Artikel oleh: Harian Metro
TUNGGAKAN DAH JADI RM16,000
KUALA LUMPUR, April 12 - Tidak masuk akal! Itu yang dihadapi seorang lelaki yang perlu membayar caj penarikan dan penyimpanan kereta sebanyak RM16,000 walaupun bayaran tertunggak berjumlah RM3,200 sudah dilunaskan pada hari yang sama.
Pada kejadian 31 Mac baru-baru ini,
arahan penarikan kereta mangsa oleh syarikat pinjaman berlesen itu didakwa
dibuat tanpa mengikut lunas undang-undang yang mana mangsa sudah pun membayar
lebih 85 peratus pinjaman kenderaan.
Mangsa yang mahu dikenali sebagai Haris,
37, berkata, isterinya didatangi 4 individu daripada syarikat berkenaan ketika
ingin mengambil ketiga-tiga anak mereka daripada sekolah.
“Kereta terus dirampas oleh 4 individu
tidak dikenali itu di hadapan anak kami.
“Kemudian saya segera menghubungi
syarikat pinjaman itu untuk menyelesaikan tunggakan dan membayarnya pada hari
yang sama.
“Namun, apa yang mengejutkan syarikat itu
menuntut saya membayar kos tidak masuk akal berjumlah lebih RM16,000 untuk
membolehkan kereta saya dilepaskan dari simpanan mereka,” katanya pada sidang
media di Pejabat PPIM di sini, hari ini.
Menurut Haris, tunggakan dua bulan kereta
itu sepatutnya berjumlah RM2,400 sahaja namun diberitahu terdapat caj faedah
dikenakan menjadikan jumlah tunggakan bertambah sehingga RM3,200.
Jelasnya, dia membayar sebanyak RM3,600
dan cuba berbincang dengan pihak syarikat, namun mereka berkeras untuk menahan
kereta tersebut sehingga bayaran penuh termasuk caj penyimpanan, caj
penyerahan, caj pengambilan semula serta caj-caj lain berjumlah RM16,000
dijelaskan.
“Saya berasa teraniaya dengan caj tidak
masuk akal dikenakan syarikat itu sedangkan ansuran kereta hanya tinggal
setahun sahaja untuk diselesaikan.
“Sehingga hari ini, status kereta itu
tidak jelas dan tidak tahu ditempatkan di mana. Syarikat enggan bertolak ansur
walaupun tunggakan sudah dijelaskan lebih daripada yang sepatutnya,” katanya.
Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan
Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata, kes tersebut bukti
jelas pihak syarikat pemberi pinjaman sewenang-wenangnya mengenakan cas dan
menekan pengguna dengan kos yang tidak munasabah.
Susulan itu, PPIM menggesa pihak berwajib
yang diamanahkan dan kerajaan supaya dapat memantau tekanan yang dikenakan
keatas pengguna.
“Saya difahamkan syarikat ini berdaftar
di bawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan bagi memberikan pinjaman kepada pengguna.
“Namun, syarikat terbabit didapati
menganiaya pengguna dengan mengenakan caj tersorok yang tidak munasabah dan
penarikan kereta juga dilakukan tanpa mengikut prosedur ditetapkan mengikut
Akta Sewa Beli 1967,” katanya.
Dalam pada itu, beliau berharap kerajaan
dapat memantau pengstrukturan transaksi oleh syarikat pinjaman berlesen di
bawah KPKT bagi mengelakkan penipuan dan penindasan terhadap peminjam.
“Yang jadi persoalan sekarang, siapa yang
bertanggungjawab dan tetapkan kos simpanan sehingga RM5,000, siapa boleh beri
justifikasi?
Kuala Lumpur: Kerana tunggakan pinjaman kenderaan sebanyak RM3,200, seorang lelaki kini terpaksa menanggung beban hutang lebih RM16,000 yang dikenakan syarikat pinjaman berlesen.
Mangsa dikenali Haris, 37, berkata, jumlah itu susulan caj tidak masuk akal dikenakan susulan penarikan kenderaan utiliti sukan (SUV) itu yang dibelinya atas nama isteri.
Dia sebelum ini membuat pinjaman dengan syarikat berkenaan untuk membeli sebuah SUV dan bayaran bulanan tertunggak yang menyebabkan kenderaan itu ditarik pada 31 Mac lalu.
"Pada hari kejadian, isteri memandu SUV itu untuk mengambil anak di sekolah sebelum didatangi empat kakitangan syarikat berkenaan. Dua daripadanya mengetuk cermin kenderaan dan menunjukkan surat tarik kerana dakwa ada tunggakan bayaran.
"Isteri terus menghubungi saya yang ketika itu ada di tempat kerja. Hampir setengah jam juga saya cuba berunding dengan mereka, namun mereka berkeras untuk menarik kereta," katanya pada sidang media di pejabat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di sini hari ini.
Haris berkata, kakitangan syarikat itu menghantar isteri dan anaknya pulang ke rumah terlebih dahulu sebelum membawa pergi SUV itu yang kini tidak diketahui di mana lokasi penyimpanannya.
Apa yang dikesalkannya adalah jumlah tunggakan pinjaman yang bermula RM2,400, meningkat kepada RM3,200 kerana faedah, sebelum menjadi RM16,000 jika mahu menuntut SUV itu.
Haris berkata, dia sudah membayar RM3,600, lebih RM400 daripada kadar tunggakan pada jam 4 petang hari kejadian, dengan harapan dapat mengambil semula kenderaan berkenaan.
"Namun, Syarikat enggan kompromi malah menuntut saya membuat bayaran penuh RM16,000 untuk ambil kenderaan, yang termasuk faedah, caj simpanan, caj pengambilan dan penghantaran semula.
"Masalahnya, kos simpanan saja mencecah RM5,000, manakala RM3,500 pula untuk penghantaran semula. Sebagai pengguna, saya tidak bersetuju mereka tarik kenderaan, apatah lagi sudah membayar 85 peratus daripada keseluruhan pinjaman yang berbaki setahun lagi," katanya yang membuat perjanjian sewa beli untuk tempoh tujuh tahun.
Menurutnya, dia mengadukan perkara itu kepada PPIM untuk khidmat nasihat dan langkah selanjutnya yang perlu diambil, sebelum melaporkannya kepada polis.
Sementara itu, Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan menyifatkan tindakan syarikat terbabit keterlaluan kerana mengambil kesempatan atas kesempitan orang lain.
"Tindakan itu menunjukkan kebiadaban institusi kewangan kerana menurut Akta Sewa Beli 1967, perlu ada perintah mahkamah sebelum penarikan kereta dibuat, sekiranya 85 pinjaman sudah dilangsaikan.
"Persoalannya siapa yang bertanggungjawab dan tetapkan kos simpanan sehingga RM5,000, siapa boleh beri justifikasi?
"Jadi kita akan hantar surat tuntutan (LOD) dan buat laporan polis susulan isu ini kerana apa yang berlaku itu adalah satu bentuk penindasan," katanya.
KUALA
LUMPUR – Sebuah syarikat pinjaman wang berlesen bertindak zalim apabila
mengenakan caj sehingga RM16,000 daripada tunggakan sekitar RM3,000 selepas
menarik kereta jenis ultiliti sukan (SUV) milik seorang lelaki tempatan yang
tertangguh dua bulan bayarannya.
Mendedahkan
perkara itu, mangsa yang ingin dikenali sebagai Haris berkata, awalnya dia
mendapat panggilan telefon daripada isteri yang sedang membawa tiga anaknya
berusia tujuh hingga 15 tahun balik dari sekolah di Jalan Kuching, 31 Mac lalu.
Lelaki
berusia 37 tahun itu berkata, isterinya yang menggunakan kereta itu didatangi
dua lelaki secara agresif mengatakan mahu menarik kereta itu manakala dua
individu lagi berada di dalam kereta mereka.
“Saya
ada masalah kewangan ketika itu dan cuba berunding dengan mereka ketika
menghubungi isteri saya, namun mereka mengatakan hanya menurut perintah
daripada syarikat.
“Isteri
dan anak yang panik hanya mengikut sahaja, mereka turunkan merek berhampiran
kawasan rumah sebelum membawa kereta ke gudang simpanan milik syarikat tersebut
dan diberikan kepada saya dokumen bayaran yang perlu diselesaikan,” katanya
dalam sidang akhbar di pejabat Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Villa
Puteri, di sini.
Mendedahkan
pengisian dokumen jadual lima itu, tunggakan pinjaman (RM3,200.82), faedah
tunggakan (RM59.57), kos penyelenggaraan (RM5,000), kos pemilikan semula
(RM5,000), kos penghantaran semula (RM5,000) dan jumlah keseluruhan
(RM16,760.39).
Menurut
Haris, dia menyedari ada caj yang tidak masuk akal seperti tunggakan dua bulan
sahaja namun caj tambahan yang dikenakan kepadanya melebihi bayaran yang
sepatutnya.
“Untuk
tunggakan dua bulan sepatutnya RM2,400 sahaja tetapi caj dikenakan sehingga
RM3,200, kereta saya sepatutnya tidak perlu ditarik kerana sudah 85 peratus bayaran
selesai dan mana boleh tarik kereta macam itu sahaja, notis peringatan tidak
diberikan selepas itu notis dari mahkamah juga tidak ada ketika tarik kereta,
ini menindas pengguna.
“Saya
selesai bayar tunggakan RM3,600 tersebut tetapi dipaksa selesaikan semuanya
untuk dapatkan kereta, pergerakan anak dan isteri terbatas sejak perkara ini
terjadi, disebabkan itu saya rujuk dengan PPIM,” ujarnya.
Sementara
itu, Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, tindakan tidak masuk akal
mengenakan cas berlipat kali ganda perlu disoal atas kapasiti apa caj itu boleh
berlaku.
Jelas Nadzim, dia mengarahkan lelaki itu tidak membuat bayaran secara penuh bagi mengelakkan diri daripada ‘mempersetujui’ perjanjian itu tanpa sedar.
Artikel oleh: Kosmo
AH LONG BERLESEN 'CEKIK DARAH' CAJ TARIK KERETA
https://www.kosmo.com.my/2023/04/12/ah-long-berlesen-cekik-darah-cas-tarik-kereta-cecah-rm16000/