Monday, December 28, 2020

6188) SIASAT JIKA VVIP TERLIBAT KARTEL DAGING HALAL PALSU - PN BBC PORTAL - 27/12/2020

 


27 DIS: Kerajaan perlu menubuhkan pasukan khas bagi menyiasat dan mendedahkan segera dalang sindiket kartel haram termasuk kemungkinan pembabitan individu berprofil tinggi dan orang kenamaan.

Ketua Pergerakan Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, pihaknya juga sudah membuat saranan awal kepada kerajaan supaya mendedahkan segera nama-nama syarikat yang terbabit dalam kartel penyeludupan dan pengedaran daging import haram.

“Ini penting bagi mengembalikan kepercayaan dan keyakinan umat Islam terhadap keabsahan status halal daging import yang berada dalam pasaran.

ASYRAF WAJDI DUSUKI

“Pemuda UMNO juga mendesak agar ditubuhkan segera pasukan khas yang melibatkan pelbagai agensi kawal selia dan penguatkuasaan industri halal termasuk pihak Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) dan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi menjalankan penyiasatan dan mengambil tindakan tegas kepada mana-mana pihak terbabit dengan penyelewengan termasuk rasuah dalam isu kartel daging haram ini.

“Jangan ada sebarang usaha menutup atau pun melindungi mana-mana pihak termasuk jika ada individu berprofil tinggi mahu pun orang kenamaan (VVIP) yang terbabit dengan penyelewengan amanah umat Islam ini,” katanya dalam satu kenyataan, sebentar tadi.

Dalam pada itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, menegaskan PPIM memang menyokong desakan banyak pihak supaya kerajaan mendedahkan nama dalang sebenar di sebalik sindiket kartel daging import haram terbabit.

Bagaimanapun, beliau berkata, kerajaan perlu berhati-hati supaya tiada pihak atau jenama produk yang diciplak oleh sindiket berkenaan tidak teraniaya.

NADZIM JOHAN

“Dedah itu OK. Namun kita takut ia akan menjejaskan nama jenama produk ‘OK’ yang digunakan sindiket kartel berkenaan untuk membawa masuk daging haram ke Malaysa.

Sebab itu kita melahirkan rasa khuartir bahawa pendedahan berkenaan akan menjejaskan jenama produk halal yang digunakan oleh sindiket-sindiket untuk melindungi aktiviti membawa masuk daging import secara haram dengan menggunakan jenama dan cop halal palsu,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini. – Oleh HAIKA KHAZI



Artikel oleh: PN BBC Portal


SIASAT JIKA VVIP TERLIBAT KARTEL DAGING HALAL PALSU


http://www.pnbbcportal.com/2020/12/27/siasat-jika-vip-terlibat-kartel-daging-halal-palsu/

No comments:

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL