Showing posts with label MENTEGA TERBANG. Show all posts
Showing posts with label MENTEGA TERBANG. Show all posts

Friday, September 15, 2023

'CEKUP DALANG BIKIN FILEM MENTEGA TERBANG' - BERITA HARIAN - 15/09/2023

 

KUALA LUMPUR : Dalam menyambut baik perintah larangan terhadap tayangan filem kontroversi, Mentega Terbang seperti diwartakan kerajaan sejak 1 September lalu, pelbagai pihak menggesa tindakan diambil terhadap 'dalang' di sebalik pembikinan naskhah kontroversi itu.

Setiausaha Agung Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN), Hafiz Nafiah, berkata Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) wajar mengambil tindakan susulan berikutan pembikinan Mentega Terbang melanggar batas penerbitan filem di Malaysia.

"Saya gesa FINAS ambil langkah seterusnya dengan menggantung syarikat penerbitan filem Mentega Terbang mengikut undang-undang.

"Saya setuju apabila Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengharamkan filem ini. Tetapi, apa pula tindakan kepada syarikat dan individu terbabit?

"Jadi, untuk tindakan selanjutnya, mungkin FINAS boleh haramkan syarikat ini. Apabila tindakan ini diambil, ia jadi penanda aras supaya tiada lagi produksi lain melakukan perkara sama.

"Jika masih ada yang buat, maka, itulah kesan mereka terima. Garis panduan sudah ada, cuma tindakan selanjutnya perlu diambil kerana perkara ini sudah berlaku berulang kali.

Hafiz berpendapat filem Mentega Terbang boleh menjejaskan keharmonian sesama masyarakat di negara ini. - Foto ihsan Hafiz Nafiah

"Bukan filem Mentega Terbang sahaja, ada lagi filem lain yang menyentuh sensitiviti Islam ini," katanya kepada BH Online.

Kelmarin, kerajaan dilapor mewartakan perintah larangan terhadap penayangan filem kontroversi Mentega Terbang di seluruh negara.

Warta bertarikh 1 September lalu menerusi Perintah Penapisan Filem (Larangan) 2023 itu turut mencakupi larangan pempameran, pengedaran, pemilikan, penyebaran atau penjualan filem.

Warta itu ditandatangani Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, pada 21 Ogos lalu.

Berdasarkan warta itu, jadual yang dimaksudkan merujuk kepada tajuk filem iaitu Mentega Terbang, arahan Khairil Anwar Jailani, terbitan Anomalist Production dan Meng Kheng Entertainment.

Filem Mentega Terbang menyentuh perbezaan dan persamaan agama utama di Malaysia mendapat kritikan orang ramai dan penggiat seni berikutan tayangannya di platform dalam talian.

Malah, tular sedutan babak tertentu dalam filem itu yang memaparkan watak utama bernama Aisyah tanpa berselindung meminta daging babi daripada rakan bukan Islamnya untuk dimakan, selain bapanya membenarkan Aisyah keluar dari Islam dan memeluk agama lain.

Filem Mentega Terbang menyentuh perbezaan dan persamaan agama utama di Malaysia mendapat kritikan orang ramai dan penggiat seni berikutan tayangannya di platform dalam talian. - Foto NSTP

Sedutan babak tular itu mengundang kemarahan warga maya yang mempersoalkan bagaimana filem itu dibenarkan untuk tontonan umum.

Hafiz berkata, filem Mentega Terbang boleh menjejaskan keharmonian sesama masyarakat di negara ini.

"Saya secara konsisten tidak bersetuju dengan filem Mentega Terbang ini sejak awal lagi. Saya yakin banyak lagi kandungan atau isu yang boleh diangkat untuk menjadikan filem atau sesebuah cerita yang boleh memberikan kebaikan kepada masyarakat," katanya.

Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan menyambut baik perintah larangan tayangan filem Mentega Terbang biarpun tindakan itu sepatutnya diambil sejak awal lagi.

"Saya setuju dengan pengharaman filem Mentega Terbang. Namun, mengapa ambil masa begitu lama? Disebabkan keputusan mengharamkan filem ini sedikit lambat, jadi, mungkin sudah ramai yang menonton.

"Bagaimanapun, saya bersetuju dengan langkah itu kerana ia mengekang daripada terus berleluasa," katanya.

Nadzim berkata, sebagai langkah mengelak masalah sama berulang, mana-mana filem dikeluarkan perlu menjalani proses tapisan awal dengan betul.

"Mungkin KDN perlu teliti langkah yang lebih efisien dalam soal penapisan filem pada peringkat awal supaya isu begini tidak berulang.

"Sebagai pengajaran untuk produksi filem ini, mungkin perlu diambil tindakan daripada segi undang-undang. Perlu siasat sama ada filem itu diterbitkan dengan berniat jahat atau tidak.

"Jika sabit kesalahan, maka beri hukuman yang dirasakan sesuai," katanya.

Nadzim berharap penggiat filem lebih peka dalam berkarya dan menetapkan matlamat yang menepati garis panduan sewajarnya agar tidak timbul lagi isu sama.

"Selepas ini, kalau boleh tiada lagi filem yang menyentuh pasal sensitiviti umat Islam di negara ini. Selain itu, setiap filem dihasilkan perlu ada matlamat yang ingin dibawa.

"Jika matlamat mereka untuk membuat orang ramai sakit hati atau berpotensi menjejaskan hubungan sesama kaum, maka ia tidak wajar ditayangkan," katanya.

Artikel oleh: Berita Harian

'CEKUP DALANG BIKIN FILEM MENTEGA TERBANG'

https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/2023/09/1152971/cekup-dalang-bikin-filem-mentega-terbang

Monday, March 13, 2023

MENTEGA TERBANG: FILEM YANG CUKUP JAHAT - SAMUDERA.MY - 13/03/2023

 

KUALA LUMPUR, 13 Mac 203 – “Filem yang cukup jahat, pada saya ini satu benda yang cukup jahatlah. Apa sebab dia nak buat? Apa benda yang dia nak buat? Kerja dia nak menyebarkan agama ke? Nak sebarkan agama pun benda yang salah. Ataupun nak masukkan relationship pun benda tu benda yang salah,” tegas Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan. 

“Mereka buat benda yang tak ada motif. Benda yang cuma kita tengok orang, kita lempang orang lepas tu kita dendam. Ini ada benda yang kita buat secara jelas membuat orang lain marah. Ini juga menyalahi Perlembagaan kita,” ujarnya. 

Namun masih terdapat pihak yang cuba mengaitkan filem tersebut dengan konsep Madani yang diperkenalkan Kerajaan, jawab beliau, Madani ni pada sayalah benda yang membawa kepada kebaikan, membawa kepada bertambah baiknya keadaan kita, eloknya keadaan kita, bukannya peluang untuk orang buat komen-komen dan kononnya itu merupakan satu kaedah ataupun approach baru. 

Menurutnya, benda ni mudah je, kalau kita pergi lempang orang, kalau nak ikutkan, itu pun Madani jugak, dia tak boleh begitu. 

“Tetapi asasnya sama je, asasnya baik kita cari kebaikan, tak boleh kata konon kita nak cari kebaikan tapi kita buat kejahatan, jadi benda ni tak masuk akal lah. Langsung tak masuk akal.” 

Sedangkan, kita kat rumah pun boleh bergaduh, adik-beradik pun boleh bergaduh kalau kita tidak jaga tatasusila. Tapi perkara ini langsung satu benda yang tak masuk akal, benda yang mengata orang, merosakkan orang, membuat provokasi. 

“Kalau kita cakap bapak dia pun, tentu dia marah, ini kau cakap agama lagilah marah kan. Jadi pada saya kita tak terima benda-benda ni. Nak terima tak terima, Kerajaan kena ambik tindakan dengan serius, dengan cukup-cukup serius,” tegas aktivis yang terkenal dengan gelaran Toqqi itu lagi. 

Tambah Toqqi, memang filem ini telah melanggar sensitiviti. Sebenarnya masalah ini dah lama, masalah ini melibatkan proses pendidikan, masalah ini masalah proses pembelajaran di masa-masa dulu lagi. 

Jadi, bila ini terjadi, dia merupakan daripada asas ataupun benda-benda yang tidak betul lah. Kita tak mengajar, lepas tu kalau kita tak mengajar, kita expect orang boleh belajar, jadi benda tu tak betullah. Jadi, kita nak kena ada usaha benda yang betullah. 

Menurutnya, benda ni bukan overnight, benda ni dah berpuluh-puluh tahun kan. Pendidikan kita ni kita yang lakukan, kononnya untuk kebaikan tapi kita pun tipu diri kita juga, kita tak buat benda yang betul pun. Kita tak buat benda betul, sesama kita pun kita tak buat, dengan orang lain pun kita tak buat. 

“Kita tipu orang kita, kita buli orang kita sendiri, orang lain pun kita buli, jadi asas itu tak betul lah,” katanya. 

Kerajaan pada hemat beliau harus bertegas, kena buat sesuatu yang akan menghindarkan orang lain untuk buat, kononnya nak buat lagi orang takut lah, tapi kenalah ada hukuman yang cukup tegas, kalau tak tegas tak jadi bendalah.

“Sampai hari ni mana ada ketegasan pun. Tak boleh! kita nak kena ubah balik benda ni,” katanya mengakhiri perbualan. 


Artikel oleh: Samudera.my

MENTEGA TERBANG: FILEM YANG CUKUP JAHAT

https://www.samudera.my/mentega-terbang-filem-yang-cukup-jahat-toqqi/

Thursday, March 2, 2023

FILEM PENDEK MENTEGA TERBANG TERUS DIKECAM - BEBAS NEWS - 02/03/2023

 

SEPANG — Filem pendek Mentega Terbang terus mendapat kecaman dan desakan supaya pihak berkuasa mengambil tindakan tegas berikutan ia didakwa bertentangan dengan akidah dan cara kehidupan umat Islam di Malaysia.

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) hari ini turut menggesa kerajaan dan pihak berkuasa lain mengambil tindakan tegas terhadap penerbit, pelakon dan individu yang terbabit dalam pembikinan filem itu.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, berkata filem terbabit yang tular di media sosial baru-baru ini jelas mencabar dan membangkitkan kemarahan umat Islam khususnya di negara ini.

Beliau berkata, Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) perlu bertindak dan bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan lain untuk mengambil tindakan kerana filem itu adalah satu provokasi terhadap umat Islam di negara ini.

“Hentikan amalan berselindung di sebalik ‘tiada kuasa’, maruah agama Islam semakin diinjak-injak di negara ini, perbuatan ini sangat melampau,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Nadzim berkata, video itu secara terang mengajak agama lain memperkecilkan Islam sekali gus mencetuskan kemarahan sehingga menyebabkan keresahan dan mungkin pergaduhan antara kaum.

“Kesan penyebaran video itu juga amat besar kerana ia jelas sekali memesongkan akidah, mengelirukan umat Islam terutama anak muda. 

“Adakah pihak penerbit dan pengarah sudah terlalu ketandusan idea menerbitkan filem sehingga mencabar umat Islam di negara ini?,” katanya. 

Pada masa yang sama, Nadzim menyeru Menteri Hal Ehwal Undang Undang, Datuk Seri Azalina Othman mempertimbangkan hukuman lebih berat dan tegas terhadap mereka yang menghina agama lain khususnya Islam. 

Semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, berkata Jakim sedang meneliti kandungan filem berkenaan secara menyeluruh dan mengemukakan laporan terperinci kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM) untuk tindakan lanjut berpandukan undang-undang sedia ada. 

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) juga diarah memanggil mereka yang terbabit dengan penerbitan filem itu. 

Menurut Mohd Na’im, pihaknya memahami sensitiviti masyarakat dan tidak akan berkompromi dengan apa juga kandungan penerbitan yang boleh mencemarkan kesucian Islam lebih-lebih lagi yang boleh mengundang kontroversi dan keharmonian masyarakat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai latar belakang agama, budaya dan cara hidup. 

Sebelum ini juga Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi terhadap produksi filem Mentega Terbang. 

Ketua Penerangan Putra, Mohamad Shahrulufti Mohamad Sharif menyifatkan filem itu cukup berbahaya kepada anak-anak muda khususnya yang belum memahami ajaran Islam sepenuhnya. 

“Filem tersebut jelas satu provokasi terhadap Islam agama Persekutuan yang meletakkan Islam sama dengan agama-agama lain,” katanya 

Beliau juga mahu pihak berkuasa termasuk Jakim dan Jawi bertindak dan selanjutnya Kementerian Dalam Negeri mengharamkan tayangan filem itu selepas mendapat nasihat dari Jakim atau Majlis Agama Islam. 

“Ini kerana filem itu cukup berbahaya kepada anak-anak muda khususnya yang belum memahami ajaran Islam sepenuhnya,” katanya. 

Mentega Terbang mengisahkan pencarian seorang remaja terhadap apakah yang akan berlaku selepas seseorang itu meninggal dunia. 

Berdasarkan treler, terdapat adegan remaja itu membaca Bible. Terdapat juga gambaran dan dialog berkaitan rumah ibadat pelbagai agama. — BebasNews 


Artikel oleh: BebasNews 

FILEM PENDEK MENTEGA TERBANG TERUS DIKECAM

https://bebasnews.my/2023/03/02/filem-pendek-mentega-terbang-terus-dikecam/

MENTEGA TERBANG: AMBIL TINDAKAN TEGAS KEPADA SEMUA TERLIBAT - SINAR HARIAN - 02/03/2023

 

SHAH ALAM - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa kerajaan dan pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap semua pihak yang terlibat dalam pembikinan filem pendek bertajuk Mentega Terbang.

Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan dalam satu kenyataan pada Khamis berkata, ini kerana kandungan filem berkenaan yang menyentuh sensitiviti jelas mencabar dan menimbulkan kemarahan orang Islam di Malaysia.

“Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) perlu bertindak dan bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan lain untuk mengambil tindakan kerana filem itu adalah satu provokasi terhadap umat Islam di negara ini.

"Hentikan amalan berselindung di sebalik 'tiada kuasa', maruah agama Islam semakin diinjak-injak di negara ini. Perbuatan ini sangat melampau," katanya.

Sebelum ini, filem indie tempatan yang ditayangkan menerusi platfrom penstriman video itu mengundang kecaman dan kegusaran orang awam, berikutan karya itu didakwa memaparkan adegan dengan unsur-unsur bertentangan fahaman serta kepercayaan agama.

Ia mendapat pelbagai reaksi dan kritikan daripada pengguna sosial media yang menganggap filem berkenaan melampau dan bertentangan dengan ajaran Islam.

Mengulas mengenai kandungan filem tersebut, Nadzim mendakwa, ia secara terang mengajak agama lain memperkecilkan Islam sekali gus mencetuskan kemarahan sehingga menyebabkan keresahan dan mungkin pergaduhan antara kaum.

"Kesan penyebaran video itu juga amat besar kerana ia jelas sekali memesongkan akidah, mengelirukan umat Islam terutama anak muda. Adakah pihak penerbit dan pengarah sudah terlalu ketandusan idea menerbitkan filem sehingga mencabar umat Islam di negara ini?

“Semua pihak termasuk, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), badan bukan kerajaan (NGO) Islam perlu mengambil tindakan agar semua yang terbabit ditangkap dan diambil tindakan," katanya.

Dalam pada itu, beliau meminta Menteri Hal Ehwal Undang Undang, Datuk Seri Azalina Othman mempertimbangkan hukuman lebih berat dan tegas terhadap mereka yang menghina agama khususnya Islam.


Artikel oleh: Sinar Harian

MENTEGA TERBANG: AMBIL TINDAKAN TEGAS KEPADA SEMUA TERLIBAT

https://www.sinarharian.com.my/article/247810/berita/semasa/mentega-terbang-ambil-tindakan-tegas-kepada-semua-terlibat

ISU FILEM 'MENTEGA TERBANG': PROVOKASI TERHADAP ISLAM, AMBIL TINDAKAN TEGAS - PPIM - THE MERDEKA TIMES - 02/03/2023

 

  • Filem terbabit (Mentega Terbang) tular di media sosial baru-baru ini jelas mencabar dan membangkitkan kemarahan umat Islam khususnya di negara ini. – Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan
  • JAKIM perlu bertindak dan bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan lain untuk ambil tindakan kerana filem itu adalah satu provokasi terhadap umat Islam di negara ini.
  • “Hentikan amalan berselindung di sebalik ‘tiada kuasa’, maruah agama Islam semakin diinjak-injak di negara ini, perbuatan ini sangat melampau”.
  • “Semua pihak termasuk, SKMM dan NGO Islam perlu ambil tindakan agar semua yang terbabit ditangkap dan diambil tindakan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa kerajaan dan pihak berkuasa lain mengambil tindakan tegas terhadap penerbit, pelakon dan individu yang terbabit dalam pembikinan filem pendek Mentega Terbang.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, berkata filem terbabit yang tular di media sosial baru-baru ini jelas mencabar dan membangkitkan kemarahan umat Islam khususnya di negara ini.

Beliau berkata Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) perlu bertindak dan bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan lain untuk mengambil tindakan kerana filem itu adalah satu provokasi terhadap umat Islam di negara ini.

“Hentikan amalan berselindung di sebalik ‘tiada kuasa’, maruah agama Islam semakin diinjak-injak di negara ini, perbuatan ini sangat melampau,” katanya melalui kenyataan hari ini. 


Artikel oleh: The Merdeka Times

ISU FILEM 'MENTEGA TERBANG': PROVOKASI TERHADAP ISLAM, AMBIL TINDAKAN TEGAS - PPIM

https://themerdekatimes.com/news/2023/03/isu-filem-mentega-terbang-provokasi-terhadap-islam-ambil-tindakan-tegas-ppim/

PROVOKASI TERHADAP ISLAM, PPIM TUNTUT TINDAKAN TEGAS TERHADAP MENTEGA TERBANG - BERITA HARIAN - 02/03/2023

 

KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa kerajaan dan pihak berkuasa lain mengambil tindakan tegas terhadap penerbit, pelakon dan individu yang terbabit dalam pembikinan filem pendek Mentega Terbang.

Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan, berkata filem terbabit yang tular di media sosial baru-baru ini jelas mencabar dan membangkitkan kemarahan umat Islam khususnya di negara ini.

Beliau berkata, Jabatan Kemajuan Islam (JAKIM) perlu bertindak dan bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan lain untuk mengambil tindakan kerana filem itu adalah satu provokasi terhadap umat Islam di negara ini.

"Hentikan amalan berselindung di sebalik 'tiada kuasa', maruah agama Islam semakin diinjak-injak di negara ini, perbuatan ini sangat melampau," katanya melalui kenyataan hari ini.

Nadzim berkata, video itu secara terang mengajak agama lain memperkecilkan Islam sekali gus mencetuskan kemarahan sehingga menyebabkan keresahan dan mungkin pergaduhan antara kaum.

"Kesan penyebaran video itu juga amat besar kerana ia jelas sekali memesongkan akidah, mengelirukan umat Islam terutama anak muda.

"Adakah pihak penerbit dan pengarah sudah terlalu ketandusan idea menerbitkan filem sehingga mencabar umat Islam di negara ini?"Justeru, semua pihak termasuk, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SKMM), badan bukan kerajaan (NGO) Islam perlu mengambil tindakan agar semua yang terbabit ditangkap dan diambil tindakan," katanya.

Sementara itu, Nadzim menyeru Menteri Hal Ehwal Undang Undang, Datuk Seri Azalina Othman mempertimbangkan hukuman lebih berat dan tegas terhadap mereka yang menghina agama lain khususnya Islam.

Baru-baru ini, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) diarah memanggil mereka yang terbabit dengan penerbitan filem dalam talian berjudul Mentega Terbang yang didakwa bertentangan dengan akidah dan cara kehidupan umat Islam yang memegang Mazhab Syafie.


Artikel oleh: Berita Harian

PROVOKASI TERHADAP ISLAM, PPIM TUNTUT TINDAKAN TEGAS TERHADAP MENTEGA TERBANG

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/03/1071176/provokasi-terhadap-islam-ppim-tuntut-tindakan-tegas-terhadap-mentega

CARI DAN AMBIL TINDAKAN TERHADAP SEMUA TERLIBAT FILEM PESONGKAN AKIDAH ISLAM - KENYATAAN MEDIA PPIM - 02/03/2023

KUALA LUMPUR - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa pihak berkuasa bertindak tegas terhadap penerbit, pelakon dan semua yang terlibat dalam pembikinan filem pendek Mentega Terbang.

Video yang tular di media sosial baru-baru ini jelas mencabar umat Islam dan membangkitkan kemarahan umat Islam khususnya di Malaysia.

Dalam satu kenyataan, Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan @ Toqqi berkata, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) perlu bertindak dan bekerjasama dengan agensi penguatkuasaan lain.

"Hentikan amalan berselindung disebalik 'tiada kuasa', maruah agama Islam semakin diinjak-injak di Malaysia, perbuatan ini sangat melampau," katanya tegas.

Tambah beliau pembikinan dan edaran filem itu adalah satu provokasi terhadap umat Islam di negara ini.

"Jangan sampai kami bertindak sendiri, baru pihak berkuasa nak ambil tindakan. Tetapi bukan terhadap pelaku kerana kami yang 'bertindak' dahulu bukan penguatkuasa," katanya.

Menurut Nadzim semua pihak harus ambik tindakan termasuk Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) yang mana Menterinya juga seorang Islam.

"JAKIM bangun dari tidur!!! NGO- NGO Islam akan membuat laporan polis, bantu polis jejak pelaku. Kami sanggup tawarkan habuan sehingga tertangkap semua yang terlibat," katanya.

Kesan perbuatan (penyebaran video) ini amat besar kerana menurut Nadzim jelas sekali ia memesongkan akidah, mengelirukan umat Islam terutama anak muda.

"Video itu secara terang mengajak agama lain memperkecilkan Islam dan mencetus kemarahan umat Islam sehingga menyebabkan keresahan dan mungkin pergaduhan antara kaum," katanya.

Adakah pihak penerbit dan pengarah sudah terlalu ketandusan idea menerbitkan filem sehingga mencabar umat Islam di negara ini?

Nadzim turut menyeru semua pihak termasuk Imigresen dan Kementerian Dalam Negeri membantu usaha menjejaki pihak biadab ini.

Selain itu, Nadzim menyeru Menteri Hal Ehwal Undang-Undang Datuk Seri Azalina Othman untuk mempertimbangkan hukuman lebih berat dan tegas terhadap mereka yang menghina agama lain khususnya agama Islam.

"Batalkan sahaja kerakyatan mereka jika mereka tidak suka dengan hakikat Malaysia adalah negara Islam, itu perlembagaan negara kita! " tegas Nadzim.

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL