Showing posts with label KETIDAKPATUHAN HALAL. Show all posts
Showing posts with label KETIDAKPATUHAN HALAL. Show all posts

Tuesday, September 6, 2022

ISU PUSAT SEMBELIH: JAKIM AKAN HANTAR PASUKAN AUDIT KE AUSTRALIA - KOSMO - 01/09/2022

 

BUKIT GANTANG – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) akan menghantar pasukan auditnya ke Australia berhubung isu pusat penyembelihan di negara itu dalam masa terdekat.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad berkata, kerajaan tidak pernah diam atau menutup mata dengan isu pusat penyembelihan di Australia.

“Benda makan ini jadi darah daging kita, tak kan kita nak senyap bab benda halal haram. Kita mesti bertindak. Walaupun kita terima pelbagai desakan supaya kita longgarkan bab halal ini, itu tidak boleh dilakukan kerana kita punya piawaian yang ketat.

“Ini kerana piawaian beginilah menyebabkan orang lain menghormati piawaian halal yang ada pada Jakim,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada 11 keluarga mangsa banjir di Dewan Kampung Air Kuning Changkat Jering di sini hari ini.

Menurut Idris, pihaknya sentiasa peka serta memantau sebarang maklumat terkini berhubung isu tersebut.

“Kita akan keluarkan segala maklumat yang terkini berhubung perkara itu kerana ia melibatkan isu halal haram yang sememangnya sensitif bagi masyarakat Islam di negara kita ini. Perkara ini sememangnya diberi perhatian yang serius dan kita tidak lalai untuk menangani isu terbabit,” katanya.

Bulan lalu, Ketua Pengarah Jakim dalam kenyataannya memaklumkan mereka masih lagi menunggu laporan audit daripada Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) melibatkan sembelihan di Australia.

Isu tersebut mendapat desakan daripada Persatuan Pengguna Islam Malaysia(PPIM) serta gabungan badan bukan kerajaan (NGO) supaya kerajaan memberikan penjelasan berhubung pendedahan isu daging yang diimport dari pusat penyembelihan di negara itu yang diproses dengan cara tidak halal. – KOSMO! ONLINE


Artikel oleh: Kosmo

ISU PUSAT SEMBELIH: JAKIM AKAN HANTAR PASUKAN AUDIT KE AUSTRALIA

https://www.kosmo.com.my/2022/09/01/isu-pusat-sembelih-jakim-akan-hantar-pasukan-audit-ke-australia/

Monday, August 29, 2022

"ISU DAGING IMPORT TIDAK HALAL, JAKIM BELUM BERI PENYELESAIAN," - GABUNGAN NGO - THE MERDEKA TIMES - 25/08/2022

 

  • Tiada penjelasan berhubung isu daging import halal yang didedahkan sebelum ini sebaliknya Jakim menyatakan pihaknya masih menunggu laporan audit dari JPV.
  • “Kita ada pengakuan bersumpah (SD), penampilan The Hooded Man, bukti-bukti dan video. Jadi mengapa ia mengambil masa yang lama?” – Presiden Perkemas.
  • Berikutan itu, gabungan NGO gesa JAKIM tubuhkan jawatankuasa khas tangani keraguan status halal daging import.
  • “Saya bersedia membantu sebagai pemantau JAKIM serta bekerjasama dengan atase halal di Australia.” – Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan.
  • “Sekiranya suara NGO tidak dipedulikan, ada masalah dalam sistem sedia ada. Perkara ini (isu halal) telah berlaku bertahun-tahun. Justeru dengan pembabitan wakil NGO, ia dapat mengikis keraguan pengguna pada masa akan datang.”

KUALA LUMPUR – Gabungan badan bukan kerajaan (NGO) menggesa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk menubuhkan jawatankuasa khas dalam usaha menangani keraguan status halal daging import.

Desakan itu dibuat enam NGO Islam iaitu, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM); Pertubuhan Kemasyarakatan Rakyat (Pekemas); Pertubuhan Produk Ummah Malaysia; Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Malaysia (Perkid), Persatuan Anti Diskriminasi dan Salah Laku serta Sahabat 99.

Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata, isu itu sudah diperjuangkan pihaknya sejak dua dekad lalu, namun masih tiada penyelesaian dan menyatakan kesediaannya untuk membantu sebagai pemantau Jakim serta bekerjasama dengan atase halal di Australia.

“Kita bersedia menghantar NGO ke sana (Australia) bagi melaksanakan tugas-tugas pemantauan. Ini kerana banyak keraguan yang perlu diperjelaskan termasuk hasil Jakim dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) yang dikatakan masih tidak melakukan pemeriksaan di rumah sembelihan berkenaan.

“Sekiranya suara NGO tidak dipedulikan, ada masalah dalam sistem sedia ada. Perkara ini (isu halal) telah berlaku bertahun-tahun.

“Justeru dengan adanya pembabitan wakil NGO, ia dapat mengikis keraguan pengguna pada masa akan datang,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat PPIM di sini, pada Khamis.

Media tempatan pada 14 Mei lalu melaporkan, loji sembelihan di Australia, Thomas Foods International Lobethal digantung kelulusan sebagai pembekal selepas didapati melanggar protokol sembelihan halal.

Supreme Islamic Council of Halal Meat in Australia Inc (SICHMA) selaku badan pensijilan halal yang bertanggungjawab dalam penyeliaan halal ke atas loji sembelihan itu diberi surat tunjuk sebab kerana tidak mematuhi keperluan standard dan prosedur halal Malaysia.

Dalam pada itu, Nadzim berkata, gabungan NGO berkenaan akan menghantar satu memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam masa terdekat bagi menyelesaikan permasalahan yang sudah berlarutan itu.

Sementara itu, Presiden Perkemas, Faizan Mohd Nor memaklumkan masalah berkenaan masih berlarutan walaupun pendedahan telah dibuat oleh seorang bekas pekerja di rumah sembelihan terbabit lebih tiga bulan yang lalu.

Katanya, sehingga kini tiada penjelasan berhubung isu daging import halal yang didedahkan sebelum ini sebaliknya Jakim hanya mengeluarkan kenyataan menyatakan pihaknya masih menunggu laporan audit dari JPV.

“Jakim juga wajib menjelaskan mengapa mengambil masa walaupun perkara ini sudah berlarutan bertahun-tahun dengan bukti yang sangat jelas.

“Kita ada pengakuan bersumpah (SD), penampilan The Hooded Man, bukti-bukti dan video. Jadi mengapa ia mengambil masa yang lama?” soalnya.


Artikel oleh: THE MERDEKA TIMES

"ISU DAGING IMPORT TIDAK HALAL, JAKIM BELUM BERI PENYELESAIAN," - GABUNGAN NGO

https://themerdekatimes.com/blog/2022/08/isu-daging-import-tidak-halal-jakim-belum-beri-penyelesaian-gabungan-ngo/

DAGING AUSTRALIA | MASIH ADA BAKI RUMAH SEMBELIH LANGGAR SOP HALAL – NGO - ASTRO AWANI - 25/08/2022

 

Seorang lagi bekas pekerja di rumah penyembelihan di Australia pada Khamis tampil membuat pengakuan tentang ketidakpatuhan halal di negara itu.

Presiden Pertubuhan Kemasyarakatan Rakyat (PEKEMAS), Faizan Mohd Nor berkata, bekas pekerja itu mendakwa menyaksikan sendiri segala pelanggaran SOP halal yang dilakukan sebuah loji sembelihan haiwan di Lobethal, Australia.


Sumber: Astro Awani

DAGING AUSTRALIA | MASIH ADA BAKI RUMAH SEMBELIH LANGGAR SOP HALAL – NGO

https://www.youtube.com/watch?v=TpCLCpNqmLo

PPIM, PEKEMAS DESAK TINDAKAN LEBIH TEGAS TERHADAP KETIDAKPATUHAN SOP PUSAT SEMBELIHAN - BERNAMA - 25/08/2022

 

#BuletinBernama : Seorang lagi bekas pekerja di rumah penyembelihan di Australia tampil membuat pengakuan bagi mengesahkan ketidakpatuhan halal itu benar-benar berlaku.

Menurut Presiden Pertubuhan Kemasyarakatan Rakyat (PEKEMAS) Faizan Mohd Nor, bekas pekerja itu mendakwa menyaksikan sendiri segala pelanggaran SOP Halal yang dilakukan sebuah loji sembelihan haiwan di Lobethal, Australia.

Sumber: Bernama

PPIM, PEKEMAS DESAK TINDAKAN LEBIH TEGAS TERHADAP KETIDAKPATUHAN SOP PUSAT SEMBELIHAN

https://www.youtube.com/watch?v=CtQQfxso6O0

NGO GESA TUBUH JAWATANKUASA SELESAI ISU DAGING IMPORT HALAL - SINAR HARIAN - 25/08/2022

 

KUALA LUMPUR - Gabungan badan bukan kerajaan (NGO) menggesa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) untuk menubuhkan jawatankuasa khas dalam dalam usaha menangani keraguan status halal daging import.

Desakan itu dibuat enam NGO Islam iaitu, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM); Pertubuhan Kemasyarakatan Rakyat (Pekemas); Pertubuhan Produk Ummah Malaysia; Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Malaysia (Perkid), Persatuan Anti Diskriminasi dan Salah Laku serta Sahabat 99.

Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim Johan berkata, isu itu sudah diperjuangkan pihaknya sejak dua dekad lalu, namun masih tiada penyelesaian dan menyatakan kesediaannya untuk membantu sebagai pemantau Jakim serta bekerjasama dengan atase halal di Australia.

"Kita bersedia menghantar NGO ke sana (Australia) bagi melaksanakan tugas-tugas pemantauan. Ini kerana banyak keraguan yang perlu diperjelaskan termasuk hasil Jakim dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) yang dikatakan masih tidak melakukan pemeriksaan di rumah sembelihan berkenaan.

"Sekiranya suara NGO tidak dipedulikan, ada masalah dalam sistem sedia ada. Perkara ini (isu halal) telah berlaku bertahun-tahun.

"Justeru dengan adanya pembabitan wakil NGO, ia dapat mengikis keraguan pengguna pada masa akan datang," katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat PPIM di sini, pada Khamis.

Media tempatan pada 14 Mei lalu melaporkan, loji sembelihan di Australia, Thomas Foods International Lobethal digantung kelulusan sebagai pembekal selepas didapati melanggar protokol sembelihan halal.

Supreme Islamic Council of Halal Meat in Australia Inc (SICHMA) selaku badan pensijilan halal yang bertanggungjawab dalam penyeliaan halal ke atas loji sembelihan itu diberi surat tunjuk sebab kerana tidak mematuhi keperluan standard dan prosedur halal Malaysia.

Dalam pada itu, Nadzim berkata, gabungan NGO berkenaan akan menghantar satu memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam masa terdekat bagi menyelesaikan permasalahan yang sudah berlarutan itu.

Sementara itu, Presiden Perkemas, Faizan Mohd Nor memaklumkan masalah berkenaan masih berlarutan walaupun pendedahan telah dibuat oleh seorang bekas pekerja di rumah sembelihan terbabit lebih tiga bulan yang lalu.

Katanya, sehingga kini tiada penjelasan berhubung isu daging import halal yang didedahkan sebelum ini sebaliknya Jakim hanya mengeluarkan kenyataan menyatakan pihaknya masih menunggu laporan audit dari JPV.

"Jakim juga wajib menjelaskan mengapa mengambil masa walaupun perkara ini sudah berlarutan bertahun-tahun dengan bukti yang sangat jelas.

"Kita ada pengakuan bersumpah (SD), penampilan The Hooded Man, bukti-bukti dan video. Jadi mengapa ia mengambil masa yang lama?" soalnya.


Artikel oleh: Sinar Harian

NGO GESA TUBUH JAWATANKUASA SELESAI ISU DAGING IMPORT HALAL

https://www.sinarharian.com.my/article/218213/berita/nasional/ngo-gesa-tubuh-jawatankuasa-selesai-isu-daging-import-halal

🔥[LIVE] 🔥DIMANA TAHAP INTEGRITI HALAL MALAYSIA - AUSTRALIA - TV.PPIM - 25/08/2022

 


Sumber: TV.PPIM


MGNEWS: YANG KITA MAKAN INI BANGKAI! NGO MAHU JAKIM RESPON SEGERA - MALAYSIA GAZETTE TV - 25/08/2022

 

Sumber: Malaysia Gazette TV

MGNEWS: YANG KITA MAKAN INI BANGKAI! NGO MAHU JAKIM RESPON SEGERA

https://www.youtube.com/watch?v=SVUCnOvRIWk

'TUDUH SAYA SABOTAJ OPERASI SEMBELIHAN TIDAK BENAR' - UTUSAN MALAYSIA - 26/08/2022

 

KUALA LUMPUR: Pengakuan seorang lagi bekas pekerja sembelihan di Thomas Food Industries (TFI), Australia yang mengesahkan segala kejadian ketidakpatuhan halal di rumah sembelihan itu menguatkan lagi dakwaan sebelum ini.

Bercakap kepada Utusan Malaysia, Abdullah yang juga dikenali sebagai The Hooded Man berkata, dakwaan bekas pekerja terbabit yang dikenali sebagai Ahmad bahawa aktiviti itu sudah lama berlaku secara tidak langsung menafikan tuduhan dia merancang mensabotaj TFI.

Kata Abdullah, dia langsung tidak mengenali Ahmad yang menyertai TFI lebih awal daripadanya.

“Saya bertemu Ahmad secara kebetulan di sebuah masjid, dan perkenalan kali pertama di situ telah membongkarkan kegiatan di TFI apabila haiwan dilemaskan dalam takungan darah adalah amalan biasa di pusat pe­nyembelihan.

“Ahmad kemudiannya memberitahu dia meninggalkan TFI kerana tidak mahu lagi bersekongkol dengan kegiatan yang melanggar prosedur halal sejak hari pertama dia bekerja dan hanya mampu bertahan enam bulan,” katanya di sini semalam.

Terdahulu, Abdullah muncul sekali lagi dalam sidang akhbar yang dianjurkan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dan Pertubuhan kemasyarakatan Rakyat (Pekemas) bersama beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam lain se­perti Pertubuhan Kebajikan Darul Islah Malaysia (PERKID), Pertubuhan Produk Ummah Malaysia, Persatuan Anti Diskriminasi dan Salah Laku serta Sahaba 99.

Kemunculan menerusi persidangan video itu bagi mendedahkan pengakuan Ahmad itu bersama surat akuan bersumpah (SD) yang dibuat Ahmad pada 7 Ogos lalu di bawah Akta Akuan Berkanun 1959 di Victoria bagi membuktikan segala dakwaannya bukan satu rekaan.

Dalam SD itu, Ahmad menyatakan, sepanjang bekerja antara April hingga Oktober 2020, ‘kegiatan’ melemaskan haiwan dalam darah sebelum di­sembelih disaksikan sejak hari pertama dia bekerja dan setiap hari kira-kira 6,000 haiwan biri-biri disembelih dan dia melihat haiwan jatuh dan mati dalam takungan darah.

Katanya, haiwan-haiwan itu kemudian disahkan halal walaupun nyata ia bangkai. – UTUSAN


Artikel oleh: Utusan Malaysia

'TUDUH SAYA SABOTAJ OPERASI SEMBELIHAN TIDAK BENAR'

https://www.utusan.com.my/berita/2022/08/tuduh-saya-sabotaj-operasi-sembelihan-tidak-benar/

Friday, August 26, 2022

KENAPA TIADA TINDAKAN TERHADAP PUSAT PENYEMBELIHAN AUSTRALIA? - PPIM - MALAYSIA GAZETTE - 25/08/2022

 

KUALA LUMPUR – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa kerajaan memberikan penjelasan berhubung pendedahan isu daging yang diimport dari pusat penyembelihan di Australia yang diproses dengan cara tidak halal.

Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata, pihaknya akan menghantar memorandum kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selepas tiada tindakan daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).

“Masalah ini sudah berulang-kali kita suarakan namun masih tiada lagi tindakan. Jadi, antara keputusan hari ini adalah untuk kita akan hantar memorandum kepada Perdana Menteri dalam masa segera untuk minta keprihatinannya,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Jelasnya, PPIM serta gabungan bukan kerajaan (NGO) yang lain sedia menghantar wakil untuk ke atase halal di Australia bagi bekerjasama dengan Jakim dalam menyiasat keraguan status berkenaan.

“Kita bersedia hantar wakil NGO ke Australia buat tugas pemantauan sebab banyak keraguan perlu dijelaskan termasuk Jakim dan Jabatan Perkhidmatan Veterinar yang dikatakan masih tidak buat pemeriksaan di rumah sembelihan berkenaan,” ulasnya.

Sementara itu, Presiden Pertubuhan Kemasyarakatan Rakyat (Pekemas), Faizal Mohd Nor berkata, tindakan Jakim yang tidak mengendahkan isu ini adalah tidak bertanggungjawab.

“Apa cerita ini Jakim? Isu umat Islam yang kita suarakan ini melibatkan bab halal dan haram. Kita dah timbulkan isu ini sejak enam bulan lepas tapi tidak diendahkan Jakim. Menteri Agama pula berdolak-dalik tidak ambil tindakan,” jelasnya.

Tambahnya, beberapa gabungan NGO yang berkumpul hari ini mempunyai maklumat yang cukup untuk membuktikan dakwaan tersebut.

Ujar Faizal, ia selepas salah seorang bekas pekerja di loji sembelihan Thomas Foods International (TFI) di Lobethal, Australia itu menghubungi pihaknya.

Bekas pekerja itu melaporkan beberapa haiwan termasuk kambing biri-biri di pusat berkenaan melanggar protokol penyembelihan yang ditetapkan.

Malah, bekas pekerja tersebut turut membuat perakuan bersumpah terhadap kenyataannya itu selepas laporan yang dibuat terhadap jabatan agama di negara itu juga tidak diambil tindakan.

Sebagai rekod, pendedahan lelaki itu yang dibuat dalam satu panggilan video secara langsung hari ini merupakan siri pembongkaran kedua selepas seorang lagi lelaki dikenali sebagai The Hood Man menceritakan perkara sama beberapa bulan lalu.

Terdahulu, wakil NGO menggesa kerajaan menggantung serta-merta lesen badan pensijilan halal Majlis Tertinggi Islam Daging Halal di Australia Inc. (SICHMA) sehingga siasatan mengenai keraguan status halal tersebut selesai. – MalaysiaGazette


Artikel oleh: Malaysia Gazette

KENAPA TIADA TINDAKAN TERHADAP PUSAT PENYEMBELIHAN AUSTRALIA? - PPIM

https://malaysiagazette.com/2022/08/25/kenapa-tiada-tindakan-terhadap-pusat-penyembelihan-australia-ppim/

Thursday, August 25, 2022

LAGI BEKAS PEKERJA RUMAH SEMBELIH TFI AUSTRALIA BUAT PENGAKUAN TERBUKA ISU TIDAK HALAL - SIDANG MEDIA PPIM - 25/08/2022

Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) bersama Pertubuhan Kemasyarakatan Rakyat (PEKEMAS) sekali lagi bekerjasama dalam membongkar isu ketidakpatuhan halal rumah penyembelihan di Australia.

Sehubungan itu, satu sidang media telah diadakan hari ini bagi mendedahkan isu tersebut.

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL