Tuesday, July 25, 2017

3953) DI MANA RAJA SAMSUL? - MYMETRO - 24/07/2017

                                                Di mana Raja Samsul METROTV Harian Metro
KEMELUT pemilik kenderaan dengan syarikat AGR Auto Trade Sdn Berhad (AGR) berhubung isu pajakan kereta diselesaikan secara baik hasil bantuan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), hari ini.

 Bagaimanapun, muncul satu lagi 'watak' dikatakan sebagai pemilik lama AGR yang didakwa punca kepada masalah berkenaan.

 Justeru, PPIM, 'AGR baru' dan pemilik kenderaan meminta Raja Samsul tampil menyelesaikan masalah pembayaran dan pemulangan semula kenderaan yang dipajak kepada syarikat AGR yang diuruskannya sebelum diambil alih oleh pemilik baru.

 Pengarah Unit Tindakan Khas PPIM Yusuf Azmi berkata, pihaknya akan berusaha mencari Raja Samsul bagi membantu pemilik kenderaan yang memajak kenderaan kepada 'AGR lama'.

 Katanya, sebelum Ketua Pegawai Eksekutif AGR Datuk Seri C Kamaleshwaran mengambil alih AGR pada 1 Mei lalu, seorang lelaki dikenali sebagai Raja Samsul menguruskan syarikat itu.

 "Justeru, banyak penipuan yang berlaku menyebabkan pemajak terpaksa menanggung hutang yang tertunggak dengan bank walaupun penyewa membayar sewa bulanan kepada AGR lama," katanya.

 Menurutnya, AGR sudah memulangkan 5 kenderaan milik pemajak dan 53 kunci pendua kepada pemilik kenderaan hari ini. Kamaleshwaran berkata, dia sudah membuat laporan polis mengenai Raja Samsul pada Jumaat lalu.

 "Kami juga terpaksa tanggung kerugian selepas mengambil alih syarikat ini di mana banyak pemajak meminta semula kereta dan mahu ganti rugi.

 “Ganti rugi tidak dapat diberi tetapi mereka boleh mengambil semula kereta yang ada dengan saya serta kunci pendua," katanya.

 Harian Metro menyiarkan secara langsung pertemuan berkenaan di Facebook (FB) Live Harian Metro. Di penghujung pertemuan, Yusuf memohon maaf jika ada salah silap dan bersalaman serta berpelukan dengan lelaki yang dipanggil 'ayah' dan ‘Datuk’ daripada AGR dan bersalaman dengan Kamaleshwaran sebagai tanda mahu bersama-sama menyelesaikan isu berkenaan dengan baik.

 Sebelum ini, isu pajakan kenderaan itu hangat diperkatakan apabila PPIM terpaksa membantu mendapatkan semula kenderaan pemajak.

 Sementara itu, pemajak kenderaan yang hanya mahu dikenali sebagai Shahirah, 26, berkata, dia berjaya mendapat semuka kereta Proton Iriz yang dipajaknya.

 "Sudah lama saya mahu mengambil semula kereta ini kerana saya tidak pernah memandunya selepas beli kerana dipajak kepada AGR .

 "Bagaimanapun masih ada dua kenderaan yang tidak dapat ditemui dan saya perlu mencari penyewa selepas batalkan kontrak dengan AGR," katanya.

  Berita selanjutnya di https://www.hmetro.com.my/utama/2017/07/247350/di-mana-raja-samsul-metrotv

No comments:

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

GERAKKAN KUASA PENGGUNA

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...