN VIDEO DIREMAN

https://www.youtube.com/watch?v=9rl5Pt_znQg

5572) DUIT JUDI MODAL RAYA - SINAR HARIAN - 17/04/2021


Artikel oleh: Sinar Harian

DUIT JUDI MODAL RAYA

5570) 'TREND BERAYA DENGAN DUIT JUDI' - SINAR HARIAN - 17/04/2021

 

SHAH ALAM - “Banyak orang gila judi. Banyak orang gila judi. Hai judi merosak diri, merosak diri. Banyak yang setengah mati, akibat judi”.

Demikianlah lirik lagu Gila Judi nyanyian Datuk M Daud Kilau, yang turut memberi gambaran mengenai sikap manusia kaki judi yang sanggup melakukan apa sahaja asalkan keinginannya dipenuhi termasuk pada bulan Ramadan yang mulia ini.

Terbaharu, tular klip video lagu raya berdurasi 2 minit dan 1 saat yang menggalakkan orang ramai berjudi untuk mendapatkan duit raya.

Video itu memaparkan aksi lakonan dan nyanyian lima lelaki dan perempuan lengkap memakai baju Melayu dan baju kurung sambil menyanyikan lagu raya seakan-akan mengikut melodi Warna-Warni Aidilfitri tetapi liriknya diubah.Video tersebut mempromosikan sebuah laman judi dalam talian menjelang sambutan Aidilfitri tidak lama lagi.

Presiden Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan tidak menolak ada kaki judi yang terpengaruh dengan iklan seperti itu dan menggunakan wang dimenangi bagi membuat persiapan Aidilfitri untuk diri sendiri dan keluarga.

Menurut beliau, judi online kini mudah diakses oleh sesiapa sahaja menerusi telefon pintar.

“Judi online kini sangat serius kerana individu yang terlibat boleh menggunakan aplikasi perjudian secara online tanpa perlu pergi ke pusat judi.

“Kadang-kadang semasa makan pun mereka berjudi secara online,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Jumaat.

Video klip mempromosi judi online yang tular sejak Khamis.

Malah dek kerana terlalu mudah mencapai akses untuk berjudi katanya, PPIM pernah mendapat pelbagai aduan daripada keluarga mangsa menanggung hutang ratusan ribu ringgit apabila ahli keluarga terlibat dalam judi online.“(Judi online) paling mudah diakses, kita juga pernah mendapat aduan daripada keluarga tentera.

“Ada yang ibu bapanya datang mengadu kerana terpaksa menjual rumah bernilai RM200,000 kerana ada anak dia askar yang sangkut dengan judi online.

“Sebagai orang Islam, kalau hendak ubah nasib perlu ikut cara Islam. Kalau tidak kita akan hanyut. Kepada pihak berkuasa, mereka perlu mengambil serius perkembangan judi ini,” ujarnya.

Beliau bagaimanapun tidak menafikan sindiket perjudian online amat licik, namun pihak berkuasa perlu lebih agresif memastikan aktiviti itu dapat dibanteras.

“Kita tahu sindiket perjudian ini licik. Pihak berkuasa perlu ambil serius. Kita tahu mereka boleh buat semula aplikasi tersebut walaupun telah dipadam oleh pihak berkuasa.“Tapi itulah kerja kita. Sama seperti sampah di Sungai Klang, kita kena cuci hari-hari disebabkan ada orang buang sampah setiap hari,” katanya.

Nadzim

Artikel oleh: Sinar Harian

'TREND BERAYA DENGAN DUIT JUDI'

Saturday, April 17, 2021

5564) ISU VIDEO RAYA JUDI: KITA TAKUT SAIFUDDIN TAK AMBIL SERIUS - PPIM - MALAYSIA GAZETTE - 16/04/2021

 


KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendesak Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKM) mengambil tindakan tegas terhadap penularan video promosi aktiviti perjudian dengan sambutan hari raya.

Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan menegaskan, beliau sendiri telah memaklumkan perkara itu kepada menterinya, Datuk Seri Saifuddin Abdullah namun belum mendapat sebarang maklumat balas.

“Iklan raya itu (judi) pun saya pun tak tahu. Saya dah hantar kepada Datuk Saifuddin minta dia tengok. Setakat ini belum ada respon lagi.

“Kita takut benda ini tidak diambil secara serius. Saya harap Datuk Saifuddin dapat melihat perkara ini secara betul-betul serius,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PPIM, hari ini.

Semalam, syarikat perjudian dalam talian dikesan memperhebatkan promosi kegiatan haram itu di media sosial sempena sambutan Aidilfitri yang bakal tiba tidak lama lagi.

Dalam video lagu raya yang tular itu memaparkan aksi lakonan, nyanyian empat individu terdiri daripada dua lelaki dan dua wanita yang mana liriknya menggalakkan serta mengajak orang awam berjudi untuk mendapatkan ‘duit raya’.

Iklan yang dikeluarkan sebuah syarikat judi berjudul GDBet333 Hari Raya berdurasi dua minit itu turut dikecam kerana menggunakan pelakon dipercayai beragama Islam.

