Saturday, July 15, 2017

3903) Mangsa Penipuan Dalam Talian Harus Tampil Mudahkan Proses Siasatan - Berita RTM - 14/7/2017

Snapshot
KUALA BERANG - Mangsa penipuan urus niaga dalam talian harus tampil ke hadapan bagi memudahkan proses siasatan terhadap laman jual beli yang didapati menipu pengguna.
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Jailani Johari berkata kebanyakan pengguna yang menjadi mangsa malu untuk muncul dan melaporkan penipuan itu kepada pihak berkuasa.
Beliau ditemui pemberita pada Majlis Sambutan Hari Raya Pengajian Tahsin Al-Quran Hulu Terengganu, di sini.
Datuk Jailani merangkap Anggota Parlimen Hulu Terengganu berkata terbaharu kini dua laman yang telah disekat di bawah permintaan polis.
Kata beliau, untuk sesebuah laman jual beli dalam talian beroperasi haruslah mengikut dan tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Perlindungan Pengguna (Urus Niaga Perdagangan Elektronik) yang mula dikuatkuasakan KPDNKK pada 1 Julai 2013.
Menurut laporan akhbar tempatan, sehingga kini dianggarkan sebanyak 30,000 aduan diterima sejak tahun lepas oleh Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) berhubung penipuan di portal jualan dalam talian
(BERNAMA)
http://berita.rtm.gov.my/index.php/nasional/17542-mangsa-penipuan-dalam-talian-harus-tampil-mudahkan-proses-siasatan

No comments:

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

PERSATUAN PENGGUNA ISLAM MALAYSIA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...