Hujung minggu masa bersama masyarakat. Alhamdulillah Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) melalui Ketua Aktivis mereka Ybhg. Dato’ Nadzim Johan telah menyumbang susu ILHAM kepada keluarga-keluarga yang memerlukan khususnya yang ada anak-anak kecil di Perumahan Rakyat Seri Perlis 2, Keramat.
Gembira tengok kaum ibu, suri rumah dan anak-anak mereka dapat bantuan makanan yang berkhasiat halalan tayyiban keluaran produk Muslim yang berkualiti.
Di Desa Pandan, program Rakan Muda Day Out bersama
MAYC TITIWANGSA
dan Malaysia Outreach Volunteer Experience - MOVE
turut sama membantu golongan yang memerlukan - asnaf dan belia asnaf. Bantuan berupa bakul makanan berkhasiat dan juga sedikit wang saku untuk belia asnaf. Kali ini konsep pandu lalu sahaja kerana kawasan zon merah. Tidak boleh berkumpul ramai. PPIM, MAYC dan MOVE tidak lupa juga JBSN KL, aktivis anak muda dari Desa Pandan dan Kelab Pemuda Kg. Bharu! Warga Titiwangsa amat berterima kasih kepada anda!
Artikel oleh: Wan Ahmad Fayhsal
HUJUNG MINGGU MASA BERSAMA MASYARAKAT
No comments:
Post a Comment