Friday, February 19, 2021

5422) MOSTI, PPIM BINCANG ISU BERKAITAN UMAT ISLAM DAN VAKSIN COVID-19 - DATUK HAJI AHMAD AMZAD HASHIM - 18/02/2021

Tengahari tadi saya berkunjung ke PPIM, Kuala Lumpur bertemu pemimpin pemimpin PPIM untuk membincangkan isu-isu berkaitan ummat Islam termasuk Vaksin Covid-19, Sugarbook dan daging halal.

Antara yang hadir yang sempat saya kenali adalah Ketua Aktivis PPIM, Dato' Nadzim Johan, Pengerusi Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Antarabangsa, Datuk Dr Muspha Ahmad Merican, Pengerusi Lembaga Dasar @ Penasihat Kebangsaan Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Dr. Abdul Kadir, Prof Madya Dr Sulaiman Nordin, Dr Nurul Huda (aktivis isu vaksin) dan Dr (Ustaz) Norazman Mohd Shamsudin (aktivis isu vaksin).

Isu vaksin Covid-19 dibincangkan agak panjang tadi.
Saya suka untuk menerima segala pandangan dan memberikan penjelasan yang alhamdulillah tidak lah sukar untuk saya.
Kebanyakannya soalan yang sudah biasa saya jelaskan dipelbagai media.
PPIM berhasrat supaya penjelasan kerajaan dapat disampaikan kepada orang ramai melalui komunikasi berkesan.
Itu sedang kita usahakan melalui program penerangan oleh Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Vaksin Covid19.
Saya mengajak PPIM untuk berkongsi hasrat agar mengutamakan pendekatan ilmu dalam menangani jurang kefahaman. Kerajaan boleh memberikan jawapan secara berfakta untuk persoalan yang dibangkitkan. Dan kerajaan juga bersedia meneliti segala kritikan dan pandangan bertentangan yang berasaskan fakta.
Saya dan Yang Berhormat Khairy Jamaluddin, Menteri MOSTI dalam pertemuan sebelum ini dengan PPIM telah menyatakan boleh mengaturkan perbincangan ilmiah dalam sebarang isu yang berbangkit. Malaysia mempunyai ramai tenaga pakar termasuk dipelbagai agensi dibawah MOSTI, KKM atau universiti tempatan yang boleh membantu.
Saya tak sangka bertemu pensyarah tamadun Islam saya semasa di UKM tahun 1991, Prof Madya Dr Sulaiman Nordin (83 tahun). "Alhamdulillah, Prof sihat lagi.."
Sebelum beredar saya menyerahkan cetakan buku Program Imunisasi Covid19 Kebangsaan dan Bayan Siri 7 Vaksin Covid19 dan Permasalahannya.


Artikel oleh: FB Datuk Haji Ahmad Amzad Hashim

MOSTI, PPIM BINCANG ISU BERKAITAN UMAT ISLAM DAN VAKSIN COVID-19

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...