Showing posts with label PINDAAN IHR 2005. Show all posts
Showing posts with label PINDAAN IHR 2005. Show all posts

Monday, May 27, 2024

AKTIVITI | PROGRAM SOLAT HAJAT TOLAK PINDAAN IHR2005 DAN SOLIDARITI MANGSA TERKESAN VAKSIN - PPIM - 26/05/2024

26 Mei 2024 - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dengan kerjasama Pertubuhan Kebajikan Darul Islah (PERKID MALAYSIA) telah menganjurkan program Solat Hajat Tolak Pindaan IHR 2005, EXIT WHO dan Solidariti Mangsa Terkesan Vaksin di Dewan Serbaguna, Kondominium Villa Puteri, Kuala Lumpur.

Turut diadakan, sesi perkongsian pengalaman dan luahan hati daripada mangsa-mangsa yang terkesan akibat vaksinasi.









Friday, May 10, 2024

MALAYSIA PERLU TOLAK PINDAAN IHR 2005, ELAK DIPERDAYA KUASA BARAT - PPIM - THE MALAYA POST - 08/05/2024


KUALA LUMPUR, 8 Mei – Demi kedaulatan negara dan keselamatan rakyat dan negara, Kerajaan Malaysia perlu menolak pindaan Peraturan Kesihatan Antarabangsa 2005 (IHR 2005).

Ini kerana pindaan itu bakal membolehkan pihak Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mengambilalih peranan kerajaan termasuk dalam membuat keputusan berkaitan pengisytiharan pandemik serta darurat.

Demikian tegas Ketua Aktivitis PPIM, Datuk Nadzim Johan kepada The Malaya Post.

“Berita penarikbalikan vaksin COVID-19 oleh AstraZeneca menjadi bukti kukuh untuk Malaysia menolak pindaan IHR 2005.

“Sudah tiba masa rakyat Malaysia bertegas dalam isu kesihatan awam.

“Ini kerana pindaan itu bakal membolehkan pihak Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mengambilalih peranan kerajaan termasuk dalam membuat keputusan berkaitan pengisytiharan pandemik serta darurat.

“Perkara ini sahaja sudah cukup untuk kita menolak IHR 2005,” katanya.

Tambahnya, ketika wabak COVID-19 melanda dunia, rakyat Malaysia dipaksa mengambil vaksin yang belum sah tahap keberkesanan dan keselamatannya.

“Semua itu berlaku kerana kita tunduk pada kuasa barat dan hanya menuruti kata mereka tanpa menggunakan kepakaran yang sedia ada di negara ini,” katanya.

Nadzim berkata, mudah bagi pengeluar vaksin mengeluarkan kenyataan menarik balik vaksin di seluruh dunia namun kesannya sudah dirasai rakyat Malaysia.

“Ramai rakyat kita yang mengalami kesan sampingan akibat vaksin COVID-19, pakar perubatan malah pengamal undang-undang dan orang awam diheret ke mahkamah, dijatuhi hukuman, dipenjarakan kerana mempertikaikan vaksin itu.

“Siapa akan bertanggungjawab ke atas mereka, adakah pengeluar vaksin akan membayar pampasan kepada semua rakyat Malaysia yang terkesan,” katanya.

COVID-19 mula melanda dunia pada 2019 dan Malaysia memperkenalkan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) pada Februari 2021 sebelum diperluaskan kepada kanak-kanak bermula Februari 2022.

Pada 31 Oktober 2021, Malaysia mencatatkan 95 daerah berjaya mencapai 80 peratus populasi dewasa lengkap divaksinasi.

Sebanyak 28 lokaliti atau daerah terutamanya di kawasan bandar pula sudah menvaksinasi 100 peratus penduduk.

Syarikat farmaseutikal global Britain-Sweden, AstraZeneca menarik balik vaksin COVID-19 di seluruh dunia dengan permohonan untuk menarik balik vaksin itu dibuat pada 5 Mac lalu dan berkuat kuasa semalam, lapor Telegraph.

Permohonan sama akan dibuat di United Kingdom dan negara lain yang meluluskan vaksin itu dikenali sebagai Vaxzevria, bulan depan.–THE MALAYA POST

Artikel oleh: The Malaya Post

MALAYSIA PERLU TOLAK PINDAAN IHR 2005, ELAK DIPERDAYA KUASA BARAT - PPIM

https://themalayapost.my/malaysia-perlu-tolak-pindaan-ihr-2005-elak/

Thursday, May 9, 2024

ASTRAZENECA TARIK BALIK VAKSIN COVID-19, MALAYSIA PERLU TOLAK PINDAAN PERATURAN KESIHATAN ANTARABANGSA 2005 - PPIM - THE MERDEKA TIMES - 0//8/05/2024

 

  • Penarikan balik vaksin COVID-19 AstraZeneca menjadi bukti kukuh untuk Malaysia menolak pindaan Peraturan Kesihatan Antarabangsa 2005 (IHR 2005), kata Datuk Nadzim Othman.
  • Nadzim yang juga Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) berkata, sudah tiba masa rakyat Malaysia bertegas dalam isu kesihatan awam.
  • “Pindaan IHR bakal membolehkan pihak Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mengambil alih peranan kerajaan termasuk dalam membuat keputusan berkaitan pengisytiharan pandemik serta darurat.
  • “Perkara ini sahaja sudah cukup untuk kita menolak IHR 2005,” kata Nadzim dalam kenyataan di sini hari ini.
  • Terdahulu, media melaporkan syarikat farmaseutikal global Britain-Sweden, AstraZeneca menarik balik vaksin COVID-19 di seluruh dunia.
  • Menurut laporan Telegraph, vaksin itu tidak lagi boleh digunakan di Kesatuan Eropah selepas syarikat itu secara sukarela menarik balik “kebenaran pemasaran”.

KUALA LUMPUR – Penarikan balik vaksin COVID-19 AstraZeneca menjadi bukti kukuh untuk Malaysia menolak pindaan Peraturan Kesihatan Antarabangsa 2005 (IHR 2005), kata Datuk Nadzim Johan.

Nadzim yang juga Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) berkata, sudah tiba masa rakyat Malaysia bertegas dalam isu kesihatan awam.

“Pindaan IHR bakal membolehkan pihak Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mengambil alih peranan kerajaan, termasuk dalam membuat keputusan berkaitan pengisytiharan pandemik serta darurat.

“Perkara ini sahaja sudah cukup untuk kita menolak IHR 2005,” kata Nadzim dalam kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, media melaporkan syarikat farmaseutikal global Britain-Sweden, AstraZeneca menarik balik vaksin COVID-19 di seluruh dunia.

Menurut laporan Telegraph, vaksin itu tidak lagi boleh digunakan di Kesatuan Eropah selepas syarikat itu secara sukarela menarik balik “kebenaran pemasaran”.

Nadzim berkata ketika wabak COVID-19 melanda dunia, rakyat Malaysia dipaksa mengambil vaksin yang belum sah tahap keberkesanan dan keselamatannya.

“Semua itu berlaku kerana kita tunduk pada kuasa barat dan hanya menuruti kata mereka tanpa menggunakan kepakaran yang sedia ada di negara ini,” katanya.

Beliau berkata adalah mudah bagi pengeluar vaksin mengeluarkan kenyataan menarik balik vaksin di seluruh dunia, namun kesannya sudah dirasai ribuan rakyat Malaysia.

“Ramai rakyat kita yang mengalami kesan sampingan akibat vaksin COVID-19, pakar perubatan malah pengamal undang-undang dan orang awam diheret ke mahkamah, dijatuhi hukuman, dipenjarakan kerana mempertikaikan vaksin itu.

“…siapa akan bertanggungjawab ke atas mereka, adakah pengeluar vaksin akan membayar pampasan kepada semua rakyat Malaysia yang terkesan,” kata Nadzim. – The Merdeka Times

Artikel oleh: The Merdeka Times

ASTRAZENECA TARIK BALIK VAKSIN COVID-19, MALAYSIA PERLU TOLAK PINDAAN PERATURAN KESIHATAN ANTARABANGSA 2005 - PPIM

https://themerdekatimes.com/news/2024/05/astrazeneca-tarik-balik-vaksin-covid-19-malaysia-perlu-tolak-pindaan-peraturan-kesihatan-antarabangsa-2005-ppim/

Wednesday, May 8, 2024

'SUDAH TIBA MASA RAKYAT MALAYSIA BERTEGAS DALAM ISU KESIHATAN AWAM' - PPIM - BERITA HARIAN - 08/05/2024

 

KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa kerajaan menolak pindaan Peraturan Kesihatan Antarabangsa 2005 (IHR 2005).

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, berkata ia susulan penarikan balik vaksin COVID-19 AstraZeneca di seluruh dunia, selepas syarikat itu secara sukarela menarik balik "kebenaran pemasaran".

"Berita penarikbalikan vaksin COVID-19 oleh AstraZeneca menjadi bukti kukuh untuk Malaysia menolak pindaan IHR 2005.

"Sudah tiba masa rakyat Malaysia bertegas dalam isu kesihatan awam.

"Ini kerana pindaan itu bakal membolehkan pihak Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mengambilalih peranan kerajaan termasuk dalam membuat keputusan berkaitan pengisytiharan pandemik serta darurat.

"Perkara ini sahaja sudah cukup untuk kita menolak IHR 2005," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Beliau berkata, ketika wabak COVID-19 melanda dunia, rakyat Malaysia dipaksa mengambil vaksin yang belum sah tahap keberkesanan dan keselamatannya.

"Semua itu berlaku kerana kita tunduk pada kuasa barat dan hanya menuruti kata mereka tanpa menggunakan kepakaran yang sedia ada di negara ini," katanya.

Nadzim berkata, mudah bagi pengeluar vaksin mengeluarkan kenyataan menarik balik vaksin di seluruh dunia namun kesannya sudah dirasai rakyat Malaysia.

"Ramai rakyat kita yang mengalami kesan sampingan akibat vaksin COVID-19, pakar perubatan malah pengamal undang-undang dan orang awam diheret ke mahkamah, dijatuhi hukuman, dipenjarakan kerana mempertikaikan vaksin itu.

"Siapa akan bertanggungjawab ke atas mereka, adakah pengeluar vaksin akan membayar pampasan kepada semua rakyat Malaysia yang terkesan," katanya.

COVID-19 mula melanda dunia pada 2019 dan Malaysia memperkenalkan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) pada Februari 2021 sebelum diperluaskan kepada kanak-kanak bermula Februari 2022.

Pada 31 Oktober 2021, Malaysia mencatatkan 95 daerah berjaya mencapai 80 peratus populasi dewasa lengkap divaksinasi.

Sebanyak 28 lokaliti atau daerah terutamanya di kawasan bandar pula sudah menvaksinasi 100 peratus penduduk.

Syarikat farmaseutikal global Britain-Sweden, AstraZeneca menarik balik vaksin COVID-19 di seluruh dunia dengan permohonan untuk menarik balik vaksin itu dibuat pada 5 Mac lalu dan berkuat kuasa semalam, lapor Telegraph.

Permohonan sama akan dibuat di United Kingdom dan negara lain yang meluluskan vaksin itu dikenali sebagai Vaxzevria, bulan depan.

Artikel oleh: Berita Harian

'SUDAH TIBA MASA RAKYAT MALAYSIA BERTEGAS DALAM ISU KESIHATAN AWAM' - PPIM

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2024/05/1244446/sudah-tiba-masa-rakyat-malaysia-bertegas-dalam-isu-kesihatan-awam

JANGAN TERUS DIPERDAYA KUASA BARAT - PPIM - KENYATAAN MEDIA PPIM - 08/05/2024

Berita penarikbalikan vaksin COVID-19 oleh Astrazaneca menjadi bukti kukuh untuk Malaysia menolak pindaan Peraturan Kesihatan Antarabangsa 2005 (IHR 2005).

Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@Toqqi berkata sudah tiba masa rakyat Malaysia bertegas dalam isu kesihatan awam.

"Pindaan International Health Regulation (IHR) bakal membolehkan pihak Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mengambilalih peranan kerajaan termasuk dalam membuat keputusan berkaitan pengisytiharan pandemik serta darurat.

"Perkara ini sahaja sudah cukup untuk kita menolak IHR 2005," tegasnya.

Nadzim berkata ketika wabak COVID-19 melanda dunia, rakyat Malaysia dipaksa mengambil vaksin yang belum sah tahap keberkesanan dan keselamatannya.

"Semua itu berlaku kerana kita tunduk pada kuasa barat dan hanya menuruti kata mereka tanpa menggunakan kepakaran yang sedia ada di negara ini," katanya.

Nadzim berkata mudah bagi mereka (pengeluar vaksin) mengeluarkan kenyataan menarik balik vaksin diseluruh dunia namun kesannya sudah dirasai ribuan rakyat Malaysia.

"Ramai rakyat kita yang mengalami kesan sampingan akibat vaksin COVID-19, pakar-pakar perubatan malah pengamal undang-undang dan orang awam diheret ke mahkamah, dijatuhi hukuman, dipenjarakan kerana mempertikaikan vaksin itu, siapa akan bertanggungjawab keatas mereka, adakah pengeluar vaksin akan membayar pampasan kepada semua rakyat Malaysia yang terkesan," katanya.

Wabak COVID-19 mula melanda dunia pada awal 2019.

Malaysia memperkenalkan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) pada Februari 2021 sebelum diperluaskan kepada golongan kanak-kanak bermula Februari 2022.

Pada 31 Oktober 2021, Malaysia mencatatkan 95 daerah berjaya mencapai 80 peratus populasi dewasa lengkap divaksinasi.

Sebanyak 28 lokaliti/daerah terutamanya di kawasan bandar didapati telah menvaksinasi melebihi 100 peratus jumlah anggaran penduduk.

Tuesday, December 5, 2023

WHO CA+ & PINDAAN IHR 2005 ANCAM KEDAULATAN NEGARA? - KOOL 101 - 05/12/2023

 

Benarkah Pandemik Triti Pertubuhan Kesihatan Sedunia Perjanjian Konvensyen (WHO CA+) dan pindaan Regulasi Kesihatan Antarabangsa (IHR 2005) akan mengancam kedaulatan negara?

Catch Up Pagi On Point berbual dengan Datuk Nadzim Johan @ Toqqi, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) di aplikasi Audio+ sekarang!

#Kool101 #PagiOnPoint #PPIM #Toqqi #kedaulatannegara #WHOCA+ #IHR2005

Sumber: Kool 101

WHO CA+ & PINDAAN IHR 2005 ANCAM KEDAULATAN NEGARA?

https://fb.watch/oKB5XPc7XW/

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL