Showing posts with label VAKSIN HALAL. Show all posts
Showing posts with label VAKSIN HALAL. Show all posts

Wednesday, December 16, 2020

6155) VAKSIN SUMBER HARAM: SAMPAI BILA NAK GUNA ALASAN DARURAT? - MALAYSIA LOGOUT - 15/12/2020

 


Vaksin Sumber Haram : Sampai Bila Nak Guna Alasan Darurat? - Dato' Nadzim Johan.
Alasan "Darurat" kerap digunakan untuk menghalalkan penggunaan bahan haram di dalam vaksin. Rakyat bangkitkan kenapa negara Islam tidak buat sendiri? Alasan darurat pula selama mana ia terpakai. Takkan sekali darurat, selamanya darurat? Umat Islam tidak mampu berbuat apa-apakah untuk mengangkat status darurat tersebut?
Logout Malaysia menemu bual Datuk Nadzim Johan, Ketua Aktivis PPIM berkenaan isu ini

Artikel oleh: FB Logout Malaysia

VAKSIN SUMBER HARAM: SAMPAI BILA NAK GUNA ALASAN DARURAT?

https://www.facebook.com/logoutmalaysia/videos/218728693191776/

6153) VAKSIN: KAMI TUNGGU JAWAPAN KKM - LOGOUT MALAYSIA - 13/12/2020

 


KKM Bila Nak Jawab PPIM?
Bahan tidak halal, teknik mrNA yang akan merubah DNA manusia, chip, tracker dan sebagainya, kos, ruang sejuk beku -70 darjah, semua perkara ini penuh di dalam ruang-ruang perbincangan rakyat mengenai isu vaksin covid 19.
Terlalu banyak kegusaran ditimbulkan. Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendedahkan bahawa mereka telah menghubungi pihak KKM sejak sebulan lepas untuk maklumat lanjut. Tetapi sehingga kini, belum ada maklumbalas.
Logout Malaysia menemubual Datuk Nadzim Johan, Ketua Aktivis PPIM berkenaan isu ini.


Artikel oleh: FB Logout Malaysia

VAKSIN: KAMI TUNGGU JAWAPAN KKM

Saturday, November 28, 2020

6103) SUDAH SAMPAI MASANYA MALAYSIA BANGUNKAN VAKSIN SENDIRI - PPIM - ASTRO AWANI - 27/11/2020

 


KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendesak agar kerajaan berusaha ke arah melaksanakan kajian dan pembangunan dalam menghasilkan vaksin sendiri yang mungkin lebih diyakini oleh masyarakat dari segi aspek penggunaannya.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan pada Jumaat, perkara itu juga adalah jalan bagi menyelesaikan kemelut isu yang membabitkan umat Islam bukan sahaja ketika membincangkan vaksin bagi COVID-19 tetapi juga membabitkan masalah dalam kalangan jemaah haji dan umrah yang perlu mendapatkan suntikan berkenan.

“Umat Islam khususnya, juga terpaksa berhadapan dengan keadaan darurat apabila terpaksa divaksinasi dengan vaksin yang mempunyai unsur-unsur haram setiap kali menunaikan Haji dan Umrah.

"Walaupun diharuskan pengambilannya oleh Majlis Fatwa Kebangsaan, kita perlu peka dan bertanya sampai bila kita harus bergantung kepada keputusan fatwa ini sedangkan kita mempunyai kemampuan dari segi kepakaran dan kewangan yang cukup untuk membangunkan vaksin, khususnya vaksin halal.

"Setakat ini Malaysia mengimpot sepenuhnya keperluan vaksin negara yang sudah tentunya menelan belanja berbillion-billion ringgit,“ kata kenyataan tersebut.

Justeru PPIM menggesa agar diwujudkan satu agensi khas yang bertindak sebagai badan atau organisasi bagi tujuan pembangunan vaksin memandangkan ancaman wabak yang semakin membimbangkan.

“Sehingga kini, negara masih lagi belum mempunyai pusat atau mana-mana agensi yang menjurus ke arah penghasilan vaksin berikutan ketiadaan infrastruktur yang diperlukan, walaupun negara mempunyai sejumlah pakar vaksin yang berkelayakan, “ kata kenyataan itu lagi.

Tambah PPIM, ia jelasnya berbeza dengan keadaan negara-negara ASEAN seperti Indonesia, Vietnam dan Thailand yang sudah pun memperkasakan kepakaran, kemudahan dan keupayaan mereka untuk menghasilkan vaksin sendiri.

"Dan kita yakin Malaysia mempunyai beberapa kelebihan dari segi kemudahan infrastruktur, pakar-pakar dan kewangan yang kukuh," ujar PPIM.


Artikel oleh: Astro Awani

SUDAH SAMPAI MASANYA MALAYSIA BANGUNKAN VAKSIN SENDIRI - PPIM

Friday, November 27, 2020

6101) PEMBANGUNAN VAKSIN TEMPATAN PERLU DISEGERAKAN - KENYATAAN AKHBAR PPIM - 27/11/2020


Penularan COVID-19 seharusnya menjadi satu pengajaran buat negara ini tentang betapa kritikalnya kita mengorak langkah membangun dan menghasilkan vaksin sendiri yang pasti menitikberatkan aspek halal.

Umat Islam khususnya, juga terpaksa berhadapan dengan keadaan darurat apabila terpaksa divaksinasi dengan vaksin yang mempunyai unsur-unsur haram setiap kali menunaikan haji dan umrah. Walaupun diharuskan pengambilannya oleh Majlis Fatwa Kebangsaan, kita perlu peka dan bertanya sampai bila kita harus bergantung kepada keputusan fatwa ini sedangkan kita mempunyai kemampuan dari segi kepakaran dan kewangan yang cukup untuk membangunkan vaksin, khususnya vaksin halal.

Setakat ini, Malaysia mengimport sepenuhnya keperluan vaksin negara yang sudah tentunya menelan belanja berbilion-bilion ringgit. Dengan penularan wabak COVID-19 ini negara terpaksa menyediakan dana yang lebih untuk mengvaksinasi sekurang-kurangnya 70 peratus atau lebih 20 juta rakyat Malaysia untuk mencapai tahap ‘herd immunity’.

Sehingga kini, negara masih lagi belum mempunyai pusat atau mana-mana agensi yang menjurus ke arah penghasilan vaksin berikutan ketiadaan infrastruktur yang diperlukan, walaupun negara mempunyai sejumlah pakar vaksin yang berkelayakan.

Kami menggesa kerajaan agar mewujudkan satu agensi khusus untuk pembangunan vaksin memandangkan ancaman wabak kini semakin membimbangkan. Kita telah berhadapan dengan gejala virus Nipah, SARS, MERS-CoV dan lain-lain tetapi kita juga harus bersedia untuk menghadapi kemungkinan penularan semula wabak-wabak ini seperti penularan semula wabak Tuberculosis, Kusta, Polio dan sebagainya.

Negara-negara ASEAN seperti Indonesia, Vietnam dan Thailand sudah pun memperkasakan kepakaran, kemudahan dan keupayaan mereka untuk menghasilkan vaksin sendiri, dan kita yakin Malaysia mempunyai beberapa kelebihan dari segi kemudahan infrastruktur, pakar-pakar dan kewangan yang kukuh.

Sampai bila negara perlu menagih ikhsan dari negara pengeluar untuk mendapatkan bekalan vaksin yang mencukupi berikutan penularan pantas seperti COVID-19 ini? Negara pengeluar sudah pasti akan mengutamakan penduduk mereka dahulu sebelum mengeksport bahan itu kepada negara luar.

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL