Showing posts with label PERBANKAN ISLAM. Show all posts
Showing posts with label PERBANKAN ISLAM. Show all posts

Tuesday, May 9, 2023

ISLAMIK-KAH SISTEM PERBANKAN ISLAM KAT MALAYSIA? - AA TV NEWS - 07/05/2023

 

PPIM yang mempunya pengalaman 20 tahun berhadapan dengan pelbagai aduan diterima pelanggan-pelanggan bank. 

Bank yang menjalankan 'Perbankan Islam' harus merujuk kepada mahkamah yang mempunyai jurisdiksi keatas perundangan yang selari dengan shariah. 

Sistem perbankan yang menekan & menindas pada asasnya adalah TIDAK ISLAMIK.

#perbankanislam #islamicbanking #islamicfinance #ppim #toqqi #toqqi_ppim #nadzimjohan #windowislamicbanking #riba #hapuskanriba #hentikanriba #sahabatAA #sahabatbosskay #pencerita #wartawanviral #wartawantiktok #wartawan #tiktokmalaysia #mediatiktokcomunity #malaysianewsheadline #malaysianews #beritatiktokviralterkini #newsupdate #laporantiktok #viral #trendingtiktok #trendingnewsmalaysia #zahidhamidi #najibrazak #janganterlibatriba 


Artikel oleh: AA TV News 

ISLAMIK-KAH SISTEM PERBANKAN ISLAM KAT MALAYSIA?

https://www.youtube.com/watch?v=5Oe9cx8XlRE

Saturday, February 4, 2023

BANK KONVENSIONAL PULA YANG AMAL KAEDAH ISLAM - UTUSAN MALAYSIA - 04/02/2023

 

SAUDARA PENGARANG,

SAYA ingin mengulas pendedahan Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan bertajuk Kewangan Islam ada unsur menindas dalam Utusan Malaysia pada 30 Januari lalu.

Menurut beliau, produk sistem kewangan Islam di negara ini tidak langsung melambangkan Islam kerana tiada aspek kemanusiaan seperti dituntut agama apabila terus menindas peminjam dengan pelbagai cara.

Tambah beliau lagi, ia amat mendukacitakan apabila sistem kewangan Islam yang sepatutnya tiada unsur penindasan tidak diamalkan. Apabila orang tidak bayar RM5 pun mereka jadikan masalah besar.

Sehubungan itu, beliau mendesak Bank Negara Malaysia (BNM) mengubah sistem perbankan Islam negara daripada bersifat mengaut keuntungan semata-mata kepada kemanusiaan.

Saya amat bersetuju dengan kenyataan itu kerana berdasarkan pengalaman sendiri mendapati sistem perbankan Islam sudah jauh tersasar daripada matlamat asal. Ia diwujudkan bagi mengharamkan riba, iaitu bunga berganda yang menekan peminjam.

Perbankan Islam hanya bersifat indah khabar daripada rupa apabila terus ‘memeras ugut’ peminjam dengan mengenakan faedah terlalu tinggi dan tidak munasabah serta dikendalikan secara tidak bertimbang rasa dan tidak berperikemanusiaan.

Sehingga kini saya masih berurusan dengan sebuah bank koperasi yang mendakwa mengamalkan sistem perbankan Islam sepenuhnya.

Hidup saya sekarang seolah-olah didera secara mental hanya kerana mempunyai tunggakan pinjaman selama sebulan berjumlah RM400.

Panggilan telefon hampir setiap hari termasuk pada Ahad dan cuti umum dengan skrip ungkapan sama sahaja supaya membayar tunggakan sebulan.

Ini berbeza dengan sebuah lagi bank konvensional yang lebih bertimbang rasa, hanya menghantar khidmat pesanan ringkas (SMS) sebagai peringatan kerana ada tunggakan selama sebulan.

WARGA EMAS TERTEKAN, Kuala Kangsar, Perak


Artikel oleh: Utusan Malaysia

BANK KONVENSIONAL PULA YANG AMAL KAEDAH ISLAM

https://www.utusan.com.my/rencana/forum/2023/02/bank-konvensional-pula-yang-amal-kaedah-islam/

Wednesday, February 19, 2020

5755) KACATV / BERITA, TIDAK PERIKEMANUSIAAN DAN SOMBONG PERBANKAN ISLAM - KACA TV - 19/02/2020


#KACATV Sukacitanya menjayakan sidang media berjudul tidak peri kemanusiaan dan sombong Perbankan Islam (Islamic Banking) di Villa Puteri Condominium, Jalan Tun Ismail, Kuala Lumpur pada 14 Januari 2020.

Artikel oleh: Kaca TV 

KACATV / BERITA, TIDAK PERIKEMANUSIAAN DAN SOMBONG PERBANKAN ISLAM - KACA TV - 19/02/2020


Tuesday, January 14, 2020

5652) ZALIM DAN SOMBONGNYA PERBANKAN ISLAM (ISLAMIC BANKING)? - SIDANG MEDIA PPIM - 14/01/2020

“Kita boleh lelong walaupun sebulan tertunggak, semaklah “Perjanjian Jual Beli!”

Kenyataan diatas dikeluarkan oleh pegawai bank (Islamic banking) yang tidak lagi berpegang kepada prinsip pinjaman dalam Islam.  Rujuk pada surah al-Baqarah, ayat 280. 

Dalam keadaan ekonomi hari ini, peminjam mengalami masalah untuk memungut wang bagi perkhidmatan yang dibekalkannya kepada orang lain. Manakala orang tersebut juga mempunyai masalah pungutan daripada pihak lain. Ini mengakibatkan tertunggaknya 2 bulan bayaran bulanan kepada bank. Bank pula telah mengeluarkan saman untuk melelong rumah walaupun peminjam mempunyai deposit tetap (fixed deposit) sebanyak RM40,000 dan sebelum ini tiada masalah yang dihadapi. 

Ini merupakan antara keadaan yang berlaku di dalam pinjaman yang berbagai jenis dewasa ini. 

Tidakkah bank mempunyai kaedah lain selain daripada melakukan usaha untuk melelong yang sudah tentu akan mendatangkan masalah besar kepada masyarakat akhirnya. 

Di samping itu, bank juga suka mengenakan “Penalty Interest” yang amat tinggi kepada peminjam yang mempunyai masalah bayaran bulanan. Ini adalah tindakan yang tidak masuk akal dan kerakusan menguasai amalan dan kemanusiaan sudah tiada tempat di dalam masyarakat hari ini.

Justeru itu, PPIM dan Movements of Justice, Peace and Humanity mengadakan satu sidang media bagi mendedahkan berbagai perangai buruk kebanyakan bank.
























Wednesday, June 22, 2016

2860) URUSNIAGA RIBA PERBANKAN ISLAM - SINAR ONLINE - 21/6/16

Nadzim (tengah) bersama Abdul Manap (kiri) dan Sheikh Abd Kareem merungkai permasalahan dan aduan berkaitan perbankan Islam di negara ini


KUALA LUMPUR - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mendedahkan lebih 500 aduan diterima berkenaan kes perbankan Islamik berhubung jual beli rumah, malah separuh daripadanya telah pun diisytihar bankrap.

Pengerusinya, Datuk Nadzim Johan berkata, bank terlibat tidak sepatutnya mencemarkan nama Islam atas dasar mahu mengaut keuntungan sehingga menyebabkan ramai pengguna menanggung beban yang amat teruk.

Menurutnya, dalam kes rumah terbengkalai yang berlaku dari tahun 2005 hingga 2011, ramai pembeli rumah masih kekal bankrap walaupun kesalahan itu berlaku akibat kelemahan bank sendiri.

“Antara kes yang banyak diterima ialah apabila rumah dibeli gagal disiapkan pemaju, namun bank tetap menuntut bayaran daripada pembeli sedangkan dalam prinsip ‘Bai Bithaman Ajil’ rumah terbengkalai itu dimiliki pihak bank.

“Apabila bank tidak menyerahkannya kepada pembeli maka pihak bank seharusnya tiada hak menuntut bayaran. Apa yang berlaku sehingga hari ini bukan satu perniagaan malah menggalakkan lagi penganiayaan ke atas pembeli,” katanya di pejabat PPIM di sini.

Sementara itu, seorang bekas Ketua Pegawai Eksekutif sebuah perbankan Islam, Datuk Abdul Manap Abdul Wahab turut hadir berkongsi pengalaman dan pandangan beliau sepanjang terlibat dalam institusi kewangan berkaitan.

“Salah satu sifat riba adalah dengan terciptanya keupayaan membeli (purchasing power) atau nilai tanpa mengambil risiko di mana apabila bank dapat keuntungan dengan peminjam membayar balik walaupun barang tidak sampai ke peminjam di mana contoh kes ialah rumah terbengkalai.

“Bank memiliki keupayaan membeli (keuntungan) atau nilai tanpa sebarang risiko, maka jelas sekali ianya riba. Jadi proses rumah dibelikan oleh sesebuah perbankan Islam dan dijual semula pada peminjam hanya helah semata-mata di mana tujuannya tetap sama dengan bank konvensional iaitu mendapatkan 'purchasing power' atau nilai tanpa mempunyai risiko atau risiko ditanggung seminimum mungkin,” katanya.

Menurutnya, perbankan ini telah menghalalkan apa yang haram iaitu mengenakan riba dan mengaburinya dengan proses jual beli.

Pengerusi Persatuan Pelanggan Perkhidmatan Kewangan Malaysia (Pebank), Sheikh Abd Kareem Said Khadaied pula berkata, polisi serta banyak perkara berkaitan perlu dikaji dan diteliti semula bagi memperbaiki kepincangan sistem perbankan Islamik sedia ada.

“Kita sarankan panel audit syariah yang bebas dan profesional ditubuhkan sekali gus membantu kerja-kerja mengesahkan polisi serta memantau operasi perbankan Islam di negara ini,” katanya.



Saturday, January 24, 2015

2442) VIDEO - Perbankan Islam : Fikir - Fikirkan


Former CEO of Bank Muamalat, Dato' Abdul Manap Abd Wahab exposes the deception and trickery of Islamic banking as observed first hand throughout his 20 years of experience in the banking industry.

Dato' Abdul Manap points out that usurious practices common in conventional banks are equally evident in so-called Islamic banks. Allah tells us in the Quran, he quotes, that trade is permitted while riba prohibited. On this basis, Islamic banks have adopted terminologies of Islamic trading although in practice it is merely a false illusion of trading under which usury is rampant.

He concludes that Islamic banking is not possible as it inevitably involves money creation. The solution to Islamic finance can only exist via trading without recourse to national banks and its institutions.

For further study, refer his powerpoint slide here: http://assultaniyya.com/datomanap_jua...

Additionally, read A Critique of Islamic Banks by Shaykh Umar Vadillo: http://www.wadiahnusantara.com/white-...

www.assultaniyya.com

Monday, April 14, 2014

1855)13/4/2014 Kezaliman Perbankan Islam

13/4/2014 - Balai Polis Dang Wangi, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) telah membuat satu sidang akhbar untuk menyuarakan keadaan yang terjadi pada sesetengah individu yang tertipu dengan pembelian rumah. 

Tuan Haji Sheikh Kareem (Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia) menyuarakan suara tidak puas hati pengguna yang tertipu pada media di hadapan balai polis dang wangi. 










Saturday, January 11, 2014

1102) RAKYAT NEWS 10/1/2014 KEMENTERIAN KEWANGAN HARUS PERHALUSI SISTEM PERBANKAN ISLAM



KUALA LUMPUR 9 Jan - Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Sheikh Abd Kareem S. Khadaied hari ini menggesa kementerian kewangan agar memandang serius dan memperhalusi sistem perbankan islam yang dipraktiskan oleh bank-bank di negara.

Beliau berkata, terdapat banyak aduan yang diterima oleh persatuan berkenaan mengenai bank yang mengamalkan sistem perbankan islam seolah-olah membebankan para peminjam perumahan meskipun terlibat dalam projek rumah terbengkalai.

"Jika rumah yang dijanjikan itu tidak wujud, bank tidak sepatutnya mengambil sebarang keuntungan, itu adalah salah satu prinsip dalam sistem perbankan islam," katanya.

Abd Kareem ketika ditemui dalam satu sidang media yang diadakan di Villa Puteri, Jalan Tun Ismail turut menyenaraikan nama pemaju perumahan dan membandingkan jumlah bayaran pihak bank kepada pemaju bagi kedua-dua perbankan islam dan konvensional untuk satu projek yang sama.

Projek perumahan yang dimaksudkan adalah projek perumahan Pangsapuri Indah Heights yang dikendalikan oleh syarikat pemaju yang tidak mempunya lesen, Simpulan Cemerlang Sdn Bhd.

"Rumah-rumah ini tidak wujud dan tuntutan yang dinyatakan di sini (merujuk kepada lampiran yang diedarkan) adalah tuntutan di mahkamah.


"Ada antara mereka yang telah dibankrapkan. Dan disini (merujuk lampiran) dapat disimpulkan bahawa, sistem perbankan islam telah mengeluarkan sejumlah dana yang besar dan membuat tuntutan kepada pelanggan yang berkali ganda berbanding sistem konvensional," kata Abd Kareem

1098) MobTV 10/1/2014 PPIM DAKWA AMALAN PERBANKKAN ISLAM DI MALAYSIA TIDAK TELUS



http://www.mobtv.my/current_affairs-4580.html

Friday, January 10, 2014

1097) UTUSAN MALAYSIA 10/1/2014 PERBANKAN ISLAM PERLU ELAK KEKELIRUAN




KUALA LUMPUR 9 Jan. - Pengamal perbankan Islam perlu lebih telus dan mematuhi syariah bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan peminjam.

Ketua Biro Pemantau Perkhidmatan Kewangan, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Sheikh Abd. Kareem S. Khadaied berkata, beliau bimbang kerana terdapat beberapa kesalahan dan keraguan dalam pelaksanaan perbankan Islam terutama dalam sistem kiraan pinjaman.

Jelasnya, antara kesalahan itu ialah terdapat unsur-unsur keraguan melampau (gharar) dalam transaksi peminjam, prinsip al-Bai Bithaman Ajil yang tidak dilaksanakan secara betul dan berhubung soal diskaun (ibra') semasa pembelian hartanah yang dilelong.

Katanya, kaedah transaksi itu dilaksanakan secara tidak jelas dan tidak dinyatakan dalam perjanjian ataupun pada surat tawaran yang diterima peminjam.

"Ini bertentangan dengan syarat-syarat Bank Negara. Hakikat yang disembunyikan itu membolehkan pihak bank mengaut keuntungan berlebihan.

"Oleh kerana itu, kita menggesa Majlis Penasihat Syariah (MPS) Bank Negara Malaysia untuk mengkaji serta menyiasat secara mendalam kes-kes tersebut dan menyelesaikan permasalahan berkenaan yang bukannya perkara baharu," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar berhubung pendedahan kepincangan sistem perbankan Islam di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Pengerusi Kesatuan Kebangsaan Pekerja-Pekerja Bank (NUBE) Abdul Jamal Jalaludeen dan Exco NUBE, Mohammad Saufie Othman.

Tambahnya, konsep perbankan Islam yang sepatutnya memudahkan proses jual beli kini menjadi sistem yang membebankan apabila peminjam perlu menanggung hutang sehingga ada dalam kalangan mereka disenarai hitam.

"PPIM tidak menentang perbankan Islam, cuma kami mahukan beberapa perkara diperbetulkan demi agama Islam.

"Sistem tersebut perlu diperbaiki kelemahannya dan perlu mengikut syariah Islam kerana kita tidak mahu mereka yang tidak bertanggungjawab mengaut keuntungan dengan cara mengaburi mata orang ramai menggunakan nama Islam yang suci," jelasnya.

Katanya, walaupun PPIM telah menghantar surat kepada Bank Negara dan kertas kerja kepada Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), setakat ini tiada inisiatif pihak berkenaan untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Sementara itu, seorang 'mangsa' perbankan Islam, Mohd. Fairullazi Ayub, 34, yang membuat pinjaman perumahan mendakwa terdapat unsur-unsur gharar dalam penyata yang diterimanya.

Katanya, terdapat percanggahan angka dalam penyata pembayaran pinjaman yang diragui.

Jelasnya, angka-angka tersebut berbeza daripada perjanjian dan terdapat hakikat yang disembunyikan oleh pihak bank.


"Saya telah buat aduan kepada bank berkenaan dan Bank Negara namun sehingga kini masih tiada tindakan, malah setiap kali saya hubungi untuk susulan kes, saya hanya difahamkan kes itu masih dalam siasatan," jelasnya

Friday, January 3, 2014

1075) UTUSAN MALAYSIA 1/1/2014 PERBANKAN ISLAM PERLU TERPERINCI



KUALA LUMPUR 31 Dis. - Pengamal sistem perbankan Islam digesa untuk menerangkan sistem kiraan dalam pinjamannya dengan terperinci bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan peminjam.

Ketua Biro Pemantauan Perkhidmatan Kewangan Persatuan Penguna Islam Malaysia (PPIM), Abdul Kareem Said berkata, peminjam tidak mempunyai maklumat mengenai cara kiraan dibuat berbanding bank konvensional yang menerangkan dengan terperinci kiraan pembayaran.

Katanya, pihaknya ada membuat kajian mengenai rumah terbengkalai dan banyak peminjam yang membuat mengatakan bahawa pinjaman dari perbankan Islam mengenakan bayaran yang agak melampau.

"Saya ada mengkaji 422 kes rumah terbengkalai sejak dua tahun lalu yang melibatkan perbankan Islam dan ia terdiri daripada kes sejak tahun 2005.

"Banyak yang mengadu mengenai pinjaman dari perbankan Islam yang mengenakan tuntutan yang tidak masuk akal," katanya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.

Abdul Kareem mengulas mengenai laporan Bernama semalam yang melaporkan Universiti Global bagi Kewangan Islam (INCEIF) menolak dakwaan Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) bahawa sistem perbankan Islam menawarkan kadar keuntungan mengatasi peminjam wang 'Ah Long.


Abdul Kareem yang bersetuju dengan CAP berharap satu perbincangan dapat diadakan antara INCIEF, pihak bank, Bank Negara Malaysia dan persatuan pengguna supaya isu terbabit dapat dijelaskan kerana ia membabitkan kepentingan orang ramai.

Thursday, October 18, 2012

639) FORUM PENGGUNA PPIM 2012-VIDEO Sesi 2 :Perbankan Islam- "Perbankan Islam Hanya Pada Nama?"



Tarikh : 13/10/12 (Sabtu)
Masa : 2.30ptg-5.00ptg

Moderator : En Shiraz, Aktivis PPIM

Panel : 

1) Y Bhg Dr. Nuarrual Hilal B Md Dahlan, (UUM)
2) Y Bhg Ustaz Mohd Nazri Bin Chik (Bank Islam)
3) Y Bhg Tuan Hj Sheikh Abdul Kareem B Said Khadaied (PPIM)
4) Y Bhg Dato' A. Manap Wahab ( WSJ International )

Saturday, February 18, 2012

BERITA PILIHAN DARI MYNEWSHUB: PPIM Bidas Bank Jual Nama ‘ Perbankan Islam’ Untuk Kaut Untung!




KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) hari ini membidas bank-bank yang menggunakan nama ‘Islam’ dalam usaha untuk mempromosi dan menjual produk kewangan masing-masing sedangkan hakikatnya mereka masih menindas serta menggunakan kaedah yang bertentangan dengan syarak.

Sehubungan dengan itu, PPIM mendesak agar panel pelaburan syariah bank-bank dirombak dan digantikan dengan panel yang lebih bebas bagi mengelakkan berlakunya konflik berkepentingan atau ‘conflict of interest’.

Pengerusi Majlis Penasihat PPIM, Tunku Azwil Tunku Abd Razak berkata, penggunaan nama ‘Perbankan Islam’ selama ini telah disalah guna, diperguna dan disalah tafsir oleh bank-bank untuk mengaut keuntungan melampau.

Ini, katanya, menghakis kepercayaan pengguna sekaligus memberi gambaran negatif terhadap agama suci itu sendiri.

” Masa nak beri pinjaman bukan main lagi guna cara Islam seperti akad dan sebagainya tetapi bila nak kutip hutang, tiba-tiba mereka guna cara konvensional, tekan pengguna, kenakan caj yang melampau-lampau hingga tak masuk dek akal.

” Lebih malang lagi kerana mereka yang duduk dalam panel pelaburan syariah bank-bank itu seolah-olah berdiam diri dan tidak berbuat apa-apa mengenainya, justeru ia mesti dirombak.

” Kesimpulannya, kami istilahkan bank-bank ini cuba mendapatkan untung melalui ‘backdoor’ riba,  kami dah dapat banyak aduan mengenainya, sehubungan itu Bank Negara diberi masa seminggu untuk memberi penjelasan mengenai perkara yang cukup menyedihkan ini,” kata Tunku Azwil dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Untuk rekod, Perbankan Islam adalah satu sistem perbankan berlandaskan lunas dan prinsip Syariah dan didukung oleh sistem ekonomi Islam.

Ia mengharamkan pengambilan riba’ (mengumpul dan memberi faedah), pengenaaan kadar faedah yang terlalu tinggi kepada pinjaman dan perniagaan yang tidak halal di sisi Islam.

Mynewshub.my difahamkan, kaedah perbankan Islam kini semakin berkembang sebagai tren terkini senario perbankan global.

Dalam perkembangan yang sama, Tunku Azwil meminta bank-bank yang melaksanakan kaedah Perbankan Islam ini agar menekankan prinsip utama agama suci itu dalam semua urusan muamalatnya.

” Mereka (bank) tidak boleh terlalu menekan pelanggan masing-masing, tidak mengambil keuntungan melampau, tidak mengambil keuntungan melalui manipulasi dan mengamalkan kezaliman,” katanya.
Yang lebih penting, tegas Tunku Azwil, bank hendaklah membantu mereka yang sudah, tertindas atau berhutang kerana sudah menjadi prinsip Islam membantu orang yang menanggung hutang. – Oleh SYAHRIL A. KADIR/ Foto MOHD. YUMNI HARUN (Mynewshub.my)

Sumber:
http://mynewshub.my/2012/02/17/ppim-bidas-bank-jual-nama-perbankan-islam-untuk-kaut-untung/


Lain-lain rujukan:
http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&dt=0218&pub=Kosmo&sec=Negara&pg=ne_01.htm


http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0218&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_17.htm&arc=hive


http://www.bernama.com/bernama/v6/bm/newsindex.php?id=646338

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL