Showing posts with label MINYAK PETROL PERCUMA. Show all posts
Showing posts with label MINYAK PETROL PERCUMA. Show all posts

Wednesday, October 20, 2021

5994) PROGRAM MINYAK PERCUMA INISIATIF YAS, PPIM BANTU RAKYAT - GETARAN - 20/10/2021

 

KUALA LUMPUR - Wabak COVID-19 yang melanda negara sejak Mac tahun lalu mengakibatkan segenap lapisan masyarakat merasai tempiasnya.

Walaupun pelbagai sektor ekonomi telah dibuka selepas Kuala Lumpur beralih ke Fasa 4 Pelan Pemulihan Negara (PPN), masih ramai lagi yang tertekan akibat kehilangan pendapatan kesan pandemik COVID-19.

Menyedari beban ditanggung rakyat, Yayasan Afdlin Shauki (YAS) dengan kerjasama Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) mengadakan Program Minyak Petrol Percuma bertempat di Petronas Jalan Jelatek, semalam.

Afdlin Shauki Aksan
Afdlin Shauki Aksan

Pengasas YAS, Datuk Afdlin Shauki Aksan berkata, program itu merupakan inisiatif amat bermakna kepada rakyat yang terkesan akibat wabak COVID-19.

Menurut beliau, pihaknya amat memahami kesan pandemik itu ke atas orang ramai khususnya golongan yang kurang berkemampuan.

“Sebelum ini, kita telah melaksanakan banyak program memberi makanan dan bantuan untuk mereka yang tidak boleh keluar daripada rumah sebelum ini disebabkan sekatan pergerakan.

“Jadi, bila kelonggaran diberikan dan orang ramai sudah mula keluar rumah, kita mengambil pendekatan mengadakan program ini untuk membantu dan meringankan beban mereka yang keluar untuk mencari rezeki,” katanya kepada Getaran ketika ditemui di sini, semalam.

Afdlin Shauki membantu seorang penunggang motosikal mengisi minyak.
Afdlin Shauki membantu seorang penunggang motosikal mengisi minyak.

Menerusi program itu, Afdlin mengesahkan pihaknya telah memperuntukkan isian minyak penuh secara percuma untuk 300 motosikal tanpa mengira kapasiti enjin.

Jelasnya, kerjasama dengan PPIM ini juga banyak membantu meringankan golongan yang berdepan dengan kekangan kewangan.

“Kita memperuntukkan kira-kira RM3,000 dan jumlah itu merupakan dana yang telah kita terima daripada orang awam.

“Stesen minyak adalah tempat terbaik bagi kami mengadakan program tersebut selepas orang ramai telah dibenarkan keluar. Oleh kerana itu, kita laksanakan program tersebut di sini,” katanya.

Nadzim Johan
Nadzim Johan

Afdlin turut merakamkan penghargaan kepada Ketua Aktivis PPIM, Datuk Nadzim Johan yang sudi turun padang, sekali gus bekerjasama dalam membantu komuniti memerlukan.

“Kita sangat berterima kasih kepada PPIM kerana bersama-sama menjalankan program ini dan mereka juga sentiasa memberi sokongan, malah melahirkan keinginan untuk terus bekerjasama dengan YAS.

“Terima kasih juga kepada Toqqi (Nadzim) kerana turut hadir ke program tersebut. Toqqi memang seorang yang hebat. Dalam keadaan hujan pun dia sanggup bersama memeriahkan program itu semalam,” katanya.


Artikel oleh: Getaran

PROGRAM MINYAK PERCUMA INISIATIF YAS, PPIM BANTU RAKYAT

https://www.getaran.my/artikel/semasa/13339/program-minyak-percuma-inisiatif-yas-ppim-bantu-rakyat

5993) PROGRAM MINYAK PETROL PERCUMA PPIM DAN YAYASAN AFDLIN SHAUKI - MALAYSIA GAZETTE - 19/10/2021

 

Ketua Aktivis Persatuan Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan bersama Pengasas Yayasan Afdlin Shauki (YAS), Dato Afdlin Shauki beramah mesra dengan salah seorang penunggang motorsikal pada Program Minyak Petrol Percuma di Stesen Minyak Petronas Jalan Jalatek, Kuala Lumpur. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 19 OKTOBER 2021.

Pengasas Yayasan Afdlin Shauki (YAS), Dato Afdlin Shauki mengisi minyak dengan salah seorang penunggang motorsikal pada Program Minyak Petrol Percuma di Stesen Minyak Petronas Jalan Jalatek, Kuala Lumpur. Foto AMIRUL SHAUFIQ, 19 OKTOBER 2021.

Artikel oleh: Malaysia Gazette

PROGRAM MINYAK PETROL PERCUMA PPIM DAN YAYASAN AFDLIN SHAUKI

5992) AKTIVITI | PROGRAM INFAQ REZEKI MINYAK PETROL PERCUMA SEMPENA SAMBUTAN MAULIDUR RASUL - PPIM - 19/10/2021

Program Infaq Rezeki minyak petrol percuma sempena sambutan Maulidur Rasul bersama PPIM dan Yayasan Afdlin Shauki (YAS), semalam.

Turut serta, Ketua Aktivis PPIM, Nadzim Johan@toqqi dan Pengasas Yayasan Afdlin Shauki (YAS), Dato Afdlin Shauki.

PERJUANGAN KAMI

PERJUANGAN KAMI

ARKIB ARTIKEL