Dalam pada itu, PPIM memandang serius sindiket perjudian dalam talian itu yang menyinggung sensitiviti dan menghina umat Islam untuk mengaut keuntungan.

“Kita memang cuba membanteras judi, pasal benda ini dia berjudi, kalah judi, pinjam ah long, kemudian mulalah cerai berai gaduh dia jadi begitu,” katanya lagi.


Artikel oleh: Malaysia Gazette

ISU VIDEO RAYA JUDI: KITA TAKUT SAIFUDDIN TAK AMBIL SERIUS - PPIM

5563) MGNEWS: 'IKLAN JUDI RAYA' KKMM PERLU AMBIL SERIUS! - PPIM - MALAYSIA GAZETTE - 16/04/2021

 


Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan bercakap pada Sidang Media Persatuan Pengguna Islam (PPIM)


Artikel oleh: Malaysia Gazette

MGNEWS: 'IKLAN JUDI RAYA' KKMM PERLU AMBIL SERIUS! - PPIM

https://malaysiagazette.com/2021/04/16/mgnews-iklan-judi-raya-kkmm-perlu-ambil-serius-ppim/

5562) IKLAN RAYA JUDI: PEMUDA UMNO LAPOR POLIS, PPIM MINTA SEKAT #MGFLASH - MALAYSIA GAZETTE - 16/04/2021

 

Menarik di MG Flash *Netizen Kecam Iklan Raya Promosi Judi *Pemuda UMNO Buat Laporan Polis *PPIM Minta Kerajaan Sekat Iklan Raya Promosi Judi *Abu Bakar Omar Meninggal Dunia

#malaysiagazette #mgtv

Artikel oleh: Malaysia Gazette TV

IKLAN RAYA JUDI: PEMUDA UMNO LAPOR POLIS, PPIM MINTA SEKAT #MGFLASH

https://www.youtube.com/watch?v=u15_VB0psIU

5559) IKLAN JUDI: KEMPEN TIDAK MASUK AKAL, TIDAK CUKUP BERJIHAD JADI PUNCA - PPIM - ASTRO AWANI - 16/04/2021

 

KUALA LUMPUR: Video iklan mempromosikan judi atas talian sempena Hari Raya Aidilftri seperti yang tular baru-baru ini disifatkan sebagai tidak masuk akal.

Demikian jelas Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan yang menempelak tindakan terbabit.

Ujarnya, dalam pada masyarakat berdepan cabaran pandemik COVID-19, lebih-lebih lagi apabila menjelang perayaan Aidilfitri, ada pihak tertentu yang mengambil kesempatan.

"Buruk-buruk penjudi, dia tak kisah apa benda, ramai di luar sana terima (iklan) menerusi telefon kemudian cuba (berjudi) sebab kurang sedar, kebetulan nak balik raya duit tak ada. Jadi apa kaedah atau jalan mudah?

"Ini yang kita hendak MCMC pantau. Memang kita tahu kadang-kadang ada kekangan, tetapi sesuatu perlu dilakukan," jelasnya.

Malah tambahnya, tahap kesedaran yang kurang dalam kalangan golongan yang terdesak dan memerlukan, termasuk sesetengah golongan asnaf, menjadi antara faktor mengapa kegiatan judi terus mendapat sambutan.

"Kempen judi ini tidak masuk akal. Kelemahan kita adalah tidak cukup berjihad, berdakwah pun makin kurang.

"Kita mahu para ulama tengok dari sudut mana untuk membantu membawa kesedaran terhadap golongan asnaf. Sejak negara merdeka, saya tidak nampak bertambah baik. Kita (perlu) didik mereka tentang kebaikan yang membawa kesedaran, berbanding beri makanan semata-mata," katanya lagi.

Dalam pada itu, jelas Nadzim, beliau juga telah memaklumkan berhubung video terbabit kepada Menteri Komunikasi dan Multimedia (KKMM), Datuk Saifuddin Abdullah.

"Kita memang cuba membanteras judi tapi kita takut benda ini tidak diambil secara serius, saya harap Datuk Saifuddin dapat melihat perkara ini.

"Ini juga masalah judi, kemudian (membawa kepada) pinjam along dan mulalah (masalah rumah tangga), bercerai dan sebagainya," katanya lagi.

Iklan berdurasi dua minit satu saat itu menampilkan beberapa pelakon wanita dan lelaki berpakaian baju Melayu serta baju kurung sambil menyanyikan lagu raya.

Jalan cerita video tersebut juga seolah-olah memaparkan seorang lelaki tidak mempunyai wang untuk pulang ke kampung, seterusnya memilih untuk mendapatkan wang menerusi kaedah perjudian atas talian.

 

Artikel oleh: Astro Awani

IKLAN JUDI: KEMPEN TIDAK MASUK AKAL, TIDAK CUKUP BERJIHAD JADI PUNCA - PPIM

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/iklan-judi-kempen-tidak-masuk-akal-tidak-cukup-berjihad-jadi-punca-ppim-293612

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL