Showing posts with label LOGO HALAL. Show all posts
Showing posts with label LOGO HALAL. Show all posts

Thursday, January 16, 2025

LOGO HALAL: JAKIM PERLU TINGKAT PEMANTAUAN DI SEMUA PREMIS - SINAR HARIAN - 16/01/2025

Artikel oleh: Sinar Harian

LOGO HALAL: JAKIM PERLU TINGKAT PEMANTAUAN DI SEMUA PREMIS

LOGO HALAL: JAKIM PERLU TINGKAT PEMANTAUAN DI SEMUA PREMIS - SINAR HARIAN - 16/01/2025

 

SHAH ALAM – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) perlu meningkatkan pemantauan dan pemeriksaan menyeluruh ke semua premis yang menjual produk khususnya makanan secara berkala dan bukannya ketika sesuatu isu tular.

Ketua Pegawai Eksekutif Perikatan Gabungan NGO-NGO Islam Malaysia (ACCIN), Mohd Jamaludin Shamsudin berkata, selain pensijilan halal, sesi pemahaman tentang konsep dan kepentingan makanan halal dalam Islam bagi pengguna juga perlu dilaksanakan.

“Isu ini sebahagian daripada masalah lebih besar, terutama apabila semakin banyak kedai serbaneka menjual pelbagai makanan segera yang diimport tanpa sijil halal sah atau meragukan.

“Lebih membimbangkan apabila 70 peratus daripada makanan halal yang berada di pasaran negara dikuasai oleh pengusaha bukan Islam,” katanya kepada Sinar Harian.

Mohd Jamaludin mencadangkan supaya jawatan pegawai pematuhan halal diwujudkan bagi kedai serbaneka yang mempunyai banyak cawangan untuk memastikan perkara seumpama itu tidak berulang.

Dalam pada itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, Jakim perlu mengemaskini dan memperkukuh proses pengesahan halal agar ia lebih telus dan boleh dipercayai.

“Saya ingin cadangkan Jakim keluarkan kaedah lebih jelas dengan memastikan tiada produk haram dijual bersama barang halal yang akhirnya mengelirukan pengguna Islam.

“Penting untuk kita memastikan bahawa kedai yang mengaku menjual produk halal harus mempunyai SPHM (Sijil Pengesahan Halal Malaysia). Dengan ini, pengguna Islam akan lebih mudah berkunjung ke kedai tersebut tanpa ragu-ragu,” ujarnya.

Artikel oleh: Sinar Harian

LOGO HALAL: JAKIM PERLU TINGKAT PEMANTAUAN DI SEMUA PREMIS

https://www.sinarharian.com.my/article/707426/berita/nasional/logo-halal-jakim-perlu-tingkat-pemantauan-di-semua-premis

Monday, November 27, 2023

'ONE STANDARD HALAL LOGO GOOD ENOUGH' - THE SUN - 27/11/2023

 


KUALA LUMPUR: A recent proposal by the Malaysian Islamic Consumer Association (PPIM) to have colour-coded halal logos is unnecessary, said the Department of Islamic Development Malaysia (Jakim).

“A single halal logo provides clarity, convenience and uniformity among Muslim and non-Muslim consumers and businesses, so there is no need for multiple, colour-coded ones,” its spokesman said.

PPIM has called for halal logos to be classified into several types according to colour, such as green for companies owned by Muslims, orange for companies owned by Muslims in partnership with non-Muslims, and red for companies owned by non-Muslims.

It first made its proposal on social media in July 2020, before the matter went viral again recently on TikTok and X.

In a statement to theSun, the Halal Management Division said while Jakim maintains that colour coding of halal logos is unnecessary, it does not oppose PPIM’s proposal, adding that it is more important to maintain a rigorous and consistent halal certification system.

“Jakim assesses each stage of the halal process to ensure strict compliance with Islamic principles, hygiene standards and specific requirements.

“As a federal government agency that administers Islamic affairs in the country, our halal certification is recognised locally and abroad.”

The spokesman said Jakim acknowledges that PPIM’s suggestion promotes Muslim products and recognises it as a commendable endeavour to foster economic growth among Muslim entrepreneurs, adding that it also encourages the use of products and services produced by them.

“However, the government through Jakim and the State Islamic Religious Council have created and implemented an integrated halal assessment mechanism.

“The halal industry can use different coloured logos that match the colour of the packaging used for each product.

“Companies must also ensure that the logo specifications meet the criteria set under clause 17(6)j of the Malaysian Halal Certification Procedure Manual (Domestic) 2020.

“The division hopes the issue of multiple logos will come to an end. We call on consumers to trust our procedures and management of halal certification.

“Jakim has also received ISO/IEC 17065 accreditation from the Standard and Industrial Research Institute of Malaysia, so our procedures are implemented strictly.”

International Islamic University Malaysia Political Science Department head Assoc Prof Dr Syaza Shukri said a single halal logo is sufficient for the halal industry.

“This proposal could have negative consequences because, from a religious perspective, halal is halal, and there is no need for colour-coded logos based on the ownership of the companies.

“A single, universally recognised halal logo is more beneficial and sufficient for consumers and businesses.”

She said matters like this could unnecessarily escalate and cause consumer confusion, potential divisions within the Muslim community and the alienation of non-Muslim consumers.

“The proposal to have multiple halal logos could create unnecessary complexity and undermine the unity and inclusivity of the halal marketplace.

“For no reason, it would plant the idea that Muslims and non-Muslims cannot shop at the same venue in the country.

“It could also come to a point at which it is no longer about the halal certification but a question of segregation by race,” she said.

Article by: The Sun

'ONE STANDARD HALAL LOGO GOOD ENOUGH'

https://thesun.my/local/no-need-for-multiple-halal-logos-says-jakim-GO11796022

Monday, July 12, 2021

5780) HALAL KE TAK APA YANG KORANG MAKAN TU? - TV.PPIM - 11/07/2021

Cari dulu logo halal sebelum beli!

Jangan main tibai je makan tak check logo halal. Tak berkat hidup nanti!

Semak logo halal lain yang diiktiraf JAKIM di sini: http://www.halal.gov.my/v4/index.php?...


Ikuti TikTok PPIM untuk lebih banyak info cepat di hujung jari anda!

TikTok PPIM: https://vt.tiktok.com/ZGJhsYcyR/

Wednesday, October 7, 2015

2874) PENYELARASAN LOGO HALAL: @JAKIMOfficial DISARAN WUJUDKAN APLIKASI HALAL & GUNA PELEKAT HOLOGRAM

Persatuan Perlindungan Pengguna Malaysia (PPPM) mencadangkan agar Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyelaraskan logo halal di seluruh negara dengan menggunakan pelekat hologram.

Presi­dennya, Datuk Mohd. Fir­daus Abdullah berkata, dengan cara demikian, pengguna boleh memeriksa dengan mudah kesahihan logo tersebut melalui mesin pengimbas di premis-premis perniagaan.

“Untuk melaksanakan kaedah ini, premis perniagaan perlu bekerjasama dengan menyediakan mesin pengimbas bagi memudahkan pengguna mengesan sama ada logo yang dipamerkan sah atau tidak.

http://ppim4u.blogspot.my/2015/10/utusan-5102015-logo-halal-mana-satu-asli.html
“Dalam masa sama, PPPM menyokong penuh saranan aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan supaya Jakim mewujudkan aplikasi halal,” kata­nya.

Beliau mengulas laporan khas Utusan Malaysia semalam mengenai produk-produk makanan import yang menggunakan pelbagai jenis logo halal sehingga boleh mengelirukan pengguna.


Mengulas lanjut, Mohd. Firdaus berkata, negara ASEAN juga perlu mewujudkan tanda halal standard sebagai permulaan sebelum diperluaskan ke peringkat dunia melalui Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).- UTUSAN

CONTOH PELEKAT HOLOGRAM LOGO HALAL  


Semakan online Status Halal Jakim

  • Untuk semakan online - sila klik SINI
  • Semakan Status Halal melalui SMS - Taip HALAL<jarak>SEMAK<jarak>No. Pendaftaran Syarikat (ROC) dan hantar ke 15888
Contoh: HALAL SEMAK 12345X
Cara Mengenali Logo Halal Yang SAH

Oleh kerana terdapat pelbagai produk yang telah memalsukan logo halal mereka untuk mendapat tempat di pasaran. Sebagai rujukan dan perkongsian bersama, berikut adalah cara kenali logo asal Halal yang dikeluarkan oleh Jabatab Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).



Tuesday, July 8, 2014

2040) BERITA HARIAN 8/7/2014 - Pilih kedai makan ada sijil, logo halal


Headline: Pilih kedai makan ada sijil, logo halal
Publication: BH
Date of publication: Jul 8, 2014
Section heading: Main Section
Page number: 013

Kuala Lumpur: Umat Islam perlu memastikan restoran, hotel atau kedai makan yang dikunjungi untuk berbuka puasa mempunyai sijil atau logo halal bagi memastikan kesahihan status halal makanan yang disediakan, selari dengan tuntutan syariat Islam.

Setiausaha Agung Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Dr Ma'amor Osman, berkata tindakan itu perlu kerana berbuka adalah sebahagian daripada ibadat puasa.

Justeru, katanya, adalah menjadi tanggungjawab setiap umat Islam untuk memastikan setiap juadah untuk berbuka puasa adalah daripada sumber yang disahkan halal dan tidak mendatangkan kemudaratan kepada diri.

"Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) serta Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) pula perlu mengambil tindakan lebih tegas terhadap mana-mana kedai makan, restoran atau hotel yang menyalahguna logo halal palsu atau menawarkan bufet Ramadan tanpa kebenaran.

Perlu tindakan tegas

"Tindakan tegas perlu bagi memastikan tiada pihak yang akan ambil kesempatan kaut keuntungan mudah dengan mempromosi bufet Ramadan tanpa kebenaran JAKIM atau MAIN," katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas tindakan JAKIM menyerbu sebuah restoran terkemuka di ibu negara kerana mempromosi bufet Ramadan tanpa pengesahan sijil halal JAKIM, selain turut menjual minuman keras.

Dr Ma'amor juga mengingatkan umat Islam supaya tidak membazirkan wang dengan mengunjungi restoran atau hotel yang menawarkan bufet Ramadan yang mencecah ratusan ringgit kerana pembuatan itu amat dimurkai oleh Allah.


Monday, October 24, 2011

ADUAN PILIHAN : CARREFOUR HALAL?




Apakah signifikannya logo halal ini untuk Carrefour ini? Adakah Carrefour ini hanya menjual produk halal? Tiada arak atau daging babi?

Friday, December 24, 2010

Berita Harian Online | Logo halal lebih ‘mahal’ daripada nilai produk

Berita Harian Online | Logo halal lebih ‘mahal’ daripada nilai produk

LOGO halal yang tidak diiktiraf JAKIM dibuang dalam operasi di restoran di ibu negara. - Gambar hiasan


UMUM melihat penggunaan logo dan sistem pensijilan halal semata-mata untuk kepentingan pengguna Melayu Muslim di negara ini membuat pilihan barangan di pasaran tanpa ragu-ragu.

Namun, selepas diperkenalkan hampir 10 tahun, perkembangannya amat mengejutkan kerana perkataan halal bukan lagi menjadi milik mutlak etnik Melayu Muslim bahkan semakin berkembang di persada antarabangsa.
Komuniti peniaga kebanyakan bukan Islam mula sedar kepentingan halal dan memohon supaya produk barangan mereka diberikan pengesahan halal. Perubahan ini memecah tembok sempadan perbezaan agama dan budaya yang menganggap piawaian halal hanya untuk penganut Islam.
Begitu juga, pemilik industri dari Amerika Syarikat, Jerman, Belanda, Australia dan New Zealand, yang membuat pelaburan besar di negara ini. Di Asia, Jepun dan Thailand juga mementingkan aspek ini.

Mereka menjadikan logo halal sebagai alat pemasaran untuk memenangi hati pengguna. Statistik 2010 menunjukkan 74.7 peratus pemegang sijil halal Malaysia adalah bukan Bumiputera untuk kategori produk, premis makanan dan rumah sembelihan.

Jumlah keseluruhan pemegang sijil halal Malaysia bagi 2008-2010 (sehingga Oktober) ialah sebanyak 3,889. Jumlah ini dijangka meningkat selepas pindaan Akta Perihal Dagangan 1972 yang dijangka berkuatkuasa tahun depan.

Golongan pengeluar meletakkan nilai logo halal pada barangan mereka lebih mahal dan bernilai berbanding produk dikeluarkan. Ada berpandangan, tanpa logo halal rasmi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) atau Jabatan/ Majlis Agama Islam, sukar untuk memasarkan produk.
Malah, dalam keadaan tertentu pengguna akan mempertikaikannya. Kini halal menjadi nilai komersial yang penting mengatasi sempadan bangsa, agama dan antarabangsa.

Kita mungkin tertanya mengapa logo halal dikeluarkan di negara ini digandingkan dengan perkataan Malaysia, iaitu Halal Malaysia. Pada perspektif syarak, perkataan halal sudah cukup sebagai penunjuk aras barangan itu dibenarkan atau harus digunakan dari segi hukum, keselamatan dan mutu.

Inilah keunikan di Malaysia. Sebelum penandaan halal menjadi faktor penting dalam dunia perniagaan hari ini, sensitiviti halal sudah tertanam kukuh dalam kebudayaan masyarakat Islam terutama bagi sumber makanan dan produk barangan gunaan harian.

Namun, penggunaan bahan dan barangan ringkas lebih-lebih lagi dalam produk makanan pada masa lalu menyebabkan pelabelan ini tidak dipandang penting berbanding hari ini. Tambahan, pengetahuan dan kesedaran masyarakat Islam terhadap kandungan bahan mentah tidak begitu diberi perhatian.

JAKIM sebagai badan penyelaras pensijilan halal di Malaysia sudah memperkenalkan logo halal Malaysia yang standard bagi menjawab segala persoalan kerana Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) turut mengeluarkan logo halal masing-masing yang mempunyai identiti tersendiri.

Sebagai panduan kepada pengguna, logo dikeluarkan secara rasmi kepada premis pemohon ialah berwarna hitam pekat. Bagi memudahkan pihak pengeluar, mereka dibenar menggunakan warna lain mengikut produk dihasilkan asalkan tidak sedikitpun merubah spesifikasi logo asal.

Dengan penggunaan satu logo mulai 2007, maka secara langsung logo lama yang masih beredar di pasaran tercatat perkataan JAKIM, JAIN atau Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dijangka akan dihapuskan secara berperingkat.

Tujuan utama pengenalan logo ini untuk penyelarasan selain menghapuskan penggunaan logo halal palsu dan sebarang logo halal yang tidak disahkan pihak berkuasa negara Islam. Logo halal digunakan premis tanpa pengesahan rasmi JAKIM/JAIN tidak boleh dipertanggungjawabkan sungguhpun penggunaannya tiada sekatan dari sudut perundangan.

Pembentangan Bajet 2010 membuktikan keprihatinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menitikberatkan perkhidmatan dan produk halal kerana Malaysia kini dikenali di mata dunia sebagai hab makanan dan produk halal.

Bagi tujuan itu juga, JAKIM bekerjasama dengan pelbagai pihak berkaitan untuk mempertingkatkan keupayaan sistem pensijilan halal dengan penyeragaman mekanisme pensijilan halal mematuhi standard dan prosedur mengikut keperluan ISO/IEC Guide 65.

Malaysia menerusi Jabatan Standard Malaysia juga menerbitkan standard halal MS1500. Selain itu, latihan juga diberikan kepada juruaudit dan panel pengesahan halal negeri di samping pendedahan mengenai aplikasi sistem e-halal.

JAKIM bersama agensi berkaitan seperti Jabatan Pertanian Malaysia (JPM), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Halal Development Corporation (HDC), Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan badan pengguna serta pihak industri memainkan peranan penting dalam standard ini.

JPV bekerjasama dengan JAKIM memberi khidmat kepakaran teknikal dari sudut syarak bagi menentukan status halal daging dan produk berasaskan daging yang diimport.

Sehingga kini, sebanyak 50 badan Islam dari 24 buah negara mendapat pengiktirafan Malaysia malah tahun ini saja, JAKIM menerima 18 permohonan baru Badan Pensijilan Halal Luar Negara.

JAKIM tidak keseorangan dalam menguruskan pensijilan halal kerana HDC yang bertanggungjawab membangunkan industri halal dan mempromosikan halal di persada dunia turut membantu. Sebagai pertubuhan yang memperjuangkan kepentingan pengguna, PPIM berperanan menyebarkan maklumat berhubung isu halal kepada umum.

JAKIM akan mempertingkatkan kerjasama dengan Jabatan Kimia, Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, Institut Penyelidikan Teknologi Nuklear Malaysia (MINT), universiti dan semua pemain industri halal untuk memastikan pensijilan halal dikendalikan dengan cekap.

Penggunaan logo halal tidak lagi dipandang enteng tetapi berubah menjadi keperluan pihak industri pengeluar produk makanan dan barangan gunaan. Menerusi elemen halal, kerajaan berjaya menggalakkan persaingan perniagaan dan memastikan produk lebih berkualiti serta meyakinkan.

Sebenarnya kita tidak boleh memisahkan halal daripada sumber atau puncanya. Hanya pengguna yang bijak menggunakan hak akan memilih perkhidmatan produk halal yang sememangnya terjamin dari aspek keselamatan dan kebersihan seiring moto ‘Halal Malaysia Jaminan Terpilih’.

Penulis ialah Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL