Kuala Lumpur: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) akan cuba membantu keluarga mangsa yang menjadi buruan along agar mereka dapat dibebaskan daripada belenggu hutang.
Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata, pihaknya juga akan berbincang dengan pihak berkaitan bagi mengurangkan hutang Along yang dihadapi keluarga berkenaan.
Menurutnya, selain itu, PPIM juga akan menggunakan beberapa pendekatan untuk menyelamatkan mangsa daripada cengkaman Along.
"Mereka yang meminjam daripada Along selalunya berurusan secara senyap dan kebanyakkannya akan merahsiakan daripada diketahui orang.
"Perkara sebegini akan menyebabkan keluarga tidak mengetahui apa yang berlaku dan akhirnya akan memakan diri sendiri," katanya ketika dihubungi, semalam.
Katanya, masalah seumpama ini boleh dielakkan jika peminjam berbincang dengan keluarga dahulu supaya masalah ini tidak akan mengganggu kehidupan mereka pada masa depan.
Artikel oleh : Harian Metro
PPIM SEDIA BANTU CARI PENYELESAIAN
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2024/05/1091314/ppim-sedia-bantu-cari-penyelesaian
No comments:
Post a Comment