Friday, January 8, 2021
Thursday, January 7, 2021
5261) 'CLEAR DEMARCATION OF POWERS VITAL' - NEW STRAITS TIMES - 07/01/2021
Tuesday, January 5, 2021
5243) FACILITATE LAW ENFORCEMENT MANAGEMENT. HALAL LAWS SHOULD BE FORMULATED AS SOON AS POSSIBLE - SIN CHEW DAILY - 31/12/2020
Artikel oleh: Sin Chew Daily
FACILITATE LAW ENFORCEMENT MANAGEMENT. HALAL LAWS SHOULD BE FORMULATED AS SOON AS POSSIBLE
Monday, January 4, 2021
5230) ISU DAGING IMPORT: PPIM MAHU TUBUH PASUKAN PETUGAS KHAS - BERITA HARIAN - 31/12/2020
Saturday, January 2, 2021
Thursday, December 31, 2020
5220) WUJUDKAN AKTA HALAL SEGERA - PPIM - HARAKAH DAILY - 31/12/2020
Ketua Aktivisnya, Dato’ Nadzim Johan berkata, akta ini perlu dilaksanakan bagi menambah baik akta sedia ada.
“Sudah tiba masanya kita (Malaysia) mempunyai akta halal sendiri. Negara kita tidak ada akta halal. Kita hari ini hanya berdasarkan Akta Perihal Dagangan. Akta sedia ada memang tiada masalah, tetapi perlu yang lebih seragam antara kementerian dan agensi berkaitan.
“Kita pernah minta sebelum ini. Sedangkan di Amerika pun ada akta halal untuk pengguna Islam di sana,” katanya pada bual bicara Harakah bertajuk ‘Kartel Daging Haram: Di Mana Silapnya?’ di sini, malam tadi.
Menurutnya, tujuan utama adalah supaya industri halal negara mendapat perlindungan yang lebih baik.
“Sebagai contoh, sebuah lori yang sama membawa ayam sedangkan sebelum itu lori berkenaan membawa babi. Perkara ini tidak menjadi satu kesalahan kerana kita tiada akta untuk mensabit kesalahan itu. Benda ini sangat serius.
“Kita mahukan negara berterusan dikenali sebagai sebuah negara yang pensijilan halalnya dihormati,” ujarnya.
Dalam pada itu, Nadzim turut menggesa pihak penguat kuasa terus membuat pemantauan terhadap kilang atau tempat simpanan daging import bagi mengenal pasti status halalnya.
Menurutnya, usaha itu perlu dilakukan bagi mengatasi kebimbangan yang sedang dialami rakyat susulan pendedahan yang berlaku ini.
“Penipuan begitu rancak belaku di luar sana. Jadi, dalam isu ini perlu mencari kaedah bagaimana untuk mengatasi kerana dengan timbulnya isu ini, rakyat menjadi bimbang untuk makan daging,” katanya.
Justeru, beliau turut menasihati para pengguna supaya lebih berhati-hati dalam memilih produk makanan serta pemilihan kedai makan supaya tidak mudah tertipu.
Semalam, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) memaklumkan pihaknya akan meneruskan siasatan bagi membongkar isu penyeludupan bekalan daging tanpa pengesahan halal ke negara ini.
Menurut Timbalan Menterinya, Dato’ Rosol Wahid berkata, pemantauan secara berterusan akan dijalankan dan serbuan akan dilakukan tanpa sebarang notis.
Sementara, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Dato’ Huzir Mohamed, berkata polis percaya bahawa kegiatan kartel daging import disyaki menggunakan label halal palsu itu membabitkan rangkaian luas serta didalangi sindiket dalam dan luar negara.
Artikel oleh: Harakah Daily
WUJUDKAN AKTA HALAL SEGERA - PPIM
https://harakahdaily.net/index.php/2020/12/31/wujudkan-akta-halal-segera-ppim/
5218) [ LANGSUNG ] SIDANG MEDIA PPIM BERHUBUNG ISU KARTEL DAGING - ASTRO AWANI - 31/12/2020
Ikuti sidang media oleh Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan mengenai isu kartel daging #HapusCOVID19 #NormaBaharu #IsuKartelDaging
5216) DAGING SELUDUP: PERLU TINDAKAN LEBIH DRASTIK - KENYATAAN MEDIA PPIM - 31/12/2020
Kuala Lumpur – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyambut baik tindakan pihak berkuasa menahan dua (2) individu berkaitan penyeludupan dan pemalsuan logo Halal terhadap daging yang dibawa masuk secara gelap dari beberapa buah negara yang tidak diiktiraf, namun tindakan yang lebih drastik perlu diambil.
Walau bagaimanapun rata-rata pengguna Islam berpendapat bahawa penahanan ini adalah seperti melepaskan batuk di tangga kerana tidak mempunyai kaitan yang signifikan dengan kartel yang dikatakan bermaharajalela selama ini.
Kami merasakan banyak lagi perlu dilakukan oleh pihak berkuasa dan masih ada persoalan terhadap penjelasan yang dibuat oleh Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna seperti:
- Jumlah yang disita iaitu 2,428 kotak daging bernilai RM738,640 adalah jauh lebih kecil dari jumlah daging seludup yang dijumpai ketika Exco Agama Johor membuat lawatan di gudang penyimpanan daging itu sebanyak 1,500 mt bernilai RM30 juta. Kemana dan bagaimana daging itu dilupuskan?
- Apakah kaedah sampling yang dilakukan oleh pihak Jabatan Kimia terhadap bahan bukti yang banyak itu?
- Bagaimana daging-daging ini dapat melepasi Kastam dan MAQIS serta Polis Pelabuhan dan dibawa ke gudang berkaitan untuk dilabelkan semula dengan label Halal.
- Syarikat yang berkaitan telah beroperasi sejak 2017, bagaimanakah pihak kerajaan pasti bahawa tiada sebarang salah laku oleh syarikat sebelum tangkapan ini?
PPIM menyambut baik sebarang penubuhan badan berkecuali seperti Suruhanjaya DiRaja atau Jawatankuasa perundangan dan Penguatkuasaan Halal untuk merungkai perkara ini dan memastikan ianya tidak berulang. Kami juga berharap pemuka-pemuka kartel ini dapat dikenalpasti, ditangkap dan diadili tanpa mengira dari pihak mana ia wakili.
PPIM juga menggesa kerajaan melalui beberapa agensi berkaitan untuk memberikan tumpuan yang lebih serius kepada penghasilan daging tempatan dengan mencukupi dengan harga yang tidak terlalu membebankan pengguna dan tidak ketinggalan jaminan mutu yang tinggi serta Halal.
5215) DAGING HALAL: KESABARAN PENGGUNA ADA HADNYA - SIDANG MEDIA PPIM - 31/12/2020
Persatuan Pengguna Islam Malaysia(PPIM) telah menerima pelbagai reaksi dari pengguna Islam yang amat kecewa berikutan pembongkaran sindiket pengimportan dan pelabelan daging import yang tidak disijilkan. Umat Islam juga merasa amat kecewa kerana jenayah ini telah berlanjutan sehingga 40 tahun dan seolah-olah tiada komitmen yang serius dari pihakpihak dan agensi-agensi yang berkaitan.
PPIM merasakan sudah sampai masanya pengguna Muslim di negara ini disedarkan bahawa sikap mengambil mudah aspek halalan toyyiban boleh menjejaskan aspek spiritual dan fizikal. Pengambilan makanan syubhah dan haram akan memberi kesan besar terhadap pembangunan kerohanian, di samping menjejaskan pembentukan akhlak.
Firman Allah SWT: "Wahai orang beriman! Makanlah daripada benda baik (halal) yang Kami berikan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadanya. (Al-Baqarah: 172).
Makanan tidak halal yang dimakan oleh seseorang muslim akan menjadi darah daging dan akan memberi kesan terhadap pembentukan peribadi dan boleh mendatangkan kesan yang besar.
Justeru itu, satu sidang media telah diadakan pada hari ini di Pusat Aktiviti PPIM, Kuala Lumpur.
Wednesday, December 30, 2020
6209) WUJUDKAN SEGERA AKTA HALAL - SINAR HARIAN - 30/12/2020
Saturday, August 24, 2013
860) BERNAMA 12/8/13-Hati-hati beli barangan kulit, pinggan mangkuk online
Friday, October 19, 2012
641) FORUM PENGGUNA 2012-Sesi 4 : Keberkatan Hidup "Adakah Kaitan Antara Makanan Halal, Mencari Keberkatan Dan Keruntuhan Akhlak Dalam Masyarakat Kita Hari Ini?"
Thursday, August 23, 2012
605) KOD BABI PADA MAKANAN BERKEMAS
![]() |
| (GAMBAR HANYA SEKADAR HIASAN) |
KOD BABI PADA MAKANAN BERKEMAS
PENTING UNTUK UMAT ISLAM KETAHUI.
Oleh Dr. M. Anjad Khan
Salah seorang rakan saya bernama Syeikh Sahib bekerja sebagai pegawai di Badan Pengawasan Ubat & Makanan (POM) di Pegal, Perancis. Tugasnya adalah mencatat semua mereka barang, makanan dan ubat-ubatan.
Produk apa pun yang akan disajikan suatu perusahaan ke pasaran,bahan- bahan produk tersebut harus terlebih dahulu mendapat izin dari Badan pengawas Ubat dan Makanan Perancis dan Syeikh Sahib bekerja diBadan tersebut bahagian QC , oleh sebab itu dia mengetahui pelbagai jenis bahan makanan yang dipasarkan.
Banyak daripada bahan-bahan tersebut dituliskan dengan istilah ilmiah namun ada juga beberapa yang dituliskan dalam bentuk matematik seperti E-904, E-141. Awalnya, saat Syeikh Sahib menemukan bentuk matematik tersebut, dia ingin tahu dan kemudian menanyakan kod matematik tersebut kepada seorang Perancis yang berwenang dalam bidang itu dan orang tersebut menjawab " KERJAKAN SAJA
TUGASMU, DAN JANGAN BANYAK TANYA.
Jawaban tersebut menimbulkan kecurigaan buat Syeikh Sahib dan dia kemudian mula mencari tahu kod matematik tersebut dalam dokumen yang ada. Ternyata apa yang dia temukan cukup memeranjatkan kaum Muslimin di dunia.
Hampir di seluruh negara barat termasuk Eropah, pilihan utama untuk daging adalah daging babi. Penternakan babi sangat banyak di negara-negara tersebut. Di Perancis sendiri jumlah penternak babi mencapai lebih dari 42.000.
Jumlah kandungan lemak dalam tubuh babi sangat tinggi dibandingkan dengan haiwan lainnya. Namun orang Eropah dan Amerika berusaha menghindari lemak-lemak tersebut.
Kemudian yang menjadi pertanyaan sekarang;di manakah lemak-lemak babi tersebut ? Jawapannya adalah: Babi-babi tersebut dipotong di tempat perniagaan (secara) kecil-kecilan dalam pengawasan Badan POM dan yang memusingkan badan babi tersebut adalah untuk membuang lemak yang sudah dipisahkan dari daging babi. Dahulu kira-kira 60 tahun yang lalu, lemak-lemak tersebut dibakar.
Kemudian mereka berfikir untuk memanfaatkan lemak-lemak tersebut .Sebagai awal kajian, mereka membuat sabun dengan bahan lemak tersebut dan ternyata itu berhasil.
Lemak-lemak tersebut diproses secara kimiawi, dikemas sedemikian rupa dan dipasarkan Dalam pada itu negara-negara di Eropah memperlakukan aturan yang mengharuskan bahan-bahan dari setiap produk makanan,ubat- ubatan harus dicantumkan pada kemasan.
Oleh karena itu bahan yang terbuat dari lemak babi dicantumkan dengan nama Pig Fat (lemak babi) pada kemasan produk. Mereka yang sudah tinggal di Eropah selama 40 tahun terakhir ini mengetahui hal tersebut.
Namun produk dengan bahan lemak babi tersebut dilarang masuk ke negara-negara Islam pada saat itu sehingga menimbulkan defisit perdagangan bagi negara pengeksport.
Menoleh ke masa lalu, jika anda hubungkan dengan Asia Tenggara, anda mungkin tahu tentang faktor yang menimbulkan perang saudara. Pada saat itu, peluru senapang dibuat di Eropah dan diangkut ke belahan benua melalui jalur laut. Perjalanannya memakan waktu berbulan-bulan hingga mencapai tempat tujuan sehingga bubuk mesiu yang ada di dalamnya mengalami kerosakan karena terkena air laut.
Kemudian mereka punya ide untuk melapisi peluru tersebut dengan lemak babi. Lapisan lemak tersebut harus digigit dengan gigi terlebih dahulu sebelum digunakan. Saat berita mengenai pelapisan tersebut tersebar dan sampai ke telinga tentera yang kebanyakan Muslim dan beberapa Vegetarian (orang yang tidak makan daging), maka tentera - tentera tersebut menolak berperang sehingga mengakibatkan perang saudara ( civil war ).
Negara-negara Eropah mengakui fakta tersebut dan kemudian menggantikan penulisan lemak babi dalam kemasan dengan menuliskan lemak haiwan. Semua orang yang tinggal di Eropah sejak tahun 1970 - an mengetahuinya.
Saat perusahaan produsen ditanya oleh pihak berwenang dari negara Islam mengenai lemak haiwan tersebut, maka jawapannya bahawa lemak tersebut adalah lemak sapi(lembu) & domba, walaupun demikian lemak-lemak tersebut haram bagi Muslim kerana penyembelihan haiwan ternak tersebut tidak mengikuti syariat Islam. Oleh karena itu produk dengan label baru tersebut dilarang masuk ke negara-negara Islam.
Sebagai akibatnya,pengusaha produk menghadapi masalah kewangan yang sangat serius kerana 75% penghasilan mereka diperoleh dengan menjual produknya ke negara Islam, di mana laba penjualan ke negara Islam bisa mencapai jutaan dolar.
Akhirnya mereka memutuskan untuk membuat kodifikasi bahasa yang hanya diketahui oleh Badan POM sementara orang awam tidak mengetahuinya. Kod tersebut diawalkan dengan kod E-CODES. E-INGREDIENTS ini terdapat di banyak produk perusahaan multinasional termasuk pasta gigi, sejenis permen karet, coklat, gula-gula, biskut, makanan dalam tin, buah-buahan dalam tin dan beberapa multi vitamin dan masih banyak lagi jenis produk makanan & ubat-ubatan lainnya.
Semenjak produk - produk tersebut di atas banyak di konsumsi[penggunaan barang-barang (spt hasil pertanian, perusahaan, dll)]. oleh negara-negara Muslim, kita sebagai masyarakat Muslim tidak terkecuali sedang menghadapi masalah penyakit masyarakat yakni hilangnya rasa malu,kekerasan dan seks bebas.
Oleh itu, saya mohon kepada semua umat Islam untuk memeriksa terlebih dahulu bahan-bahan produk yang akan kita konsumsi dan mencocokkannya dengan daftar kod E-CODES berikut ini. Jika ditemukan kod-kod berikut ini dalam kemasan produk yang akan kita beli, maka hendaknya dapat dihindari karena produk dengan kod-kod tersebut dibawah ini mengandung lemak babi.
E100, E110, E120, E 140, E141, E153, E210, E213, E214, E216, E234,
E252,E270, E280, E325,E326, E327, E334, E335, E336, E337, E422, E430,
E431, E432, E433,E434, E435, E436, E440,E470, E471, E472, E473, E474,
E475,E476, E477, E478, E481, E482, E483,E491, E492, E493,
E494, E495, E542,E570, E572, E631, E635, E904.
Adalah tanggung jawab kita semua sebagai umat Islam untuk mengikuti syariat Islam dan juga memberitahukan informasi ini kepada saudara kita.
Tuesday, February 28, 2012
Wednesday, February 8, 2012
BERITA : MUKA HADAPAN UTUSAN MALAYSIA 080212 : WUJUD AKTA KHAS IKLAN

Wujud akta khas iklan
KUALA LUMPUR 7 Feb. - Kerajaan digesa mewujudkan akta yang mewajibkan setiap iklan terutama berkaitan produk makanan dan minuman supaya mempamerkan logo halal.
Desakan itu dibuat oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) berikutan lambakan produk yang diiklankan terutama menerusi kaca televisyen ketika ini tidak diketahui statusnya.
Apa yang membimbangkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) terbabit adalah sikap pengguna di negara ini yang disifatkan sebagai belum cukup 'bijak' untuk menilai sesuatu produk itu sendiri.
Pegawai Kerja PPIM, Mohd. Mustaffa Hamzah berkata, hanya tindakan penguatkuasaan mampu memastikan semua pihak terbabit dalam menerbit atau menyiarkan iklan lebih peka terhadap sensitiviti pengguna Islam.
"Industri halal yang mendapat pensijilan halal dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), perlulah mempamerkan logo halal pada setiap iklan yang disiarkan di media massa.
"Bagi produk makanan yang tidak mempunyai logo halal pula, kenyataan seperti 'produk ini tidak mempunyai pengesahan halal daripada Jakim' perlu dinyatakan dengan jelas," katanya berhubung aspek utama yang perlu dimasukkan di dalam akta khas tersebut.
Mustaffa yang ditemui Utusan Malaysia di sini baru-baru ini berkata, adalah penting untuk kerajaan menggubal akta khas itu bagi memastikan pemain industri yang memandang ringan perkara tersebut dikenakan hukuman setimpal.
"Mengambil contoh satu produk minyak sapi QBB Pure Ghee yang ditarik balik pensijilan halal pada 2010, namun ia terus diiklankan di kaca televisyen tanpa disedari pengguna tentang status produk tersebut pada masa itu.
"Hal sebegini terjadi kerana tiada pemantauan pihak kerajaan serta tiada tindakan undang-undang yang boleh diambil terhadap syarikat mengiklankan produk itu," katanya.
Memandang serius perkara tersebut, PPIM kata Mustaffa, telah menghantar cadangan kepada Jawatankuasa Pemantau Iklan yang terletak di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan untuk memastikan gesaan tersebut diketahui di peringkat akar umbi.
Pada masa sama, katanya, PPIM berharap Kementerian Dalam Negeri dapat melibatkan persatuan pengguna sebagai Ahli Jawatankuasa Lembaga Penapisan Filem bagi melakukan pemantauan dengan lebih tegas untuk memastikan tiada lagi iklan mengelirukan terutamanya berkaitan dengan produk makanan.
Sementara itu, menurut Pengarah Komunikasi FOMCA, Mohd. Yusof Abdul Rahman, penggubalan akta khas penting berikutan pada masa ini, syarikat pengiklan hanya terikat dengan Kod Amalan Periklanan Malaysia sahaja.
Bagaimanapun, katanya, tiada tindakan undang-undang yang boleh dikenakan kepada syarikat melanggar kod tersebut kerana ia hanyalah garis panduan untuk pengiklan, agensi pengiklanan dan media semata-mata.
Kata Mohd. Yusof, pengiklan yang tidak bertanggungjawab dengan mudah akan memperdayakan pengguna.
"Sekiranya terdapat iklan menyentuh sensitiviti masyarakat di negara ini contohnya, hanya agensi media menyiarkan iklan tersebut dikenakan tindakan.
"Sebaliknya, pengiklan dan agensi pengiklanan terbabit terlepas begitu sahaja. Sehubungan itu, FOMCA berharap hukuman lebih menyeluruh dan tidak berat sebelah adalah perlu," katanya.
Sumber
http://www.utusan.com.my/utusan/info.aspy=2012&dt=0208&pub=utusan_malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_02.htm&arc=hive
PERJUANGAN KAMI
ARKIB ARTIKEL
-
▼
2026
(117)
-
▼
March
(41)
- PPIM DESAK KERAJAAN TUTUP KELOMPONGAN INDUSTRI E-H...
- EKOSISTEM E-HAILING, P-HAILING 'KRITIKAL', ANCAM K...
- E-HAILING: PPIM TUNTUT WUJUD PANGKALAN DATA SENARA...
- PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA DEDAH TAKTIK TID...
- PAKEJ 'PERCUMA' TELCO PERANGKAP PENGGUNA, PPIM DES...
- PPIM SELAR TAKTIK 'SEMBELIH' PELANGGAN GUNA TALIAN...
- AKTIVITI | TARAWIH PPIM 1447H MELABUHKAN TIRAI: SY...
- PENGGUNA TERPERANGKAP, PPIM DAKWA TELCO KENAKAN CA...
- PPIM BONGKAR TAKTIK KOTOR SYARIKAT TELCO: CAJ TERS...
- SPM - JANGAN BAZIR, BELANJA RAYA - BERITA RTM - 17...
- AKTIVITI | SELAMAT PAGI MALAYSIA: JANGAN BAZIR BEL...
- AKTIVITI | PERJUMPAAN KETUA AKTIVIS PPIM BERSAMA P...
- PERARAKAN HARI WANITA TAMPIL INDIVIDU LGBT MENGHIN...
- PERARAKAN HARI WANITA MUNCUL INDIVIDU LGBT MENGHIN...
- PPIM BUAT LAPORAN POLIS DAKWA HIMPUNAN HARI WANITA...
- NGO DIDAKWA PROMOSI LGBT DALAM HIMPUNAN HARI WANIT...
- NGO DIDAKWA PROMOSI LGBT AKAN DILAPOR POLIS - KOSM...
- PPIM BUAT LAPORAN POLIS DAKWA HIMPUNAN HARI WANITA...
- “SIAPA DALANG PERHIMPUNAN LGBT DI MALAYSIA? NILAI ...
- AKTIVITI | PERJUMPAAN KETUA AKTIVIS PPIM BERSAMA H...
- AKTIVITI | MAJLIS IFTAR RAMADHAN DAN PENYAMPAIAN S...
- MALAYSIA'S RAMADAN BAZAARS: FROM FOOD STOPS TO FUL...
- LONGER, BIGGER, LOUDER: MALAYSIA'S RAMADAN BAZAARS...
- AKTIVITI | PERJUMPAAN PPIM BERSAMA MALAYSIA BAR CO...
- PODCAST PPIM | ISU BLR & KONTRAK PINJAMAN BANK: PE...
- JUADAH BASI, BERULAT 'IGAU' BAZAR RAMADAN - KOSMO ...
- BINA KEKUATAN MENTAL DAN ROHANI - METRO AHAD - 01/...
- AKTIVITI | SIDANG TERGEMPAR DAN SIDANG MEDIA ISU S...
- HARAM JUAL MAKANAN SUDAH ROSAK, TIDAK BERKUALITI -...
- BINA KEKUATAN MENTAL DAN ROHANI - HARIAN METRO - 0...
- PPIM KELUAR KENYATAAN PENJELASAN: TIADA KAITAN DEN...
- PPIM NAFI ADA HUBUNGAN DENGAN GABUNGAN E-HAILING M...
- PPIM TEGASKAN TIADA KAITAN DENGAN GABUNGAN EHAILIN...
- PPIM NASIHAT AGAR TIDAK TERPEDAYA, GEM BUKAN DIBAW...
- PPIM ULANGI PENDIRIAN, TIADA SEBARANG KAITAN DENGA...
- PPIM TEGASKAN TIADA HUBUNGAN DENGAN GEM - UTUSAN M...
- AKTIVITI | SIRI MINGGU KE-40: BERKEBUN DI KEBUN BA...
- SNEK KOREA TIDAK SENARAIKAN RAMUAN TIDAK HALAL, PP...
- SNEK KOREA TIDAK MENYENARAIKAN BAHAN TIDAK HALAL D...
- SNEK IMPORT KOREA DISYAKI MENGANDUNGI ‘BABI’ SECAR...
- DAKWA SNEK IMPORT KOREA TIDAK NYATAKAN KANDUNGAN B...
-
▼
March
(41)





















