Showing posts with label MANGSA VAKSIN. Show all posts
Showing posts with label MANGSA VAKSIN. Show all posts

Monday, May 27, 2024

AKTIVITI | PROGRAM SOLAT HAJAT TOLAK PINDAAN IHR2005 DAN SOLIDARITI MANGSA TERKESAN VAKSIN - PPIM - 26/05/2024

26 Mei 2024 - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dengan kerjasama Pertubuhan Kebajikan Darul Islah (PERKID MALAYSIA) telah menganjurkan program Solat Hajat Tolak Pindaan IHR 2005, EXIT WHO dan Solidariti Mangsa Terkesan Vaksin di Dewan Serbaguna, Kondominium Villa Puteri, Kuala Lumpur.

Turut diadakan, sesi perkongsian pengalaman dan luahan hati daripada mangsa-mangsa yang terkesan akibat vaksinasi.









Saturday, March 5, 2022

TIADA PAMPASAN SEPERTI DIJANJIKAN - BAPA MANGSA VAKSIN - WACANAKINI - 05/03/2022

 

KUALA LUMPUR : Bapa kepada dua remaja yang meninggal dipercayai selepas menerima dos kedua vaksin Sinovac pada 18 Ogos tahun lalu, mendakwa tidak menerima pampasan seperti dijanjikan sebelum ini.

Lelaki yang mahu dikenali sebagai Muhammad Shah Rovinderjit menceritakan kembali dua anaknya iaitu Putri Nur Rabiatul Nabihah, 21, dan anak angkatnya Nurul Airawani Nazira, 24, meninggal tepat selepas dua minggu menerima dos kedua vaksin berkenaan.

“Arwah Putri Nur Rabiatul mendakwa dadanya terlalu sakit seperti dicucuk, meninggal setelah tiba di hospital.

“Arwah Nurul Airawani meninggal di hadapan rumah sebelum dibawa ke hospital.

“Saya merasa aneh melihat jenazah anak saya, Putri Nur yang wajahnya keluar darah dan ada kesan surgeri di kepalanya, sedangkan hospital memaklumkan kematian akibat Covid-19 dan tidak membuat surgeri.

“Ketika arwah disahkan meninggal, saya buat permintaan untuk lihat jasadnya tetapi tidak dibenarkan kerana SOP. SOP sebegini beri peluang kepada salah guna kuasa dan penganiayaan kepada rakyat apabila hak kami untuk lihat jasad anak sendiri pun tak boleh.

“Saya minta laporan post mortem juga tidak diberi. Kementerian Kesihatan Malaysia, YB Khairy Jamaluddin juga diam sehingga hari ini.

“Malah pampasan yang dijanjikan juga tiada sehingga ke hari ini,” katanya ketika ditemui di Majlis Bantahan Akta 342 yang dianjurkan Persatuan Pengguna Islam Malaysia bersama 200 NGO Bersekutu di sini semalam.

Kerajaan terdahulu meluluskan bantuan khas kewangan kesan mudarat COVID-19 kepada warga tempatan dan asing sekiranya mereka menerima kesan sampingan selepas menerima vaksin.

Menteri Kesihatan ketika itu, Datuk Seri Dr Adham Baba dilaporkan berkata, kerajaan bersetuju untuk memberikan bantuan RM50,000 jika berlaku kesan sampingan serius sehingga memerlukan rawatan berpanjangan di hospital.


Artikel oleh: Wacanakini

TIADA PAMPASAN SEPERTI DIJANJIKAN - BAPA MANGSA VAKSIN

https://www.wacanakini.com/2022/03/tiada-pampasan-seperti-dijanjikan-bapa-mangsa-vaksin/

Wednesday, March 2, 2022

MANGSA VAKSIN, RAFIQ TUNTUT KKM, KHAIRY BERTANGGUNGJAWAB - WACANAKINI - 01/03/2022

 

SERDANG : Mohd Rafiq Aiman yang berusia 21 tahun menuntut kerajaan, Kementerian Kesihatan Malaysia dan Menterinya, Khairy Jamaluddin bertanggungjawab ke atas kesan yang diterima selepas dua dos suntikan vaksin.

“Soal hidup mati dan nyawa rakyat bukan mainan, bukan yang boleh direka-reka. Kerajaan, KKM dan Khairy Jamaludin perlu bertanggungjawab atas semua yang telah hilang upaya, hilang nyawa akibat polisi yang digubal mereka.

“Jangan sesekali hukum kami sebagai anti vaksin, kami sudah terima dua suntikan dan ini kesannya yang perlu ditanggung.

“Dada saya membengkak keras, lumpuh tiga bulan, tidak boleh belajar, tidak boleh jaga empat adik saya.

“Mungkin impian saya untuk jadi askar Wataniah juga terjejas jika kesan ini berlarutan,” katanya kepada Wacanakini.com.

Dalam pada itu, Mohd Rafiq berasa simpati kepada mangsa lain yang turut menerima kesan sama, ada yang lumpuh sama sepertinya malah lebih teruk mengakibatkan kematian.

Beliau telah membuat aduan kepada Pusat Aduan Mangsa Vaksin yang diwujudkan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), juga telah membuat laporan polis dan tindakan lain mengikut undang-undang.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata, Rafiq adalah salah satu contoh daripada 300 kesan sampingan vaksin dan dos penggalak.

“Cuba bayangkan dia dulu angkat berat. Tapi lihatlah dia sekarang .

“KKM, Khairy jangan berdusta dulu kata tiada kesan vaksin tetapi yang ini macam mana pula?

“Saya hilang kata-kata, tolonglah jangan hidup dalam penipuan,” katanya.

Ikuti siri seterusnya mangsa vaksin, Rafiq.


Artikel oleh: Wacanakini

MANGSA VAKSIN, RAFIQ TUNTUT KKM, KHAIRY BERTANGGUNGJAWAB

https://www.wacanakini.com/2022/03/mangsa-vaksin-rafiq-tuntut-kkm-khairy-bertanggungjawab/

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL