- Penarikan balik vaksin COVID-19 AstraZeneca menjadi bukti kukuh untuk Malaysia menolak pindaan Peraturan Kesihatan Antarabangsa 2005 (IHR 2005), kata Datuk Nadzim Othman.
- Nadzim yang juga Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) berkata, sudah tiba masa rakyat Malaysia bertegas dalam isu kesihatan awam.
- “Pindaan IHR bakal membolehkan pihak Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mengambil alih peranan kerajaan termasuk dalam membuat keputusan berkaitan pengisytiharan pandemik serta darurat.
- “Perkara ini sahaja sudah cukup untuk kita menolak IHR 2005,” kata Nadzim dalam kenyataan di sini hari ini.
- Terdahulu, media melaporkan syarikat farmaseutikal global Britain-Sweden, AstraZeneca menarik balik vaksin COVID-19 di seluruh dunia.
- Menurut laporan Telegraph, vaksin itu tidak lagi boleh digunakan di Kesatuan Eropah selepas syarikat itu secara sukarela menarik balik “kebenaran pemasaran”.
KUALA LUMPUR – Penarikan balik vaksin COVID-19 AstraZeneca menjadi bukti kukuh untuk Malaysia menolak pindaan Peraturan Kesihatan Antarabangsa 2005 (IHR 2005), kata Datuk Nadzim Johan.
Nadzim yang juga Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) berkata, sudah tiba masa rakyat Malaysia bertegas dalam isu kesihatan awam.
“Pindaan IHR bakal membolehkan pihak Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) mengambil alih peranan kerajaan, termasuk dalam membuat keputusan berkaitan pengisytiharan pandemik serta darurat.
“Perkara ini sahaja sudah cukup untuk kita menolak IHR 2005,” kata Nadzim dalam kenyataan di sini hari ini.
Terdahulu, media melaporkan syarikat farmaseutikal global Britain-Sweden, AstraZeneca menarik balik vaksin COVID-19 di seluruh dunia.
Menurut laporan Telegraph, vaksin itu tidak lagi boleh digunakan di Kesatuan Eropah selepas syarikat itu secara sukarela menarik balik “kebenaran pemasaran”.
Nadzim berkata ketika wabak COVID-19 melanda dunia, rakyat Malaysia dipaksa mengambil vaksin yang belum sah tahap keberkesanan dan keselamatannya.
“Semua itu berlaku kerana kita tunduk pada kuasa barat dan hanya menuruti kata mereka tanpa menggunakan kepakaran yang sedia ada di negara ini,” katanya.
Beliau berkata adalah mudah bagi pengeluar vaksin mengeluarkan kenyataan menarik balik vaksin di seluruh dunia, namun kesannya sudah dirasai ribuan rakyat Malaysia.
“Ramai rakyat kita yang mengalami kesan sampingan akibat vaksin COVID-19, pakar perubatan malah pengamal undang-undang dan orang awam diheret ke mahkamah, dijatuhi hukuman, dipenjarakan kerana mempertikaikan vaksin itu.
“…siapa akan bertanggungjawab ke atas mereka, adakah pengeluar vaksin akan membayar pampasan kepada semua rakyat Malaysia yang terkesan,” kata Nadzim. – The Merdeka Times
Artikel oleh: The Merdeka Times
ASTRAZENECA TARIK BALIK VAKSIN COVID-19, MALAYSIA PERLU TOLAK PINDAAN PERATURAN KESIHATAN ANTARABANGSA 2005 - PPIM
No comments:
Post a Comment