Friday, July 7, 2017

3854) PAJAK KERETA: PPIM GESA TINDAKAN SEGERA - UTUSAN MALAYSIA - 7/7/2017

sinar harian 7.7.2017
Kuala Lumpur 6 Julai - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menggesa tindakan segera diambil terhadap sebuah syarikat pajakan kenderaan di Seri Kembangan dekat sini yang didakwa menganiyai hampir 500 individu melibatkan 1500 kenderaan.
Ketua Aktivisnya Datuk Nadzim Johan berkata, langkah itu amat penting kerana kebanyakan mangsa berdepan dengan bankrupsi jika perkara itu tidak diselesaikan dengan segera.
"Ada segelintir pemilik kenderaan tetap mengelakkan jatuh muflis namun tidak semua pemilik mampu untuk berbuat demikian kerana masalah kewangan," katanya dalam sidang akhbar di pejabat PPIM di sini hari ini.
Menurut Nadzim, perkara tersebut menjadi semakin meruncing apabila pengurusan syarikat itu bertukar tangan daripada ahli perniagaan dikenali sebagai "Raja" kepada seorang lelaki bergelar "Datuk Seri".
Katanya, pengurusan syarikat terbabit mendiamkan diri apabila dihubungi mangsa selain tidak menjawab sebarang surat pembatalan perjanjian yang telah dihantar kepada mereka.
"Pengurusan baharu itu turut mengugut dan meminta mangsa membyar ganti rugi sekiranya ingin mendapatkan semula kenderaan mereka.
"Hal ini menimbulkan kerunsingan kepada mereka tidak berhak menuntut sebarang ganti rugi daripada pemilik asal syarikat tersebut,"katanya.
Sementara itu, Nadzim memberitahu, pengurusan baharu itu turut mengupah samseng untuk menakutkan mangsa yang cuba menarik keluar kenderaan mereka daripada syarikat tersebut.
"Pendedahan ini diharapkan boleh memberi kesedaran kepada pemilik kenderaan lain daripada terlibat dengan penipuan sedemikian,"ujarnya.

No comments:

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...