Friday, October 15, 2021

5984) KURANG MAKLUMAT PUNCA INDIVIDU TOLAK VAKSIN COVID-19 - SINAR HARIAN - 15/10/2021

 

SHAH ALAM - Kekurangan maklumat berkaitan vaksin Covid-19 menjadi punca sesetengah individu menolak untuk mendapatkan pelalian tersebut.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan berkata, pihak bertanggungjawab perlu menjawab segala persoalan berkaitan vaksin tersebut supaya mereka mendapat maklumat lebih jelas.

“Bagaimana nak menyelesaikan masalah ini kalau maklumat yang diminta tidak dapat.

“Kami di Persatuan Pengguna Islam pun tak dapat maklumat sepatutnya, apatah lagi orang di luar sana,” katanya dalam Wacana Sinar edisi 298 bertajuk Apa Nasib Anti Vaksin pada Khamis.

Hadir sama sebagai panel ialah Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Dr Dzulkefly Ahmad; Pakar Perunding Pediatrik, Datuk Dr Musa Mohd Nordin; Pengerusi Pertubuhan Anti Diskriminasi dan Salah Laku, Datuk Mohd Fakhrunizam manakala Ismail Adnan sebagai moderator.

Beliau berkata, seseorang individu berhak untuk mengetahui segala maklumat atau jawapan mengenai persoalan berkaitan vaksin Covid-19.

Katanya, dengan maklumat diperoleh barulah seseorang itu boleh membuat keputusan samada untuk menerima atau menolak pelalian tersebut.


Artikel oleh: Sinar Harian

KURANG MAKLUMAT PUNCA INDIVIDU TOLAK VAKSIN COVID-19

https://www.sinarharian.com.my/article/167039/KHAS/Wacana/Kurang-maklumat-punca-individu-tolak-vaksin-Covid-19

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...