Tuesday, July 18, 2017

3917) ‘TARIK BALIK CF,KENAIKAN DENDA TINGGI’ - BERITA HARIAN - 18/7/2017

berita harian 18.7.2017
berita harian 18.7.2017.jpg 2
Kuala lumpur-  Pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mendesak pihak berkuasa tempatan (PBT) mengambil tindakan tegas terhadap pihak pengurusan 47 bangunan tinggi di seluruh negara yang gagal menyediakan kelengkapan kebakaran mengikut piawaian ditetapkan Jabatan Bomba Dan Penyelamat.
Pengerusi Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (NIOSH), Tan Sri Lee Lam Thye, berkata antara tindakan tegas yang perlu diambil adalah dengan menarik balik sijil kelayakan menduduki (CF) bangunan kerana gagal mematuhi undang-undang ditetapkan, selain mengenakan denda yang tinggi.
Tak endah notis bahaya
Katanya, selama ini, pihak pengurusan tidak mengendahkan notis bahaya kebakaran itu kerana tiada tindakan tegas yang boleh diambil ke atas mereka jika mengabaikan notis itu.
“Memandangkan bahaya kebakaran sering berlaku dan boleh membunuh mangsa serta merosakkan harta benda, pihak berkuasa dan agensi berkaitan kebakaran dan keselamatan perlu mengkaji balik beberapa perkara mengenai undang-undang dan cara menghindari kebakaran. Barangkali sampai masa akta  sedia ada disemak dan dipinda ikut kesesuaian.
“Dasar Penyenggaraan Bangunan Awam juga perlu diperkenalkan. Seterusnya, membentuk Pelan Induk Pencegahan Kebakaran Negara, terutama di bangunan kediaman tinggi. Kita tidak boleh bertolak ansur dengan sikap kurang prihatin terhadap bahaya kebakaran dan risiko keselamatan” katanya, ketika dihubungi BH, di sini semalam.
Yang Dipertua Persatuan Keselamatan Pengguna Kuala Lumpur(PKPKL),Samsudin Mohamad Fauzi, pula meminta PBT memastikan penyenggaran bangunan kediaman tinggi di seluruh negara mengikut spesifikasi yang ditentukan Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam, 1984 selain melakukan audit penyenggaraan secara berkala dan lebih sistematik.
Dalam penyenggaraan bangunan katanya, binaan bangunan seperti pintu, lantai,dinding dan bumbung perlu mengikut spesifikasi yang ditentukan mengikut Undang-Undang Kecil Bangunan Seragam,1984.
Peralatan perlu lengkap
“Selain itu, peralatan mencegah kebakaran perlu lengkap. Ini termasuk alat pemadam kebakaran,penggera kebakaran, perenjis air dan maklumat berkaitan keselamatan dan kebakaran. Semua peralatan mencegah kebakaran perlu diaudit mengikut tempoh tertentu,” katanya.
Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, pula meminta semua pihak membuang sikap sambil lewa yang bertindak apabila berlaku kemalangan.
“Saya minta pihak yang berkenaan mengambil langkah proaktif untuk mencegah dan tidak bersikap reaktif, iaitu hanya mengambil tindakan apabila tragedi berlaku,” katanya.

No comments:

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...