Showing posts with label #MMGA. Show all posts
Showing posts with label #MMGA. Show all posts
Thursday, June 18, 2020
Wednesday, June 17, 2020
6032) #MMGA SASAR ANAK MUDA KEMBALIKAN KEGEMILANGAN ISLAM - MELAYUBANGKITNEWS - 13/06/2020
CYBERJAYA - Kempen ‘Make Muslim Great Again’ (MMGA) mensasarkan satu juta penglibatan anak muda menerusi platform KitaCool.com dalam mengembalikan kegemilangan ekonomi Islam.
Pengasas Malakat Mall, Mohd Fadzil Hashim berkata, kempen kesedaran ini digerakkan oleh Malakat Mall dengan kerjasama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) setelah melihat golongan belia kini seakan terpisah daripada perjuangan membangkitkan ekonomi Islam.
Artikel oleh: MelayuBangkitNews
#MMGA SASAR ANAK MUDA KEMBALIKAN KEGEMILANGAN ISLAM
6031) MMGA FOKUS ANAK MUDA KEMBALIKAN KEGEMILANGAN ISLAM - MALAKAT TRIBUNE - 13/06/2020
CYBERJAYA - Kempen 'Make Muslim Great Again' (MMGA) mensasakan satu juta penglibatan anak muda menerusi platform KitaCool.com dalam mengembalikan kegemilangan ekonomi Islam.
Pengasas Malakat Mall, Mohd Fadzil Hashim berkata, kempen kesedaran ini digerakkan oleh Malakat Mall dengan kerjasama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) setelah melihat golongan belia kini seakan terpisah daripada perjuangan membangkitkan ekonomi Islam.
"Kalau dilihat anak muda kini lebih mengagung-agungkan budaya bukan Islam malah ada di kalangan mereka ini tidak tahu pun bahawa Islam memiliki sejarah yang hebat.
"Penglibatan anak muda dalam pembangunan ekonomi Islam juga tidak begitu memberangsangkan dan itu boleh dilihat menerusi penyertaan Koperasi Pembangunan Pengguna Islam Malaysia (KoPPIM) di mana hanya 10 peratus ahli adalah di kalangan anak muda.
"Jadi melalui platform ini dengan mengambil inspirasi program Rakan Muda, kita mahu memberi kesedaran kepada mereka bahawa menjadi sorang Muslimjuga 'cool' dan boleh juga menjadi 'trendsetter'", katanya pada majlis Pelancaran Kempen MMGA di Malakat Mall di sini hari ini.
Jelasnya, sebagai permulaan, kempen MMGA akan dimulakan dengan beberapa pengisian mengenai kehebatan Islam melalui video, poster, bahan penulisan dan sebagainya.
"Ke semua material yang akan disediakan di platform KitaCool.com mengikut konsep terkini agar lebih dekat dengan citarasa anak muda.
"Anak muda berusia 15 tahun ke atas boleh terus mendaftar di KitaCool.com untuk sertai kempen ini," katanya.
Menurutnya, melalui MMGA anak muda akan dibantu dalam pelbagai sudut agar golongan ini akan dianggap sebagai 'trendsetter' seperti mana zaman kegemilangan Islam yang dahulu.
"Kita tahu anak-anak muda jini risau, kos pendidikan yang tinggi dan peluang pekerjaan terhad dan peluang perniagaan pun tiada.
"Jadi melalui KoPPIM kita telah mulakan beberapa projek strategik di Malakat Mall dan beberapa program pembangunan termasuklah bidang keusahawanan," katanya.
Katanya, Malakat Mall akan menjadi pusat komuniti dalam menggerakkan kempen tersebut.
"Program pertama yang kita akan laksanakan bermula awal Julai ini adalah program Be Muhammad yang mana menyediakan kelas berkaitan solat dan zakat secara percuma.
"Bila solat lima waktu dijaga dan difaham dengan betul, Insya-Allah anak muda akan beri kehidupan yang baik di dunia dan akhirat.
"Selain itu, untuk akan datang kita akan menjalankan pelbagai aktiviti antaranya sukan, muzik, kebudayaan dan sebagainya," katanya yang merancang untuk melancarkan MMGA fasa kedua di Indonesia.
Artikel oleh: Malakat Tribune
MMGA FOKUS ANAK MUDA KEMBALIKAN KEGEMILANGAN ISLAM
http://www.malakattribunenews.com/berita/berita-semasa/16139/
Tuesday, June 16, 2020
Subscribe to:
Posts (Atom)
PERJUANGAN KAMI
ARKIB ARTIKEL
-
▼
2026
(477)
-
▼
November
(35)
- AKTIVITI | PERKUMPAAN PPIM BERSAMA PENGARAH JPS WP...
- AKTIVITI | MESYUARAT MINGGUAN PPIM - 25/11/2026
- AKTIVITI | PERKONGSIAN SEJARAH PROF. DR. AZMI ARIF...
- AKTIVITI | GRAND MUFTI GATHERING BERSAMA SHEIKH AB...
- SATU KLIK BOLEH MENGUNDANG PADAH — WASPADA ANCAMAN...
- AKTIVITI | THE 28TH MALAYSIA FRANCHISE AWARD 2026 ...
- AKTIVITI | PERTEMUAN KETUA AKTIVIS PPIM BERSAMA PE...
- AKTIVITI | PPIM DAN PERMODALAN KEDAH BERHAD TEROKA...
- AKTIVITI | PERJUMPAAN PPIM BERSAMA BAHAGIAN PEMAKA...
- AKTIVITI | KUNJUNGAN HORMAT KETUA AKTIVIS PPIM KE ...
- AKTIVITI | INTERNATIONAL CONFERENCE: SUSTAINABILIT...
- AKTIVITI | LAWATAN PPIM KE MUZIUM POLIS - PPIM - 1...
- AKTIVITI | PROGRAM WACANA ILMU: DARI TANAH MELAYU...
- AKTIVITI | PERHIMPUNAN AGUNG PARTI PEJUANG TANAH A...
- MHI: STATUS HALAL PENYEMBELIHAN AYAM - 12/11/2026
- AKTIVITI | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PRESMA KE-22 - ...
- AKTIVITI | MESYUARAT PENGUKUHAN PROGRAM SOCIAL SYN...
- JIMAT 10 PERATUS, BERSEDIA HADAPI KRISIS - UTUSAN ...
- KUNJUNGAN HORMAT PPIM KE MPAJ - MAJLIS PERBANDARAN...
- AKTIVITI | KUNJUNGAN HORMAT LHDN KE PPIM - PPIM - ...
- PENDIDIKAN BUKAN BEBANAN KEWANGAN: PPIM BANTAH TEG...
- PPIM GESA IBU BAPA TANGGUH TANDATANGAN SURAT AKU J...
- PPIM BIMBANG KEMUNGKINAN UiTM KAMPUS TAWAU DITUTUP...
- PPIM BANTAH SPEKULASI CADANGAN PENUTUPAN UiTM KAMP...
- PETROL BERCAMPUR AIR: SUKAR BUKTI PUNCA! - HARIAN ...
- TAUKE KILANG AYAM KARAN DITAHAN - HARIAN METRO - 0...
- 40,000 AYAM DIRAGUI STATUS HALAL SETIAP HARI - UTU...
- PEKERJA TIDAK BACA 'BISMILLAH' - HARIAN METRO - 02...
- 40,000 AYAM DIRAGUI STATUS HALAL SETIAP HARI - UTU...
- AKTIVITI | KUNJUNGAN HORMAT GABUNGAN PERSATUAN TOM...
- PPIM BANTAH CADANGAN PENUTUPAN UiTM KAMPUS TAWAU:P...
- PENGGUNA ISLAM PERLU SEMAK STATUS SEMBELIHAN AYAM,...
- PENGGUNA ISLAM PERLU SEMAK STATUS SEMBELIHAN AYAM,...
- AKTIVITI | PERJUMPAAN PPIM BERSAMA PENGARAH SEKSYE...
- PETROL BERCAMPUR AIR: PENGGUNA 'GIGIT JARI' - HARI...
-
▼
November
(35)


















