Artikel oleh: Berita Harian
JAKIM DIGESA TEGAS PASTIKAN PAKEJ IFTAR ADA SIJIL HALAL
Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi bersama Timbalan Setiausaha Agung, En Zulkefli Mohamad menghadiri ke Sesi Focus Group Discussion Pembangunan Dasar Halal Negara 2025-2035 dan Pelan Tindakan Dasar Halal Negara (DHN 2035) anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di Ace Conference Center, KL.
Ucapan pembukaan majlis oleh YB Senator Dato' Setia Dr. Haji Mohd Na'im Bin Haji Mokhtar
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama Islam).
25 Ogos 2024 - Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi menghadiri ke Muktamar Masjid Se-Malaysia untuk pembebasan Al-Aqsa dan Palestin sempena sambutan Hari Masjid Sedunia 1446H anjuran Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.
Muktamar telah dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi menghadiri ke program International Conference of Religious Leaders 2024 anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di Sunway Resort Hotel, Petaling Jaya.
Objektif persidangan adalah untuk membangun wawasan tamadun bersama bagi menyatukan nilai kesederhanaan dan perpaduan, menangani ancaman pemikiran ekstremis dan mengubah konflik kepada persefahaman, kerjasama dan perpaduan.
PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) perlu bersikap terbuka dan telus dalam mendedahkan laporan audit melibatkan Thomas Food International (TFI) di Lobethal, Australia selepas rumah sembelihan haiwan itu menerima semula pensijilan halal mereka dan dibenarkan mengeksport daging ke Malaysia.
Bercakap kepada Mingguan Malaysia, Presiden Pertubuhan Kemasyarakatan Rakyat (Pekemas), Faizan Mohd. Nor berkata, keputusan Jakim itu bersama Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) menimbulkan persoalan yang dilihat mudah menarik balik penggantungan walaupun tidak sampai setahun tindakan itu dikenakan selepas menimbulkan kontroversi apabila prosedur penyembelihannya didakwa tidak mengikut syariat Islam.
“Isu ini telah menjadi isu nasional dan kepentingan awam, mengapa ia tidak didedahkan dan dijadikan dokumen awam, bagi memastikan rakyat dapat melihat sendiri melalui pembacaan bagaimana proses audit dijalankan.
“Jakim perlu bersikap terbuka apabila ia melibatkan isu kepentingan awam,” katanya di sini semalam.
JPV kelmarin mengesahkan penarikan balik penggantungan kelulusan eksport TFI selepas selesai melakukan proses pengauditan yang ketat di semua rumah sembelihan di negara itu pada tahun lalu.
TFI sebelum ini dibatalkan kelulusan kebenaran eksport oleh JPV dan Jakim pada14 Mei tahun lalu selepas Utusan Malaysia mendedahkan isu ketidakpatuhan prosedur halal rumah sembelihan itu.
Dalam pada itu, Faizan berkata, pihaknya tidak akan berdiam diri untuk terus membongkar isu penyembelihan halal diselia badan halal luar negara yang diiktiraf Jakim.
Katanya, isu penyembelihan tidak mematuhi prosedur halal yang didedahkan Pekemas sebelum ini membuka mata rakyat Malaysia betapa longgarnya pematuhan halal apabila melibatkan pusat penyembelihan luar negara.
Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, Jakim perlu menghebah dan menjelaskan alasan kelulusan tersebut bagi mengelakkan kekeliruan dan rakyat lebih yakin dengan status sijil halal yang diberikan kepada syarikat tersebut.
“Jakim perlu menerangkan apa yang berlaku walaupun akan timbul pelbagai reaksi dari rakyat, sama ada yang setuju atau tidak setuju.
"Persoalannya, adakah wujud kaedah baharu? Apakah kaedah yang diperbetul dan apa yang membuat Jakim mempersetujui sijil halal yang diberikan semula kepada syarikat tersebut,” katanya ketika dihubungi.
Nadzim berkata, Jakim juga perlu mengambil inisiatif meletakkan syarat dan kaedah baharu kepada syarikat tersebut bagi memastikan keyakinan serta kepercayaan rakyat terhadap integriti jabatan berkenaan.
“Sebagai contoh, Jakim boleh melantik pihak yang berautoriti atau pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk sentiasa ada di rumah penyembelihan dan dengan teknologi kini mungkin boleh memasang kamera yang disambungkan terus kepada Jakim,” katanya. – UTUSAN
Artikel oleh: Utusan Malaysia
JAKIM PERLU KEMUKA ALASAN TFI DAPAT SEMULA SIJIL HALAL
https://www.utusan.com.my/nasional/2023/05/jakim-perlu-kemuka-alasan-tfi-dapat-semula-sijil-halal/
PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) mengesahkan Akreditasi dan Pembangunan Halal Australia (AHDAA) bukan badan pensijilan halal yang diiktiraf pihaknya ketika ini.
Dalam satu kenyataan kepada Utusan Malaysia, Sekretariat Majlis Halal Malaysia Jakim memaklumkan, sehubungan itu, mana-mana rumah sembelih di bawah seliaan AHDAA tidak dibenarkan mengeksport produk daging mereka ke Malaysia.
Jelasnya, perkara itu tertakluk kepada Perintah 5 (1), Perintah Perihal Dagangan (Perakuan dan Penandaan Halal) 2011, iaitu semua makanan dan barang-barang import yang dipasarkan di Malaysia tidak boleh diperihalkan sebagai halal melainkan sudah diperakukan halal oleh badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf Jakim.
“(Bagaimanapun) Jakim mengambil maklum terhadap saranan supaya berhati-hati dalam memberi pengiktirafan kepada rumah sembelih halal luar negara.
“Jakim juga berterima kasih atas maklumat yang diberikan berkaitan ketidakpatuhan rumah sembelih halal luar negara ini dan mengambil maklum mengenai perkara ini,” katanya di sini semalam.
Akhbar ini sejak Selasa lalu mendedahkan pengakuan tiga bekas pekerja berhubung ketidakpatuhan halal sebuah rumah sembelihan di Brisbane, Queensland selepas isu sama berlaku di Thomas Food Industries (TFI) di Lobethal, Australia.
Rumah sembelihan yang mendapat pengiktirafan halal AHDAA itu menggunakan kaedah stunning iaitu menembak pelalian tekanan bagi melemahkan haiwan sebelum disembelih.
Namun cara berkenaan boleh mengakibatkan tempurung kepala haiwan pecah jika tidak dilakukan dengan betul, sekali gus mengakibatkan haiwan itu mati terlebih dahulu sebelum disembelih.
AHDAA dikatakan dalam proses mendapatkan kelulusan halal daripada Jakim untuk membenarkan produk daging dari semua rumah sembelihan di bawah penyeliaan mereka memasuki pasaran Malaysia.
Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan menggesa Jakim melantik pasukan pemantau di rumah-rumah sembelihan di luar negara bagi mengelak insiden pelanggaran protokol sembelihan halal dan isu daging import yang diragui status halalnya.
Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (Fomca), Mohd. Yusof Abdul Rahman pula meminta kerajaan mengambil iktibar insiden terdahulu dan mengetatkan proses pemantauan di rumah-rumah sembelihan.
Jika protokol halal ditetapkan gagal dipatuhi, Jakim perlu memberi amaran kepada badan pensijilan halal terlibat atau menamatkan perkhidmatan serta-merta.
Artikel oleh: Utusan Malaysia
JAKIM TIDAK IKTIRAF AHDAA
https://www.utusan.com.my/berita/2022/07/jakim-tidak-iktiraf-ahdaa/
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengalu-alukan pelantikan Datuk Hajah Hakimah Mohd Yusoff sebagai Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) yang baharu.
"Kami mengucapkan setinggi-tinggi tahniah kepada Datuk Hajah Hakimah di atas pelantikan beliau sebagai Ketua Pengarah JAKIM yang baru," kata Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan @Toqqi.
Kata beliau lagi, ini adalah satu lembaran baharu bagi jabatan ini kerana Datuk Hajah Hakimah adalah wanita pertama dilantik menjadi Ketua Pengarahnya.
"Kami merasakan pelantikan ini adalah tepat kerana Datuk Hajah Hakimah telah mempamerkan kepimpinan yang tegas dan berprinsip selama beliau di dalam JAKIM sehingga dilantik menjadi Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Dasar sebelum ini.
Ujar Toqqi lagi, kami yakin JAKIM akan mencapai kejayaan yang lebih cemerlang lagi dan berharap jabatan terpenting menjaga kemaslahatan umat ini akan lebih unggul dan lebih dihormati lagi.
"JAKIM dan PPIM selama ini telah menjadi rakan utama dalam perjuangan kami demi kepentingan umat Islam dan kami harap kerjasama dan kolaborasi yang lebih dengan pelantikan Datuk Hajah Hakimah ini," tambah Toqqi lagi.

Cari dulu logo halal sebelum beli!
Jangan main tibai je makan tak check logo halal. Tak berkat hidup nanti!
Semak logo halal lain yang diiktiraf JAKIM di sini: http://www.halal.gov.my/v4/index.php?...
Ikuti TikTok PPIM untuk lebih banyak info cepat di hujung jari anda!
TikTok PPIM: https://vt.tiktok.com/ZGJhsYcyR/