Artikel oleh: Harian Metro
REKOD 48,791 KES MUFLIS
Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa kerajaan dan Jabatan Insolvensi Malaysia memberi perhatian sewajarnya terhadap mereka yang disahkan muflis sebelum tahun 2017.
Sumber: Buletin Pertiwi
PPIM GESA KERAJAAN BANTU GOLONGAN BANKRAP SEBELUM TAHUN 2017
Kuala Lumpur: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa kerajaan dan Jabatan Insolvensi Malaysia memandang serius nasib mereka yang disahkan muflis sebelum 2017.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata, ia kerana hak individu terbabit seolah-olah dinafikan berikutan langkah penambahbaikan dalam pindaan Akta Insolvensi 1967 pada tahun berkenaan.
Menurutnya, lebih membimbangkan apabila individu disahkan muflis juga terdiri daripada golongan belia dan warga emas yang sudah berusia 75 tahun.
"Mereka yang disahkan muflis selepas 2017 menerima beberapa penambahbaikan dalam pindaan Akta Insolvensi 1967 pada tahun itu.
"Sebagai contoh, peruntukan Seksyen 33C yang memberi pelepasan automatik selepas tiga tahun muflis dan lapan pindan lain dalam akta pada tahun berkenaan.
"Bagaimanapun mereka yang muflis sebelum 2017 perlu menunggu sehingga 15 tahun pentadbiran kes di Jabatan Insolvensi Malaysia sebelum layak memohon bebas muflis.
"Seharusnya golongan belia yang muflis diberi peluang kedua untuk bebas (muflis) manakala warga emas pula perlu dibebaskan secara automatik kerana faktor umur dan kesihatan mereka," katanya pada sidang media di pejabat PPIM, di sini, hari ini.
Nadzim berharap pelantikan Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi Datuk Seri Azalina Othman Said dan Ketua Pengarah Insolvensi yang baharu, M Bakri Abd Majid dapat membantu individu dibelenggu muflis.
"PPIM menyambut baik dan mengucapkan terima kasih di atas keprihatinan kerajaan dalam membela nasib mereka yang muflis."Kami percaya dengan kebijaksanaan Datuk Seri Azalina kerana beliau individu yang bertanggungjawab menambah baik Akta Insolvensi 1967 pada 2017.
"Sebelum ini, mereka yang muflis seolah-olah tidak mempunyai masa depan dan akan terus berada dalam keadaan tidak diberikan pengupayaan untuk bangkit semula.
"PPIM berharap pucuk pimpinan Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dapat memberi perhatian serius terhadap segala perkara yang diutarakan," katanya.
Artikel oleh: Harian Metro
BANTU GOLONGAN MUFLIS SEBELUM 2017
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2023/01/931135/bantu-golongan-muflis-sebelum-2017
KUALA LUMPUR: The Malaysian Muslim Consumers Association (PPIM) has urged the government and Insolvency Department to address the issue of those who were declared bankrupt prior to 2017.
PPIM chief activist Datuk Nadzim Johan said the amendments to the Insolvency Act 1967 in 2017 appeared to have sidelined their rights.
He said this is all the more worrying as those declared bankrupt had also included youths as well as those up to 75-years-old.
He said those declared bankrupt after 2017 had benefited from the amendments to the Act, such as Section 33C which releases a person from bankruptcy after three years.
"However, those who were bankrupt before 2017 have to endure 15 years of case management at the Insolvency Department before they can be freed from bankruptcy.
"By rights, younger people should be given a second chance (at being bankrupt-free) while the elderly should be given an automatic release due to their age and health," he said at a press conference at PPIM's office today.
Nadzim hoped that Minister in the Prime Minister's Department (Law and Institutional Reform) Datuk Seri Azalina Othman Said and the Insolvency Department can address the issue.
"We are confident that the minister can address this as she was responsible for fine-tuning the Insolvency Act 1967 in 2017.
"Before this, those declared bankrupt had no future and did not have any means to restart their lives.
"We hope that the unity government under the leadership of Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim can give serious attention to resolving this," he said.
Article by: New Straits Times
'FIX PROBLEM AFFECTING THOSE DECLARED BANKRUPT PRIOR TO 2017'
KUALA LUMPUR: Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa kerajaan menambah baik pindaan Akta Insolvensi 1967 pada 2017 untuk membela nasib golongan yang dihukum bankrap.
Ketua Aktivisnya, Datuk Nadzim Johan berkata, setakat November tahun lalu, seramai 270,234 orang diisytihar bankrap dan mereka seolah-olah tidak mempunyai masa depan kerana terus berada dalam keadaan tidak berupaya untuk bangkit semula.
Katanya, kerajaan perlu memberikan dinamisme dalam undang-undang bankrap supaya boleh ditadbir urus dengan lebih baik bagi membolehkan golongan itu lebih produktif.
“Golongan belia dan warga emas yang bankrap menerima kesan teruk sehingga ada yang kini masih berstatus bankrap walaupun berumur 75 tahun.
"Berbanding golongan bankrap yang dijatuhi hukuman selepas Oktober 2017, mereka menerima beberapa penambahbaikan dalam pindaan Akta Insolvensi seperti peruntukan Seksyen 33C iaitu Pelepasan Automatik selepas tiga tahun bankrap dan lapan pindaan lain dalam pindaan itu,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.
Nadzim berkata, golongan bankrap sebelum pindaan itu dibuat biasanya perlu menunggu sehingga 15 tahun pentadbiran kes di Jabatan Insolvensi Malaysia sebelum layak memohon bebas bankrap.
Kata beliau, sepatutnya golongan bankrap khususnya belia diberi peluang kedua, manakala golongan warga emas perlu dibebaskan secara automatik kerana faktor umur dan kesihatan mereka.
“Oleh itu, antara cadangan penambahbaikan adalah kerajaan perlu menguatkuasakan Seksyen 33C tanpa melihat tahun hukuman dijatuhkan dan meluaskan pembebasan Sijil Ketua Pengarah Insolvensi Seksyen 33A kepada semua golongan bankrap yang memohon.
“Ini kerana kira-kira satu atau tiga orang sahaja daripada 100 orang yang memohon mendapat kelulusan,” ujarnya.
Dalam pada itu, Pengerusi Persatuan Kontraktor Jentera Mekanikal dan Elektrikal Melayu Malaysia (Baru), Datuk Seri Mohd. Effandie Ahmad yang turut hadir berkata, kebanyakan golongan bankrap bukan tidak mampu membayar hutang, tetapi tidak mempunyai masa yang mencukupi berikutan pelbagai halangan seperti pandemik Covid-19.
“Semasa pandemik, ramai orang bankrap kerana bank tidak membenarkan penstrukturan semula dengan memanjangkan tempoh hutang dan mengurangkan bayaran bulanan.
“Bank sepatutnya menunjukkan belas ihsan dengan penstrukturan semula hutang kerana bank tidak akan mengalami apa-apa kerugian pun, sebab masih mendapat faedah daripada hutang,” katanya.
Tambahnya, tekanan yang dialami golongan bankrap itu menyebabkan pelbagai kesan seumur hidup, malah ada yang bunuh diri dan perpecahan rumah tangga.
Artikel oleh: Utusan Malaysia
TAMBAH BAIK AKTA INSOLVENSI
https://www.utusan.com.my/nasional/2023/01/tambah-baik-akta-insolvensi/