Showing posts with label KONVENSYEN KEWANGAN & KEUSAHAWANAN ISLAM 2020. Show all posts
Showing posts with label KONVENSYEN KEWANGAN & KEUSAHAWANAN ISLAM 2020. Show all posts

Monday, January 20, 2020

5675) CABARAN UMAT ISLAM GERAKAN KEMPEN BMF - MELAYUBANGKITNEWS - 18/01/2020

CYBERJAYA – Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan mengakui kempen gerakan Buy Muslim First (BMF) bukanlah terlalu sukar tetapi perlu sedikit pengorbanan.

Menurutnya, beliau mengajak semua pengguna mengambil kesempatan dengan pelbagai perkara yang terdapat di hadapan mata.
Nadzim
“Maksudnya ajak ramai kawan kita sokong produk Muslim. Bila ALLAH bantu kita, kita doalah, letak semangat juang kita.

“Kita nak bela kebenaran, kita perlu beranilah,  bangkitkan maruah kita,  bawa  sesi hari ini sebagai pencentus ekonomi Muslim yang boleh membawa perubahan cukup besar dalam diri,” katanya dalam Program Bual Bicara:  Gerakan Kuasa
Pengguna sempena Konvensyen Kewangan Keusahawan Islam di Brainy Bunch, Cyberjaya hari ini.


Mengulas mengenai jihad ekonomi, Nadzim atau dikenali sebagai Toqqi berkata, “Jihad itu sangat penting namun berapa ramai yang melakukannya.”

Katanya, umat Islam hari ini tidak cukup berani sebab itu perjuangan masih tidak konsisten.

“Semua perkara nak lakukan berlandaskan Islam tetapi sejujurnya kita buat ke tidak.

“Jihad dan dakwah perlu selari. Hendak berniaga, berniagalah. Lagi satu dakwah. Berapa ramai bantu cerita mengenai Islam kepada orang lain,” katanya.

Toqqi menegaskan jika masih hendak biarkan keselesaan pada hari ini, apa akan terjadi kepada umat Islam yang lain.
Katanya, kebanyakan dari kita beritahu sanggup berkorban. Namun tidak semua kita buat.

Beliau menyarankan semua umat Islam perbetulkan diri untuk menyelamatkan ekonomi usahawan Muslim.

Tambahnya, ini kerana cabaran umat Islam hari ini sangat kuat.

Artikel oleh: MelayuBangkitNews

CABARAN UMAT ISLAM GERAKAN KEMPEN BMF


https://melayubangkitnews.com/cabaran-umat-islam-gerakan-kempen-bmf/

5673) SELAMATKAN EKONOMI USAHAWAN MUSLIM! - PPIM - 18/01/2020

Konvensyen Kewangan Keusahawanan Islam 2020 pada kali ini merupakan anjuran pertama IReal Academy yang diadakan di Kompleks Brainy Bunch, Cyberjaya.

PPIM dijemput sebagai penceramah jemputan bagi menerangkan mengenai topik 'Selamatkan Ekonomi Usahawan Muslim'.

"Kita perlu berlapang dada dan perlu kuat demi mengubah dan membawa perbezaan dalam hidup. Selain itu, kita juga perlu ada perancangan awal supaya kita dapat mencapai apa yang dikehendaki dan bukannya merancang kegagalan."- Toqqi @ Nadzim Johan dalam perkongsiannya tengah hari tadi.

Seramai 650 peserta secara keseluruhan menyertai konvensyen yang berlangsung selama dua hari ini. Mereka dikongsikan ilmu daripada sembilan pakar yang mahir dalam bidang tersendiri walaupun yuran penyertaan hanyalah RM100.

Sebarang pendaftaran atau pertanyaan lanjut, klik di link https://tinyurl.com/KKKi2020.

#PPIM #BrainyBunch #UsahawanIslam #Wawasan2020


Saturday, January 18, 2020

5672) AKTIVITI | KONVENSYEN KEWANGAN & KEUSAHAWANAN ISLAM 2020 - PPIM -18/01/2020

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@Toqqi menyampaikan perkongsian ilmu dalam Konvensyen Kewangan & Keusahawanan Islam 2020 yang bertajuk "Cabaran Umat Islam Sekarang & Masa Akan Datang di Brainy Bunch Complex@Raudhah City, Cyberjaya, hari ini. 


Friday, January 17, 2020

5669) PPIM MENYERU USAHAWAN SERTAI KONVENSYEN KEWANGAN KEUSAHAWANAN ISLAM 2020 - PPIM - 17/01/2020

Berita baik buat para usahawan dan individu dari pelbagai sektor dan industri! Sertai Konvensyen Kewangan & Keusahawanan Islam 2020 yang akan bermula esok dan lusa (18 - 19 Januari 2020). Pendaftaran bermula seawal jam 8 pagi.

Perkongsian menarik daripada 9 tokoh hebat yang mahir dalam bidang tersendiri. Anda juga berpeluang untuk mengetahui tiga fasa menuju gelaran usahawan berjaya.

Paling menarik, 30% dari yuran anda akan disumbangkan secara “LIVE” kepada NGO dan badan kebajikan yang terpilih semasa konvensyen.

Makan tengahari disediakan kepada para peserta.

Sebarang pendaftaran atau pertanyaan lanjut, klik di link https://tinyurl.com/KKKi2020.


#PPIM #BrainyBunch #UsahawanIslam #Wawasan2020


Tuesday, December 31, 2019

5612) KONVENSYEN KEWANGAN & KEUSAHAWANAN ISLAM 2020

Berita baik buat para usahawan dan individu dari pelbagai sektor dan industri! Sertai Konvensyen Kewangan & Keusahawanan Islam 2020 yang akan berlangsung pada 18 dan 19 Januari ini.

Perkongsian menarik daripada 9 tokoh hebat yang mahir dalam bidang tersendiri. Anda juga berpeluang untuk mengetahui tiga fasa menuju gelaran usahawan berjaya.

30% dari yuran anda akan disumbangkan secara “LIVE” kepada NGO dan badan kebajikan yang terpilih semasa konvensyen.

Makan tengahari disediakan kepada para peserta.

Sebarang pendaftaran atau pertanyaan lanjut, klik di link https://tinyurl.com/KKKi2020.


#PPIM #BrainyBunch #UsahawanIslam #Wawasan2020


PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL