Wednesday, July 12, 2017

3876) Sedia berunding dengan PPIM [METROTV] - Metro Online - 12/7/2017

Snapshot(5)
"Saya hairan kenapa kawasan menyimpan kereta milik syarikat saya AGR Auto Trade Sdn Berhad (AGR) diceroboh.
"Kereta Proton Preve saya turut 'disapu'," kata pengurus AGR, Datuk Seri C Kamaleshwaran.
Menurutnya, dia baru mengambil alih syarikat yang menyediakan khidmat pajakan dan sewa kenderaan itu sejak dua bulan lalu.
"Bekas pemilik AGR menjual syarikat ini kepada saya dengan menjanjikan keuntungan ribuan ringgit.
"Saya mengambil alih pada 1 Mei dan mengetahui banyak masalah termasuk tunggakan bayaran antara pemilik kenderaan yang memajak kereta mereka di syarikat ini dengan penyewa kenderaan mereka, "katanya ketika ditemui selepas bertemu dengan pemajak yang kehilangan kereta selepas insiden pencerobohan di premis berkenaan.
Menurut Kamaleshwaran, dia terkejut apabila pemilik kenderaan bersama aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menceroboh premisnya.
"Kami sebelum ini sudah memanggil semua pemajak (pemilik kenderaan) untuk berunding mengenai hal tunggakan serta mempunyai perjanjian sebagai langkah penyelesaian untuk memuaskan hati semua pihak.
"Bagaimanapun, tak sangka PPIM bertindak drastik dengan mengeluarkan lebih 50 kenderaan di dalam kawasan milik syarikat kami," katanya.
Menurutnya, dia sedia berunding dengan PPIM untuk menyelesaikan hal ini.
"PPIM bersama 23 pemajak datang membawa keluar semua kereta. Persoalannya, bagaimana dengan nasib kereta pemajak lain yang dibawa keluar tanpa pengetahuan tuan punya badan.
"Kami cuba menghalang dengan cara baik supaya tidak mengeluarkan kereta dari premis kerana tiada perintah dari Mahkamah, namun mereka enggan," katanya.
Sementara itu, seorang pemajak yang mahu dikenali sebagai Azhari, 55, berkata, dia datang dari Seremban ke pejabat AGR hari ini untuk memeriksa keadaan keretanya selepas video itu tular di Facebook (FB).
"Saya risau keadaan kereta saya yang turut dibawa lari sekumpulan lelaki itu. Jika simpan di stor itu, sudah pasti selamat sementara menunggu proses pembayaran yang dilakukan kepada pihak bank.
"Saya nampak kereta di surau berdekatan, namun apabila saya minta sekumpulan lelaki meminta wang RM150 bagi mengambil semua kereta itu," katanya.
Semalam, tular di FB apabila pemajak mengamuk ingin mengambil semula kenderaan mereka di stor milik syarikat AGR. 
Susulan itu, Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Othman Nanyan berkata, pihaknya menerima laporan dan kes disiasat mengikut Seksyen 447 dan 427.
https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2017/07/244067/sedia-berunding-dengan-ppim-metrotv

No comments:

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...