Wednesday, April 5, 2023

[VIDEO] "BAGUSLAH KENAKAN CUKAI VAPE" - BULETIN TV3 - 04/04/2023

 

PETALING JAYA : “Baguslah kenakan cukai vape!”

Demikian komen Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan apabila disoal mengenai tindakan kerajaan yang mengenakan cukai ke atas vape.

Kata Datuk Nadzim, perkara itu sepatutnya dilaksanakan sejak dahulu lagi.

“Baguslah! Kenalah ada cukai, takkanlah dia (vape) saja tiada cukai. Tidak boleh begitu.

Sepatutnya dari dulu lagi. Ini kalau kita nak tahan (dari hisap vape) pun, tidak jadi juga sebab orang akan tetap buat”

“Jadi saya rasa memang itu akan beri pendapatan kepada negara, jadi memang perlu dicukaikan,” katanya ketika ditemui Buletin TV3 di pejabat PPIM.

Diaju sama ada perkara itu bakal membebankan peniaga dan pengguna pada masa akan datang, katanya itu tidak menjadi masalah.

“Sebelum ini semua benda ada cukai. Makanan ada cukai, baju ada cukai. Jadi pelaksanaan cukai itu memang perlu dilaksanakan,” katanya.

Namun, beliau mengharapkan kerajaan dapat memperhalusi perkara itu di dalam pembentangan Rang Undang-Undang berkaitan kawalan produk merokok termasuk rokok elektronik atau peranti pengewapan elektronik pada sidang Parlimen Mei 2023.

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, pelaksanaan cukai tersebut bakal menyebabkan produk vape tidak murah seperti sekarang sekali gus menyukarkan pembeliannya.

Katanya di Dewan Rakyat, mengharamkan vape atau merokok itu agak extrem dan drastik serta tidak mampu dilakukan oleh mana-mana negara di dunia kerana ramai yang memilih untuk merokok.

Artikel oleh: Buletin TV3

[VIDEO] "BAGUSLAH KENAKAN CUKAI VAPE"

https://www.buletintv3.my/nasional/baguslah-kenakan-cukai-vape/

No comments:

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL